5/29/11

Anda obses teknologi ??

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Sekadar nak buat survey, sebab persoalan dari tajuk di atas neyh nak menunjukkan, anda seorang yang :
a) Mangsa teknologi.
b) Mementingkan kehendak dari keperluan.
c) Memang ade kepentingan & kegunaan.
d) Tak nak nampak ketinggalan zaman.
e) Bile belajar dapat duit loan banyak, kalau beli gadget terbaru pown, habis duit, makan megi jer kan ??
f) Tak boleh orang lebih. ( maksudnya, kalau ada orang pakai, anda pown nak pakai sekalik )

~ iPad ~
 ~ iPhone 4 ~
~ GALAMSUNG Tab ( Galaxy + Samsung )... ;) ~
~ DSLR ~
B4 bebel panjang lebar, nak ucap time kasih pade cik google atas sume gambar diatas.

So, ape pandangan anda ?? Bagi saya, teknologi adalah kepentingan. Teknologi tak pernah habis, hari ini keluar ini, tak payah tunggu esok, malam nanti boleh keluar benda yang sama, tapi functionnya lebih lagi yang pagi tadi. Dan tak salah jugak saya cakap, teknologi juga sangat berkepentingan pada waktu sekarang. Teknologi dalam kehidupan memang sukar dikawal, tapi kita dalam kehidupan sebuah teknologi, hanya kita yang mampu mengawalnya. Rite ??

" Kita tak akan nampak ketinggalan zaman kalau kita tak pakai contoh2 gadget yang fofuler di zaman sekarang. Lagi nampak ketinggalan zaman, kalau pandai jer beli, tapi functionnya langsung tak tahu ape2 "

" Utamakan keperluan dari kehendak dan elakkan pembaziran "

P/S : Untuk bos, ini pandangan saya untuk anda. Kalau anda nak beli something yang bukan iPad dan juga iPhone, saya cadangkan anda beli GALAMSUNG tue sebab functionnya menyamai kedua2 gadget diatas. Sesuai lar dengan anda yang lasak tue. :)

Nota kaki :
>> Lebih baik pakai kamera biasa & ade teknik amik gambar yang bagus. Daripada terlalu obses dengan DSLR, sedangkan teknik amik gambar yang bagus pown tak tahu. :)
>> Saya seorang budak engine yang sangat2 berkait rapat dengan teknologi, tapi saya bukan mangsa teknologi. Selebihnya saya, adalah jenis manusia yang tergolong dalam golongan yang mementingkan keperluan dari kehendak.




ENJOY READING MY STORY !! :)

5/28/11

Video Klip macam Video Lucah. Apekah orang seni sekarang ??

www.tips-fb.com

Salamualaik...

1st : Aku langsung tak kenal ini perempuan.
2nd : Dah macam video lucah da aku tengok.
3rd : Shah Jaszle tue orang melayu kan ?? Melayu omputih agaknya ?? Haish...
4th : Gambit Saifullah yang jadi pengarah video klip neyh pown same Melayu kan ??
5th : Masa isu Misz Nina punye What You Waiting For dulu bukan main meletup lagi... Dah tue, yang neyh tak naik isu ker ??

Nota kaki :
>> Aduhai lar industri seni sekarang ?? Susah betul nak cari pengganti Dato` Siti Nurhaliza kan ?? Yang berimej bersih.





ENJOY READING MY STORY !! :)

5/27/11

Maharaja Lawak Minggu 9 - JAMBU, JOZAN dan SEPAH terbaik !!

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Ahah...sudah berapa minggu yer terskip cerita pasal Maharaja Lawak. Hahaha... Bukan ape, sebab last week tak tengok, umah mak ta de astro warna. Banyak tengok kat you tube jer. Minggu neyh, tengok balik. Hahahaha... Okeh, malas lar kan nak cakap ? Aku rase sape pown tahu kowt sape yang terbaik malam tadi. Masing2 ade peminat sendiri. Dan yang tinggal tue memang Maharaja2 lar kan ??

~ Mail lambung sekarang memang cukup femes emes gilak. Hahahaha... ~

~ Sepah adalah satu2nya group yang banyak memartabatkan adat melayu. Minggu lepas rewang, minggu neyh merisik lak... Hehehe... + Badul adalah best ~

~ Seriyes wa cakap lu, memang tak cukup nafas nak gelak. Aku pown tak faham nak gelak ker nak nangis. Acong memang sangat2 terer sebab boleh tahan gelak. Muke kering jer. Jambu punye lawak memang tahap international gilak. JAMBU memang terbaik lar. Seriyes... Hahahaha ~

~ Nabil biase2 saje...mungkin kehabisan idea... Lawak dea yang b4 neyh ade yang lebih terbaik ~

Nota kaki :
>> Pendek kata, gile sayang lar kalau korang tak tengok. Itu sebab aku gigih download video maharaja lawak dari 1st week dulu. Sebab memang kalau mood ko jatuh merundum, ko tengok lar deowang neyh. Memang boleh gelak sorang2 !! Hahahaha...



ENJOY READING MY STORY !! :)

Malam bersama si kecil, Aiman

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Semalam petang sampai dari JB, jam 6.30 petang. Ahah, mule2 yer...sangat lar keletihan. Tapi ntah nape, bile balik umah, Along kata nak p tengok Ucu dekat umah Ayah Cik, tibe2 rase nak ikut jugak sebab da lame gila tak jumpe Nomey dengan Aiman. Haish... Tak boleh jadik neyh, penat ker ngantuk ke kene gak ketepikan. Lalalala ~ Kalau tak confirm2 lar tak dapat jumpe budak dua orang tue. Kan ? Tapi bile jer sampai, dua2 beradik tue tengah tdo. Angah lak kata anak2 dea demam, Nomey tdo awal sebab demam + ade jangkitan kuman pada mata dea, Aiman lak memang demam. So, malas lar nak kacau sebab tengok macam best jer Aiman tdo kan ? Ntah cmne, mase tengah lepak tengok tv, Aiman bergerak2 dalam buai. Ehek2...sampai lar dea terbangun.

Hahaha...mule2 dea tak nak dengan orang okeh. Keje melalak jer. Mak neyh bukan ape noks, kalau budak2 melalak, bukan tak nak pujuk, tapi jenis tak sampai aty. Macam anak2 sedara mak dulu, tetengah malam kene histeria tetibe, sumpah mak tak sampai aty. May be, dea shocked kowt dala bangun tetibe, tetibe ler pulak tengok orang asing dekat umah tue kan ? Confirm lar dea menangis. Baby kan ?? Lagi satu aku tak nak amik dea, sebab may be lar kan dea tak biase tengok aku. So, biar jer lar along amik tue, sebab along kan dah biase dengan dea. Jap g, lame2 aku da geram sangat, aku amik lar kan ?? Dea lak usha aku jer. Hahahaha... okeh, itu tak leh tahan. So, kene amik. Hahahahaha... dan sampai ke sudah Along memang jaki gela dengan aku, sebab Aiman memang nak dengan aku jer. Layan kan jer lar gambar dekat bawah neyh.











Alahai lar sayang. Nanti Auntie datang lagi yer, sayang !!

Nota kaki :
>> See...memang lar kan muka aku neyh memang muke disenangi budak2. ;)




ENJOY READING MY STORY !! :)

60 tips mendapat jodoh

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Sekadar berkongsi renungan...Pade sesiapa dah berumur atau masih tak dapat jodoh atau yang muda tapi gatal nak kawen cepat...sila lar baca benda neyh....


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Nota kaki :
>> ;), doa kan lar saya...




ENJOY READING MY STORY !! :)

Nora Elena

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Ade sape2 tengok Nora Elena ?? Dari episod pertama ?? Boleh tak bagi saya link untuk download setiap episod ??


Ohhh yer ?? Saya tak jatuh cinta pada Nora Elena,
tpi...





Seth tue amat emcem kan ??
Betapa ruginya ko, Nora.
Seth tue emcem kowt.
Gentleman lak tue. Hahahahah

Nota kaki :
>> Seth tue yang rogol dea kan dulu, bagi lar masa. Haish... Tetibe... hahahah.
>> Lagu2 OST dea pown besh. Seriyes.



ENJOY READING MY STORY !! :)

10 perkara ;)

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Ini adalah entry melekat buat kali kedua. Same macam cabaran 25 songs, 25 days. Hahahaha... So, dengan bermula cuti semester, aku dengan gigih akan buat benda neyh pulak. Sebarang entry baru, sile scroll ke bawah yer kengkawan.

day one : 10 things about you
day two : 10 things you love
day three : 10 things you hate
day four : 10 things you want to say to one person
day five : 10 wishes
day six : 10 items you can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of your favorite songs
day nine : 10 ways to win your heart
day ten : 10 final words
 
Nota kaki :
>> Benda2 macam neyh memang feberat lar kan nak bikin time2 macam neyh. Seronok lar kehidupan aku... Lalalalala~




ENJOY READING MY STORY !! :)

5/25/11

Day 10 - 10 final words

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Yeay. hari penghabisan, hari pentamatan. Seronok2... seronok + seronok = beronok2... Yeay...Tapi pas neyh macam nak buat challenging lagik jer.Hahaha.. So, kene nantikan lar kan ? Sebab kalau lar kan tak buat challenging, maknanye nak harap 1 post baru sehari memang tak de lar kan ? Mak neyh bukan retis yer noks. Hahahaha... Okeh2. malas nak cakap banyak kan ? Disebabkan ini hari last, kene update awal2 pagi. Hehehe

Day 10 - 10 final words.

1. Alhamdulillah... Yahoooooo... siap jugak cabaran 10 perkara neyh.
2. Len kali buat lagik lar cabaran macam neyh ae.
3. Cabaran hari ke 9 adalah hari yang paling susah. Hahaha... tue sebab sampai ke sudah, aku terpaksa tulis description nye macam tue jer. Hahahaha... Mahap lar saherah.. Bukan mentipu taw.
4. Tahniah jugak kepada sarepah sahela kerana bakal menamatkan 10 perkara pada hari neyh. Kipidap gurl...kipidap !! Kang aku suh buat cabaran lagik.
5. Saya nak Hazama jadik juara AF boleh ?? Hahaha... ( Larikkk tajuk lar pulop... Apekah ? )
6. Cabaran hari ke 8 adalah tak best. Sebab tak relevan betul kaki karok disuruhnya buat 10 jer lagu feberet ?? 
7. Hari pertama adalah hari paling pemalas. Sebab banyak aku rembat dekat cabaran yang 1 st aku buat dulu. Hahaha.. 
8. Hari ke lima best jugak. Tapi 2 ar kan, sebab wishes kan ? Macam tak cukup2 pulak 10 kan ?
9. Tahniah lar kan kepada pembuat cabaran neyh sebab cabaran neyh statistik blog saya mencanak naik setiap ary. Hahahaha... walaupun, tak sehebat name2 besar kan...tapi bila statistik tue naik, kire alhamdulillah lar kan ?
10. Babye ( hahaha...okeh...neyh memang final words )

Nota kaki :
>> Nak cabaran lagik !!! Sile beri !!



ENJOY READING MY STORY !! :)

Day 9 - 10 ways to win your heart

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Ahah...akhirnya dapat bersiaran jugak. Semalam, seharian aku puasa blog sebab blog tak boleh log in. Perghhhh...rase macam hangin ta ten2 pasal kan ?? Apekah masalah pown tidak tahu ? Pas tue hari neyh, ingatkan nak log in dari pagi tadi. Jap g pagi tadi, sampai lar maghrib kena period pain pulak. Aduhai lar, memang menyeksakan kowt. Neyh tengah tunggu abah balik dari surau sebab nak p klinik. Tak tahan kowt setiap bulan macam neyh. wuwuwuw... Okeh lar, terus ke har ke 9. Sakit, sakit jugak kan ? Cabaran kena abeskan lar.

Day 9 - 10 ways to win your heart.

( Hahahaha... tak tahu nak spesifikasi kan cmne task neyh...seriyes...
bukan nak lari ae...
sebabnya saya adalah manusia yang sukar dijangka,
kadang2 benda remeh temeh pown boleh jadi cara menangi hati saya ... Hahahaha )
Maaf dikira gagal dalam melaksanakan task hari ke 9.
Hahahahahaha... ( Ketawa dengan penuh makna )

Nota kaki :
>> Hahahaha...rase sangat loser sebab tak dapat penuhi task ini.



ENJOY READING MY STORY !! :)

5/23/11

Day 8 - 10 of your favorite songs

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Ahlamak....dalam banyak2 hari, aku tak berape lar nak suke dengan hari ke 8 neyh. Sebab...Mak neyh nok baru jer buat cabaran 25 days, 25 songs. Bayangkan lar, itu baru 25 hari kowt, berapa banyak lagu da aku senaraikan. Inikan mahu senaraikan 10 aje. Alahai... So, kene adil lar neyh kan ? Kena letak 10 lagu, so kita agihkan lar... Ade semua jenis lagu... :). Lar, pandainye...hebak2...

Day 8 - 10 of your favorite songs.

7. Grenade - Bruno Mars.
10. Beautiful Monster - Neyo

Nota kaki :
>> Arghhhh...tak puasnye hati kena senaraikan sikit jer. Elllow....saya neyh adelah retis taw tak ?? Taw tak, kalau p karok, tak cukup taw takat 10 lagu !! Sangat tak cukup. Ala, ape neyh. Wuwuwuwu ~



ENJOY READING MY STORY !! :)

5/22/11

Day 7 - 10 important people

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Ahah...sudah hari ke 10. Running away...pat2 sile update sepantas kilat dan seguruh dentuman di langit. Pale hotak ko, dush2...ape pown ta boleh...huh... Saya ta leyh tdo, jadik...Harus saya publishkan seawal mungkin... Dah masuk hari lain kan ?? Hahahaha...

Day 7 - 10 important people.

1. Mak & abah : Tanpa mereka, tak de lar si kudut yang menaip setiap hari, mengarut tak tentu hala neyh.

2. Abang & Kakak : Tanpa mereka, musnah lar kehidupan si bechok ini tanpa anak2 sedara yang comel.

3. Yaya, Eicha & Fiqah : Tanpa mereka, tak merasa lar aku menjadi seorang ibu. Walaupun hanya sebagai ibu tumpangan.

4. Dea : Tanpa dea, mungkin kehidupan tiada hala tuju... Seorang sahabat yang sangat2 tak jemu guide ape yang betul & tak betul dalam hidup. Juga sebagai musuh ketat, kawan bertekak, bertepuk, bergaduh. Mungkin murung hidup tanpa dea.

5. Adik2 : Adik2 di BMI. No need to mention their names.Tanpa mereka, sunyi lar kehidupan saya di universiti.

6. Keluarga angkat : Terima kasih sebab sudi menerima si kudut keding neyh sebagai anak dan orang baru dalam keluarga itu. terima kasih sebab layan saya macam darah daging sendiri. Sangat2 terima kasih. 

7. Cikgu : Tanpa cikgu, tak de lar saya pandai menulis, membaca, mengira & macam 2 lagi. ( Ini termasuk lar pensyarah semua ya )

8. Keluarga : Tanpa keluarga yang besar, yang gela2, yang masuk dengan kepala. Sepupu sepapat kupu2 rapat2, yang sangat2 macam adik beradik sendiri, saya rase kehidupan saya 100% di dunia ini mungkin tiada makna.

9. Stalker : Tanpa kamo penyebar fitnah, tidak lar saya belajar makna kehidupan. Saya tak pernah menyesal mengenali kamu semua.

10. Kawan2 : Kawan2 dari zaman baby dulu sampai lar sekarang & mungkin akan datang. Tanpa mereka, kehidupan saya di alam persekolahan sehinggalah pembelajaran. Mungkin sunyi & jadik katak bawah tempurung.

Nota kaki :
>> Dan yang utama adalah ALLAH S.W.T. Untuk mereka, terima kasih ya atas segalanya. Walau berjasa kecik atau besar, terima kasih..



ENJOY READING MY STORY !! :)

Day 6 - 10 items you can`t live without

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Menjelang hari ke 6 sudah. Sangat pantas... Yeay...Kalau boleh tak nak ponteng sehari pown. Mari2 ke hari ke 6 yer. Nak items ae ?? Makna items, barang2 lar kan ?? ke leh campur2 dengan orang sekali ke ape ?? Leh tak ?? Lantak lar kan ??

Day 6 - 10 items you can`t live without.

1. Cincin : Ade 2 cincin dalam life aku, 1 emas, 1 silver. Kalau p mane2, even kuar p kedai depan umah, tetap akan pakai. Kalau tak pakai, rase macam something kowt. Life macam tak kene jer.

2. Handphone : Ade 2 phone jugak dalam life aku.1 Sony E, 1 lagi Nokia. Jugak kalau tak bawak, ade yang tak kena. Sebab 2 2 ade kepentingan. Yang celcom, aku nak berhubung dengan kawan2. Yang maxis, tue line. So, kalau in case emergency, kene ada.

3. Laptop & Broadband : Anywhere, either i used or not, benda 2 neyh kena ada dengan aku. Member aku pernah kata, mane pown aku pergi, kalau dea datang bilik, mesti dea tengok laptop aku da terpasang. Samada guna ke tak, kene ON laptop tue.

4. IC : Hahahak...gela kau kalau tak de IC...Nanti aku dicop warga zimbabwe taw. 

5. Lesen kereta : Aku tak nak kene tahan dengan JPJ, ade rekod buruk dengan polis sebab saman. Huhuhu. NO !!

6. CIMB Bank : Jangan salah faham yer... Aku bukan seorang yang boros...tapi kad bank kena sentiasa ade dengan aku. In case lar kan jadik pape...

7. Duit : Sape yang kate duit tak penting sekarang ?? Tolong gtaw !! Aku kalau duit tinggal 50 jer... sumpah menggelupur...

8. Radio : Aku ta leyh ta de radio. Seriyes. Biar tak de TV, asal jangan tak de radio.

9. Air : Hahahahaha...kalau tak de air, busuk lar aku. Aku neyh orang yang mementingkan kewangian taw.

10. Udara : Phewwww...mati lar saya kalau ia ta de..

Nota kaki :
>> Yahoooo...berjaya lar jugak !! Kalau anda gembira, baling meja. Kalau anda gembira, baling meja. hehehehe...



ENJOY READING MY STORY !! :)

5/21/11

Day 5 - 10 wishes

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Biase lar kan duk umah... Bangon pagi, melantak, mandi, kemas umah, da trus tak de keje... so, ini lar tugasan harian yang sangat2 mencabar minda lar sangat kan ?? Pas buat neyh nak tdo. Bahahaha... Sonot tak ?? Okeh tak sonok.. ( T_T ).... hari ke 5, tentang ape yer...mari melihat....

Day 5 - 10 wishes. 

1. Ketenangan & keselamatan. : Hidup aku lately neyh DIGANGGU oleh manusia yang kate dea bahagia, tapi sebenarnya dea langsung tak bahagia. Sampai family aku pown kena ganggu. Per cite ?

2. Pointer : Nak CGPA n GPA tinggi dis sem.. ;)

3. Baju : Hahahaha... dalam list ae ? Aku ade usha satu baju cantik dekat TS... So, aku nak beli. 

4. ASB : Nak banyakkan duit dalam ASB sebab nak penuhi impian ke bawah2 nanti. ( yang aku listkan neyh lar nanti )

5. Umrah : Da lame gela nak p umrah...Tengah kumpul duit... Harapnya dapat ke sana dalam 2 tahun lagi. AMIN.

6.Gemok : Berat aku 53.5 kg tapi badan aku macam 42 kg. Tolong yer badan... Tolong...sile membesar sepertimana yang telah masuk ke badan ini. Ataupun paling koman lar, membesar lar ckit...bagi ade lemak sepam dua. Aku penat da neyh orang panggil aku kudut.

7. Baby : Boleh tak nak baby sekarang ?? Hahahahahaha...

8. Baran : Aku sangat2 berharap perangai baran aku hilang. Lagi2 lately neyh baran memang jenis belasah orang punye. Aduh lar...

9. Solat : Dengan rase rendah dirinya, saya sebagai manusia yang hina terlalu khilaf, yang dibesarkan dengan didikan agama yang secukupnya mengaku yang solat saya selalu rongak. Haish. Saya harap sangat setiap hari saya bangun, saya tak akan tinggal pown solat saya. Saya sedang melakukan pemulihan demi pemulihan sekarang.

10. Duit : Sentiasa berharap duit sentiasa cukup supaya keperluan sentiasa tak putus. AMIN.

Nota kaki :
>> Banyak lagi kowt nak senaraikan,....tapi kate nak 10 jer kan ? So... 10 jer lar... Hahahaha...




ENJOY READING MY STORY !! :)

5/19/11

Day 4 - 10 things you want to say to one person

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Sudah sampai hari ke 4 lar. Benda pendek2 macam neyh aku sonok nak buat. Eceh, sonot lar sangat. Sebenarnya kalau ko tanya sal mood, memang entah melayang ke mana lar kan mood aku. Lately neyh jadi hot temper melampau2 sangat kekdahnye. Alamak hari ke 4 neyh kene pilih one person lar pulak an ?? Cmne ae ?? Aku ramai sangat kowt nak aku tujukan bahasa2 halus dengan bahasa2 kesat romantik neyh. Lalalalala~ hahahaha...tidak2...Ok lar, aku picked some1, tak perlu lar kan aku gtaw sape. Ko bace jer lar, dea punye tugasan. Lain lar, dea spesifikkan benda kita nak cakap tue kat sape yer dak ??

Day 4 - 10 things you want to say one person.

a) Sorry, wa tibai lu tadik. Wa punye hot temper melampau gela kowt sekarang. Memang tangan sangat laju untuk tibai orang kalau ade yang buat wa marah. Wa tibai lak tue, wa tibai betul2. Hurmmmm... Lu tak tahu wa rase bersalah gela kowt sebab tibai lu. ;( Seriyes.

b) Sabar yer. Wa taw lately neyh lu banyak masalah. Bukan banyak lagik, memang melampau2. Wa ta taw kowt nak bagi kekuatan cmne. Tapi wa rase sepanjang wa kawan dengan lu, wa memang sangat2 tak akan senang duduk bile lu ade masalah.

c) Jadik anak yang baik. Wa taw wa ta payah cakap benda neyh, lu memang anak yang baik pown. Sangat baik. Lu la orang yang gua tengok pandai kawal adik beradik dea & sanggup korban ape saja untuk family. Kat part neyh, wa memang tabik toing2 sama lu.

d) Terima kasih. Sebab lu tak pernah tinggalkan wa walau cmne pon situasi wa. Wa rase keikhlasan lu terima wa dalam idup lu. Cmne lu handle si kudut gela neyh bile wa kene macam2. Lu memang sahabat dOnia akhirat.

e) Jangan tinggal solat bro. Solat itu tiang agama. Wa taw, kite makin lalai, makin bongkak bile terlalu mengendahkan DIA. ;(

f) Jangan baik sangat dengan orang yang lu tak kenal. Wa pelik tol, lu kalau dengan orang yang lu kenal rapat. Lu close, sometimes kadang2 tak baik camtu ae. Heheheheh... Sudah2 lar jadik bank negara dekat orang. Lu bagi pinjam duit dengan orang yang memang tak ti nak bayar duit lu. Buat PTPTN la dekat bebudak nak belaja.

g) Jaga kesihatan. Bro, lu tak chat bro. Bukan sebab benda mistik haram jadah yang insan tue anta jer. Tapi dalaman & luaran lu pown tak chat. Lu makan ikut suke aty, sekali makan. Nuh hah, kalah gajah. Hahahak...ta dek2...wa gurau. Lu jaga kesihatan bro. Cmne lu nak nampak muda macam wa yang berumur 20 tahun dalaman neyh ??

h) Lu kawal ckit angin lu bro. Wa seriyes, sometimes fedap. Perghhhhh... tue sebab wa moody bro. Seriyes.

i) Lu jangan bace blog wa. Bahahahaha... Sumpah harom kalau lu baca. Wa tuleh gneyh sebab wa taw lu mane suke sangat bace bende2 gneyh. Lalalalala~

j) Last but not least, bro....lu macam sedarah sedaging wa. If anything happen to us, wa kalau leh tak nak ilang lu. Sebab lu lar kawan, musuh ketat yang paling sangat2 bersabar dengan hot temper wa. Pe`el wa yang suke tibai orang ikut suke aty. Mulut wa yang macam klon dengan mikrofon rosak. Wa sayang lu, bro !! Ikhlas wa cakap. Sangat2 sayang.

Done !!

Nota kaki :
>> Orang ini adalah manusia yang sempurna fizikalnya diberi ALLAH. Hahahahahaha... Clue tak membantu kan ?? Lantak aku lar....




ENJOY READING MY STORY !! :)

Day 3 - 10 things you hate

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Suda sampai hari ke tiga kan ?? Sebenarnya langsung zero mood untuk buat menatang neyh. Tapi taw nape, rase macam nak update jugak kan. Yer lar, kang shayra rendu. Eh...tak...kang ade orang rindu. Hahahaha...

Day 3 - 10 things you hate.

a) Stalker dan seangkatan dengannya. Memang macam harom nak kena tembak lelaju.

b) Katak. Omaigot, sory... Ko boleh bagi aku tengok ulau ( ular ker ape ker binatang eksotik laen ) TAPI tolong ae, ko jangan bagi aku katak. Seriyes aku cakap, sampai sudah lar ko bukan kawan aku.

c) Bajet bagus. Phewwww...aku cukup lar sangat benci benda2 macam neyh. Lu tunjuk bagus, lu kene bagus bai. Lu jangan tunjuk bagus, tapi lu perangai macam hamlau. Lagi2, bile lu cakap gebang, lu baik lar macam malaikat tapi perangai lu, serupe macam dajal.Sory, wa memang mencik.

d) Gangster jalanan. Wah2...ini memang super mencik... Bawak keta laju boleh bro, tapi jangan bahayakan nyawa awek2 macam wa. Tak kire lar kan, pompuan ke lelaki bawak keta, tapi tolong ler, jangan lar bahayakan nyawa & biadap dengan orang lain atas jalan. Itu lebuh raya bukan lu punye, tapi MALAYSIA punye.

e) Tunggu orang berjam2. Dan paling pantang bagi aku, ko tunggu orang tak leh kan ? Tapi orang tunggu ko, boleh...Pas tue marah2, moody dengan orang. 

f) Janji tapi tak ditepati. Perggggggghhhh... bro, lu ta taw ke peribahasa manusia berpegang pada janji. Lembu pegang pada tali. Eh....yer ker ? yer lar peribahasa tue lar. Kalau janji tue tak penting kenapa orang melayu buat peribahasa kan ?? Fikir lar kan.

g) Selfish. Hahahahak....lu boleh pegi mati bro. Seriyes wa cakap.

h) Back stabber. Wah2....kawan kan ?? depan wa pijak semut tak mati, gela la kate sayang aku bagai. Tapi belakang aku, nak bunuh aku tue. Okeh, fine !!

i) Makanan nampak sedap tapi rasa hancur. Huhuhuhu... Okeh, ini memang masuk dalam list okeh. Bahahaha...

j) Game lambat loading sebab internet connection corrupt. Bahahahahaha... In list. Seriyes aku cakap, benda macam neyh boleh buat aku moody satu hari. Benda neyh boleh buat aku tensyen satu hari.

k) Kite cakap baik, orang balas tengking2. Tak pown, kite tarak hal. Bikin hal kite, jap g owang nak cakap ngan kite, tengking2. Perghhhhh...memang boleh bawak bertumbuk. Ko apehal ??

Done !! Hooooyeeeahhh !!

Nota kaki:
>> Mood mase buat menatang neyh memang tak de. Kebetulan pulak cakap pasal hate2 neyh kan ?? So, memang bahasa agak kasar dabel2...



ENJOY READING MY STORY !! :)

5/18/11

Day 2 - 10 things you love

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Hah...mari lar kite ke hari 10, eh2 pejadah nye ko neyh hari ke 10. Ko baru buat semalam kan ?? Dush dush dush... ape pown tak boleh, ape pown tak boleh... Buat hari ke 2 dulu lar... Huhuhuhu...mengarut lar kan, sampai tak sudah. Oh, begini ya, tak sampai seminggu lagi kan ?? Tapi idup dengan cuti adalah sangat loser. Lapar sentiasa, makan sentiasa, kurus sentiasa. Huh....apekah ?? apekah ?? Dah2...berbalik ke hari ke 2 kite tadik yer...

Day 2 - 10 things you love

1. Kamera

2. Kereta Sport.

3. Games.

4. Handphone yang tak canggih sangat. Musti kowang tak caya aku tak suke iphOne ngan ipad kan ??

5. Mikrofon.

6. Pakaian yang comel & cantik2 dimata. Bahahaha...

7. Laptop.

8. Kedai makan.

9. Blog.

10. Bantal & Tilam !!!

Nota kaki :
>> Hahahaha...bermasalah & parah gak aku nak senaraikan satu2. Abeh perah otak kowt... Tapi jawapan, ade tak yang best ? hahahaha... Ikut mung lar...






ENJOY READING MY STORY !! :)

5/17/11

KL Gangster - Filem Terbaru Syamsul Yusof

www.tips-fb.com

Salamualaik

Filem terbaru arahan Syamsul Yusof.
Ini baru Lu Langsi, Lu Mati okeh.

9.Jun.2011

Nota kaki :
>> Aku bukan nak memperkecilkan kredibiliti Farid Kamil sebagai pengarah, tapi bagi aku... Syamsul Yusof memang pengarah muda yang sangat2 berbakat. Just bezakan cerita V3 : Samseng Jalanan ngan Evolusi KL Drift. Dan bezakan Khurafat ngan Kongsi. Sory. Bagi aku, Farid Kamil memang pelakon yang sangat2 bagus tapi untuk mengarah, Syamsul Yusof adalah yang terbaik.




ENJOY READING MY STORY !! :)

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!