5/9/11

Suhu Panas mungkin berakhir minggu hadapan

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Kadang2 agak kepelikan
Bila tengok cuaca lately neyh,
Last 2 week bukan main lagi musim hujannya,
Tak beragak, 
Perasan tak ??
Tak taw lar kan dekat negeri lain,
Tapi di KL,
hujung 2 minggu lepas,
memang menguji,
Kesejukan yang amat kalau tdo memalam.

Tapi since hujung minggu lepas,
dan awal minggu neyh,
Mak aih kepanasannya,
Tak usah cakap lar kan ?
Memang kalau tdo malam,
Memang kena bukak baju lar,
Kalau tak bukak baju tak sah,
Berbugel jer lar tetengah malam buta.

Dan tadi dengar berita dekat suria FM,
katanya cuaca panas this week,
kemungkinan akan berakhir minggu depan,
buktinya..

KUALA LUMPUR, 9 Mei -- Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.

Beliau berkata keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina yang meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.

"Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya kepada Bernama.

Namun beliau berkata keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal dalam bulan Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada bulan Mei tahun 1998.

"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9C), Alor Setar (37.5C), Lubuk Merbau (37.0C), Melaka (38.0C), Batu dan Kuala Krai (38.0C)," katanya.

Saw bekata keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering dan menjadikan api mudah marak seterusnya boleh menyumbang kepada jerubu.

Beliau menasihatkan orang ramai agar mengelakkan pembakaran secara terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.
Nota kaki :
>> Punye panas, tekak sampai sakit, perit & suara jadik seksi. Malam tadi memang badan panas semacam nak demam, nasib bek cepat telan panadol. Kalau tak, confirm2 demam lar.





ENJOY READING MY STORY !! :)

0 typewriter yang prihatin:

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!