8/15/12

Keluarga Iskandar - Family Bounding yang Hebat :)

www.tips-fb.com

Salamualaik...


Nak tanya dulu, ada sesiapa tak yang tak pernah miss tengok cerita Keluarga Iskandar ?? Sebagai anak kelahiran Johor, for sure aku berbangga bila ada yang produce cerita macam nie. Keluarga Iskandar ni dekat Astro Prima 105, setiap selasa, pukul 10pm - 11pm. Actually, sebenarnya banyak yang menarik dalam drama series nie. Aku ketinggalan 2 episod sebenarnya sebelum aku betul - betul ikut. Itu pun, masa tue kena period pain, so baring la dekat luar depan TV, aku tak rasa pun nak ubah siaran. Yang buat aku terus melekat, sebabnya perangai mak dia. Hahahaha... Totally like my mum !!






Inilah barisan pelakon drama nie, cuma xde gambar Om dan Sal anak abang Ngah dan Kay jer. Serius cakap, banyak benda menarik yang buat korang tertarik dengan drama nie. Pada sesiapa, yang ikatan family dia memang antara each other close gila. Tak boleh kalau adik beradik tak berkumpul seminggu sekali, Keluarga Iskandar memang highly recommendation from me. Selain tue, perangai dan karakter mak dia yang kalau tak 100 % sama, may be ada sikit dengan perangai mak korang. Eh #, ini betul. Kalau tengok cerita nie, bila part mak dia membebel / caring / nasihat, memang sebijik la mak korang. Mak dia neyh brutal gile, ( may be nak menampakkan kejohoran dia ). Tapi dalam brutal tue, mak dia tetap comel.

Lagi satu, ini 1st drama yang aku tengok like pelakon berinteraksi dengan penonton. Macam ada 1 isu tue, tentang mak dia mengigau, kamera akan fokus pada 1 1 anak dia even dekat tempat lain untuk cerita tentang perangai mak dia. Hahahahahahaha... Macam tue jugak dengan episod yang lepas, tentang siapa yang boleh handle mak dia merajuk. So cute.

Bagi aku, pemilihan pelakon dan skrip adalah yang paling terbaik untuk drama kekeluargaan macam nie. Semua pelakon memang bersahaja. Keluarga Iskandar bukan macam drama biasa, tapi macam ada 1 kamera yang letak dekat uma untuk monitoring kehidupan diorang dan kalau tak puas hati, cakap depan kamera. Hahahaha. And lagi satu, thanks sebab berjaya membuatkan Susan Lancaster berlakon semula. :)

ENJOY READING MY STORY !! :)

Ramadhan hampir pergi, Ingatan terus abadi untuk mereka yang tiada lagi.

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Bila kau rindu dia, 
Tapi tak dapat dengar suara, 

Tapi tak dapat bergurau mesra,

Tapi tak dapat berlawan bicara,
Tapi tak dapat lagi bersua muka.

Kau hanya ada,

Kenangan bersama,
Gambar yang lepas sewaktu Hari Raya,
Gambar yang lepas sewaktu bergembira. 

Masih jelas gambaran si dia di saat hampir tiada,

Masih jelas tangan-tangan yang mengesat air mata, 
Masih jelas berita sedih itu bergema,
Masih jelas sewaktu kau, aku dan mereka bersama. 

Kau merenung jauh, kosong. 

Kau rindu dia separuh nyawa. 
Kalaulah dapat putar semula..
Kalaulah dapat luang lebih masa bersama..
Kalaulah dapat berada di sisi sewaktu nafas terakhir direntapnya. 

Abang, ayah, ibu, adik, kakak, sahabat, suami, isteri, anak, jantung hati.

Bersemadilah engkau di sana.
Di dalam hati yang dipaksa rela.
Semoga Ramadhan meringankan bebannya.
Dan semoga Syawal mempertemukan kita semula dalam Fatihah yang dibaca.


**Buat semua yang pergi meninggalkan kita di Ramadhan Al Mubarak ini, semoga roh mereka tenang di sana. Al Fatihah.

Dalam kemeriahan menyambut Syawal, kita sebenarnya hampir terlupa pada mereka yang telah tiada. Kami menyambut Syawal dengan kesederhanaan tahun nie, baik dari aku, family aku sendiri atau family angkat di Pahang yang aku dah anggap umpama keluarga sendiri. Di belah pihak family aku, tahun nie adik beradik yang 2 orang tue tak beraya dekat rumah, masing - masing beraya di rumah mertua. Jadi, keterujaan menyambut raya tue tak berapa meriah. Yer la, penyeri dekat rumah semua tak de. Sedih jugak sebenarnya, adik beradik 3 orang, bila masing - masing tak de....hmmmmm...So, as usual, rasanya pagi raya tue ke rumah nenek, petang raya seterusnya sampai raya ke 3 / 4, beraya dekat kampung.

Hmmmm... Bagi family angkat di Pahang, totally tahun nie tahun yang berbeza dari tahun sebelumnya. Benarkan aku bertafakur sekejap untuk menulis tentang ini. Hmmmmm... Bulan 2 hari tue, abah pergi meninggalkan kami. Diam tak diam dah hampir 6 bulan abah pergi. Aku taw darah sedaging, adik beradik di belah sana pasti merasa sedih. Yer la, abah adalah orang yang paling rapat dengan mereka. Mak ape tah lagi. Pada aku, mak memang hebat. Dia tak ambil masa yang lama untuk recover dari kesedihan kehilangan abah. Seminggu, 2 minggu mak tak sentuh nasi. Minum pun setakat milo. Selebihnya mak makan roti. Puas kami pujuk. Tahu, bukan mudah. Hilang orang yang kita sayang, teman hidup, walaupun kadang - kadang jadi teman bertekak, tapi cinta itu tetap ada. Manakan bisa, kita tak rasa kekurangan. Tapi, kami sebenarnya kagum, 3 minggu selepas tue, mak semakin pulih, cuma nak bergurau kami masih tak berani.

Kehilangan abah memang terasa. Walaupun sekadar anak angkat, aku boleh dikira rapat jugak dengan arwah abah. :").. Paling ingat sekali, abah suka marah kalau aku ratah ikan masin / ikan pekasam saja2, tak makan dengan nasi. Abah kata nanti muda - muda kena darah tinggi, darah pekat. Abah memang selalu membebel pasal pemakanan aku. :"). Dan yang paling aku tak boleh lupa, hari jumaat, 2 hari sebelum abah meninggal, kami ada balik ke kampung sebab along dan abah ada cabut undi kontraktor. Petang tue, abah tepuk peha suruh belikan air. Abah haus katanya. Balik tue kami berbual, ingat lagi dekat meja makan, abah berbual macam biasa, cuma bezanya, dia kerap termenung. Masa kami makan, dia tengok jer aku dan along. Abah mintak aku tolong along. Abah pernah cakap masa jaga dia kat IJN, " abah tak harap kawan dia yang lain, selagi awak kawan dengan dia tolong la dia ". Hari tue, abah beria suruh aku bawak diploma dekat PKK Kuantan untuk dapatkan lesen elektrik. Hmmmm... Dan lepas makan tue, kami semua masuk dalam bilik.

Tiba - tiba dengar suara abah memanggil dekat luar, abah kata kenapa tak de orang langsung dekat luar nie. Kami keluar, abah sesak dada katanya. Along urutkan abah, dan tangan kiri dia, letak dekat peha aku, " urutkan tangan abah nie, laily ". Kami mengurut abah macam biasa, Along dibelah kanan, aku di belah kiri. Itu kali terakhir aku sentuh abah. Dan pukul 11 hari Isnin, kami dikejutkan berita kehilangan abah. Rasa macam perit nak dengar. Yes, memang sekadar anak angkat. Tapi aku tetap ada momen bersama abah. Sampai sekarang, masih basah ingatan jaga abah di IJN, temankan abah pegi kolam air panas, cari seluar bundle. Lagi 2 kalau abah datang KL, along keje, abah akan cakap ngan Ika, " Kakak, call kak laily suruh balik. Bawak abah jalan - jalan. Abah bosan ". :")...Allah, rindunya. 

Untuk abah, terima kasih sebab sudi jadikan saya anak angkat abah. Terima kasih sebab percayakan saya untuk kawan dengan anak abah. Terima kasih. Sampai sekarang, kalau ada kesempatan, saya balik ke Pahang, pusara abah jadi tempat wajib yang akan saya kunjungi. Terima kasih jugak pada mak, sebab kalau tak de angah, mak percayakan saya untuk buat tahlil di pusara abah. Semoga abah tenang disana. Luhur keperibadian abah, buat abah disenangi orang lain. Al - fatihah. :")




ENJOY READING MY STORY !! :)

8/10/12

Iklan Raya BERNAS yang menyentuh hati

www.tips-fb.com

Salamualaik....


Dalam banyak iklan raya before neyh, mungkin tak dapat menandingi Iklan Raya Bernas neyh. Tahun sebelum neyh bukan tak de iklan raya yang menyentuh perasaan, tapi sejujurnya, Iklan Raya neyh berjaya membuat kita sebak dan mungkin ada yang menangis. Kanak - kanak istimewa tue buat aku terfikir, betapa bersyukur nya kita yang dianugerahi segala - galanya yang sempurna dari ALLAH, mungkin bukan dari segi kekayaan dan kewangan. Tapi dari segi fizikal dan keluarga. Yang buat aku sedih, mereka berdua tetap tersenyum walaupun banyak halangan nak pulang ke kampung. Untuk mereka diluar sana, hargailah kehidupan yang ada. Bersyukur lah dengan segala nya.  :"). Thanks BERNAS....
ENJOY READING MY STORY !! :)

8/3/12

Keluargaku Syurgaku 2012

www.tips-fb.com

Salamualaik…

Maaflah setelah entry ini lama terperap, baru hari nie rajin menghupdate dengan jayanya. Mintak mahap banyak2. 3/6/2012 hari tue Alhamdulillah berlangsung dengan jayanya sekali lagi Family Day Haji Tugiman untuk kali yang ke – 3. Seronok memang kepalang la kan ?? Sebabnya,

1 : Ini memang acara tahunan family besar kami. Kenapa 2 tahun sekali ?? Sebab kami saje nak bagi masa Pengerusi dan AJK settlekan semuanya semoga berjalan dengan lancar. Sebab kalau setahun sekali, confirm2 lah macam tunggang langgang sikit, sebab setahun tue macam tempoh singkat sangat nak handle penginapan, goodies, nak bentuk AJK baru… Kan ?? So, itu sebab family kiteorang decide 2 tahun sekali.

2 : Ini la masanya nak berkumpul satu family besar yang merangkumi 13 orang pak cik mak cik termasuk abah saya. Sepupu sepapat, kupu – kupu rapat – rapat, anak – anak sedara, cucu cicit, oyang seme. Kiteorang susah sangat nak kumpul semua. Kalau contact pong, masing2 dekat FB jer. Tapi Alhamdulillah, mungkin disebabkan ikatan kekeluargaan kiteorang neyh agak kuat, jadik even dah lame xjumpe, memang bergegar la chalet itu. Hik3.

Cume tue la, setiap tahun dari Family Day yang pertama memang selalu xcukup korum, ade mereka yang bukan sengaja xnak datang, tapi kekangan masa. Kekangan keadaan. Ape yang seronok adalah kiteorang datang dari Family JAWA ( yes, saya adalah anak mix jawa + banjar…i`m not pure malay actually… kang aku cite salasilah keluarga aku kang, ngantuk pulak korang baca…ehehe ) yang sangat2 besar. Abah aku adalah abang long yang mempunyai 12 orang adik dekat bawahnya. Dan ++ seronok, adik2 ipar abah yang merangkap pak cik mak cik aku, ramainya datang daripada negeri yang berbeza2 dan super sporting. Jadik, itulah sebabnya kami generasi yang kedua dan sampai cicit yang lahir neyh datang dengan pakej yang super duper sporting jugak.

2 la mudahnya, tak susah kalau orang luar nak masuk dalam family kami. 2 sebab jugak la, family kiteorang disenangi orang. Kalau raya xpayah cakapla, keluarga saja dah penuh umah, tak masuk lagi sedara mara yang sama banyak. 2 sebab mak pernah cakap, kalau buat kenduri kawen, sedara mara saja da macam satu batillion. Ehehehe…

Anyway, mule2 acara family day neyh dibuat sekadar suke2, tapi bile 1st family day berlangsung dengan jayanya, planning untuk buat family day neyh pown dipersetujui untuk dibuat sebagai acara tahunan. So, decide untuk buat 2 tahun sekali dengan pengerusi yang berbeza2. Yer la, bile semua dapat rasa jadi pengerusi, best jugak kan ?? Pengisian berbeza – beza. Itu yang best. So, untuk tahun neyh, semua decide untuk pilih Cik Muner jadi pengerusi.

Pagi sabtu tue, just family kami jer yang gerak dari Johor. Gerak dalam pukul 11 dan maybe dengan keadaan cuti sekolah, highway jadi macam jalan biasa pulak. Banyak gela kereta, nasib baik traffic lancar ( ahaha, macam pegawai trafik kan ?? ), cume masa exit Simpang Ampat tue, jammed kejap.

Happening memang happening sebab sampai2 dah banyak lauk, pilih jer, pas tue makan. Hahaha… Makan adalah sesuatu yang dabel menyeronokkan lagi2 bile berkumpul dengan orang yang triple menyeronokkan. Hehehe…  Penginapan pown tak macam tahun sebelum neyh, kali neyh setiap family dapat 1 dorm / bilik / chalet. Xla bersesak2 macam sebelum neyh. Sebenarnya betul jugak, family kami bsar, so, kalau nak tempah apartmen, kene yang super besar macam umah atok tue. Xleh kecik2, sesak2…Jadik xselesa. So, tahun neyh penginapan adalah taraf 4 bintang kesemuanya. Depan laut pulak tue, cumanya kalau mintak suggestion, aku tak cadang sangat lah dekat sini sebab air agak kotor. Tak bersih, kalau nak pegi, tanjung bidara okeh kot.




So, faham jer la kalau dah berkumpul kan ? Riuh rendah memang tak terkira. Malam tue pulak kiteorang ada game. Tahun nie tema JAWA. Jadik baik dari segi game, pakaian, memang kena jawa. Ada mak cik dan pak cik yang super sporting tue memang berpakaian beragam la deorang. Family aku ?? Hahaha… Tidak ler. Tak de masa, lagi pun masa tue aku sibuk dengan FYP. Tak ada masa nak fikirkan pakaian beragam nie. Game ?? Sebenarnya game biasa jer yang dianjurkan dua beradik, Adam & Aida tue. Tapi dah temanya jawa, hahaha…memang lawak la kan. Kiteorang nie harap jer anak jawa, tapi cakap jawa sepatah haram tak tahu. Sungguh tak bagus. Katanya jawa hilang di telan zaman. Ada la sepatah dua perkataan yang faham, tapi kalau atuk speaking Jawa dengan abah, memang ternganga jer la.










Congrats to Aida n Adam sebab organize game yang best2. ehehe... Serius mengeratkan tali silaturrahim kekeluargaan. Saya tak banyak pun main game tue sebab over keletihan, running balik ke Johor dalam masa yang singkat, lepas tue kena pegi Melaka, driving manual car dengan keadaan jammed. Huhuhu...Letih noks. So, banyak duduk, gelak, melayan anak sedara dan sepupu yang kecik jer. Mak2 memang suka kalau saya ada, senang nak makan sebab bagi jer, confirm anak terjaga. Hahah... Lagi satu, saya lebih simpan tenaga untuk aktiviti pagi esoknya sebenarnya. 

Esok paginya, bangun awal seawal kul 7, abang dengan pak cik yang lain entah kemane pergi. Nie lah bahana buat family day tepi pantai, kalau dah dasar kaki pancing, tepi pantai yang confirm orang tengok tak de ikan pun boleh buat hilang gian. Okeh, aktiviti pagi tue memang super duper best dari malam tadi, sebab nie acara sukaneka. Once again, saya tak terlibat dalam sebarang penyertaan. Tahun nie banyak rest sebenarnya. Hahaha... Jadi AJK Sukaneka. Game memang best2, dari umur 4 tahun sampai ke tua bangka. Tapi rasenya game paling best adalah game bola sepak kampung yang mane, 1 group ade 12 orang lelaki. Kena main bola sepak pakai kain batik. Pas tue, lagi 1, game berpasangan, kena ikat kaki, jalan sama - sama ke depan, tapi selalu orang buat ulang alik kan, yang nie x, AJK buat kena reverse. Puas la tergolek semua orang. Hahahaha....



Konklusinya, memang seronok dapat bersama dengan keluarga. Ini serius, sometimes family adalah therapy terhebat yang memang kita kena cari bila kita tension. Lagi macam kami, one big family yang sangat close satu sama lain. Setiap tahun, ahli keluarga bertambah. Rasa makin seronok, tue sebab bila raya, 1st raya pulak tue, kalau mak / abah delay balik raya ke kampung, saya akan marah. Before tamatkan, nie nak bagi tunjuk gambar my big family :)



ENJOY READING MY STORY !! :)

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!