5/17/11

Day 1 - 10 things about you

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Yeay...kalau anda gembira tepuk tangan...kalau anda gembira tepuk tangan...kalau anda gembira, beginilah caranya...kalau anda gembira, tepuk kepala sendiri. Bahahahaha... Aku memang suke benda alah gnie...asalkan belog berhupdate kan ?? Tol tak ??

Day 1 - 10 things about you.

10 perkara adalah tentang saya adalah :-

a) Cintakan kanak - kanak : Dat`s no point to describe. Orang yang kenal secara close dan sangat rapat dengan aku adalah taw, yang aku memang sangat2 cintakan kanak2. Dan kanak2 sukakan aku. Susah kowt, nak tengok aku tak suke budak2. ;)

b) Gela : Hahahaha...bukan mental disorder okeh noks. Mak adelah manusia yang mempunyai tahap kemerengan yang paling kritikal. Yer, saya sangat suke buat kawan2 saya gelak.

c) Kuat makan : Ahah...aku mengalami simptom buruk lantak yang agak memalukan rakan2 dan taulan juge sahabat handai. Sape2 yang tengok fizikal aku, mungkin susah nak percaya yang aku sangat2 kuat makan lebih dari orang yang bersaiz 2 kali ganda dengan aku. Aku yang makan, orang lain yang gemok. Huhuhu...indahnya hidup macam tue.

d) Suka circuit tapi tak suke matematik :Yer, umum tahu, aku adalah seorang budak engineering dan bakal engineer, insyaallah satu hari nanti. Dan kowang jugak musti tahu, dalam engineering, matematik dan circuit adalah sesuatu perkara atau terma yang amat2 penting untuk dipelajari. TAPI, aku adalah salah seorang budak engineering yang sangat2 membenci subjek matematika. Bagi aku, matematik adalah salah satu subjek yang amat menyusahkan. Huhuhu...penat dowh otak pikir tentang pengamiran lar, pembezaan lar, probability and stochastics lar dan ape2 lagi...Seyes, aku tak suke. Dan peliknya, aku sangat suke bermain dengan circuit, Okeh... =)..So, adelah kebaikan dea yer dak.

e) Pemandu yang berhemah : Bahahaha...hemah sangat lar. hemak okeh itu pown selepas eksiden akhir bulan lepas. Urghhhh...sangat tekanan sebab selepas kejadian malang tidak berbau, hampir sebulan jugak aku mengalami masalah tidak boleh memegang lesen kereta. Dan sampai sekarang juga, abah amik balik jawatan sebagai pemandu terhormat keluarga !! Sangat ta best... Tapi tue lar, bile jer pegang stereng, terbayang jatuh dalam gaung !! Harap akan pulih selepas ini.

f) Jimat :Yer...disebabkan aku anak bongsu dan mak abah sudah tak bekerja lagi. Aku diajar supaya berjimat. Aku memang jarang sangat2 beli baju baru. Boleh dikatakan 3 bulan sekali baru aku beli baru. Kalau tak, aku lagi selesa pakai baju lama. Dan kalau ke kedai apa2 pown, jangan terperanjat lar kalau aku pilih beria, pas tue last2 aku bayar untuk satu item jer. Hahahah... Peel tak elok.

g) Bongsu : Ya, saya adalah anak bongsu daripada 3 orang adik beradik. Yeeihhhhaa.... TAPI ye ade tapi yer kawan2...aku bukan anak bongsu yang manja tak hengat macam anak2 bongsu lain. Aku tidak dimanjakan dan tak pernah memanjakan. Erk, apakah ?? hehehe...yer, aku memang bongsu. Mempunyai abang dan akak yang sudah berkahwin. Mempunyai anak sedara 3 orang yang gela ganas yang menjatuhkan taraf aku sebagai anak bongsu. T_T
 
h) Suka berjalan sorang2 : Yerlar...takan lar berjalan berdua lak kan. Masalah lak tue, melekat ke sana ke mari. Hahaha...tidak2...maksud aku, aku suke dan sangat tak kisah keluar sorang2. Contohnye, aku nak keluar sangat2 kan, tensi duk hostel, pas tue bile aku tanya kengkawan, " weyh, kowang nak kuar " pas tue kalau mereka kata ada hal. Aku ta kisah untuk keluar berseorangan. Sape kata, life ta de bile keluar sorang ?? kan ?? cume bile kuar reramai tue lagi best lar...leh lepak lame2 kat warong wong jowo...oh...my...wendu kengkawan pula.

i) Pernah menjadi atlit : Hahaha...ini musti ramai yang tidak percaya kan ?? Aku sendirik tidak percaya. Sebabnya, dari sekolah rendah bile cekgu suh main bola jaring. Aku akan cube mengelak dan pakai baju kurung time PJ, huhuhu...gela loser. Okeh, aku memang tidak suke bersenam okeh. Dan entah kenapa, mase diploma, sedang duduk2 untuk pemilihan atlit ke seluruh ILJTM, tetibe diri yang kudut ini telah dipilih menjadi sebahagian atlit TARIK TALI. Tarik tali okeh ?? Ko ade ?? Orang kurus taw...hehehe...so, bermula lar kehidupan sebagai seorang atlit selepas itu. Eceh, macam lar banyak sangat. Selepas tarik tali, aku berjinak2 ke dunia futsal pulak. Dan yer, futsal berjaya mencambahkan cinta aku pada dunia sukan. Tapi sayang, kejap aje sebab last tournament, aku injured dan selepas itu, terus bersara.

j) Simple tapi sangat2 sukar dijangka : Rase macam rancangan mengenali personaliti oleh Dr. Fadzillah Kamsah kan ?? Hahah...yer, aku orangnya adalah super simple. Aku ta kisah memakai tudung yang sama berhari2, aku tak kisah nak makan kat mana, makan apa, berpakaian apa, asalkan kena pada tempat. Mak kata, aku adalah anak yang paling2 senang nak dijaga. Sebab aku memang yang tidak super cerewet.

Nota kaki :
>> Kalau korang rase ade terbaca kat mana2 entry aku benda yang same...tutup mate jer lar... Bahahahah...




ENJOY READING MY STORY !! :)

0 typewriter yang prihatin:

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!