4/18/10

Betapa Pentingnya Solat Istikharah

www.tips-fb.com

Salamualaik...

  • Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.

  • Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”

  • Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

  • Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

  • Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

Terjemahan Doa’ :

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini, aku didatangkan cinta adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini aku di datangkan cinta membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Nota kaki :

>> Terjemahan doa... yang aku bold dan italic kan tue, boleyh diubah dengan ape2 sajew hajat yang kowang.

>> Credit to nurjeehan.wordpress.com. Aku memerlukan ineyh sebenarnya untuk kehidupan aku. Ta nak lagi mengejar cinta yang ta pasti... Kehidupan itu lebih indah kalau membiarkan segalanya yang berlaku dengan kerja ALLAH S.W.T. Tapi....hurmmm... tetibe terfikir... ALLAH itu, masih sudi mendengarkah doa aku yang penuh dosa dan noda neyh ??

>> Aku ta berlagak baik...tapi kadang2 aku alfa... dengan kehidupan yang....


ENJOY READING MY STORY !! :)

0 typewriter yang prihatin:

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!