2/18/11

Hasil Mengarut Bila da Terlalu2 Tension dan Tertekan...Haish

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Andai diberi luka paling dalam,
Aku tak tahu hati siapa yang sedang berkecai,
Selain aku,

Andai dikata minda musnah,
Aku tak tahu minda siapa yang sedang bertarung dengan kepenatan,
Ya, aku mungkin anak bongsu,
Yang mak kata sangat manja,
Aku mungkin kawan yang suka bergelak ketawa,
Aku juga mungkin gadis yang sentiasa menerima apa saja dengan keterbukaan,
Dan memberontak dalam kesenyapan,

Tapi,
mungkin ada yang terlepas pandang,
Dalam duka,
Dalam tawa,
Dalam senyum,
Dalam manja,
Sedikit demi sedikit, diri sendiri melayang hancur berkecai entah kemana - mana,

Ya Allah, dengarlah sesuatu
Andai diberi pilihan antara tekanan dan mati,
Sesungguhnya aku jitu dan satu memilih mati,
Bukan sebab kurangnya iman,
Bukan kerana tiadanya islam,

Tapi,
Aku ingin dilahirkan semula menjadi insan paling berguna,
Yang tidak bermasalah apa2,
Menjadi insan paling ceria,
Insan yang tak akan jadi begini,
Kerana aku tahu,
Jadi beginilah yang mematikan aku,
Jadi beginilah yang membunuh aku.


- Cheeya-
29.Januari.2011
10 pm


ENJOY READING MY STORY !! :)

0 typewriter yang prihatin:

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!