3/15/11

Sudah terjawab... =)

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Ingat lagi dengan entry yang aku marah gela2 ini.... Hahahak...Akhirnya, setelah berblogwalking, baru lar dapat info mengapakah network lately neyh macam harom jadah tahap gaban lately neyh. Sigh ~.

Ini puncanya....


KUALA LUMPUR 14 Mac - Telekom Malaysia Bhd. (TM) akan berusaha sedaya upaya memperbaiki perkhidmatan Internet selepas kedua-dua Rangkaian Kabel Jepun-AS (JUCN) dan Rangkaian Kabel Asia Pasifik 2 (APCN2) terjejas oleh gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter melanda luar pantai Jepun.
APCN2 ialah kabel submarin yang menghubungkan beberapa negara di rantau Asia Pasifik, sementara JUCN menghubungkan Amerika Syarikat dan Jepun.

Ketua eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, rangkaian kabel JUCN masih lagi tidak berfungsi sementara TM mampu menggerakkan beberapa trafik di ACPN2 ke laluan pembaikpulihan yang lain, yang akan menyebabkan pencarian yang perlahan ketika tempoh puncak.

"Bagaimanapun, kami akan cuba semampu mungkin untuk mengalih trafik ke laluan lain bagi mengurangkan dan mengembalikan penggunaan," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, pembaikpulihan ACPN2 dilakukan dalam tempoh dua hari sementara rangkaian kabel JUCN masih lagi berhadapan dengan beberapa masalah.

"Ia mengambil masa satu hingga dua hari untuk mengalih trafik kerana kami mempunyai perjanjian untuk pembaikpulihan dan juga laluan pembaikpulihan dengan negara-negara lain," jelas beliau.

Ditanya mengenai kerosakan, beliau berkata, insiden itu tidaklah seteruk berbanding 2006 di mana enam hingga tujuh kabel submarin binasa ekoran kejadian gempa bumi di Taiwan.

Mengenai perjanjian konsesi itu beliau berkata, ia ialah perjanjian pembaharuan semula selepas MKLSB menunjukkan keupayaannya dalam mengendalikan Menara Kuala Lumpur sejak 15 tahun lepas.
MKLSB ialah anak syarikat TM. - BERNAMA

Nota kaki :
>> Sumber ihsan dari belog ini.
>> Hey2 pompuan, ko budak network kan ?? Asal ta terfikir ke arah tue. Tue lar marah sangat, ntah pape jer yang ko taip. Pk dulu wahai bakal jurutera... Sigh ~


ENJOY READING MY STORY !! :)

3 typewriter yang prihatin:

Miss Dill said...

time kasih. info berguna ni :)

Miss Dill^^

SaYa iNsaN bIasE said...

alhamdulillah...
info yang berguna memang patut kita kongsikan sama2.. =)

shah-kayrul said...

salam kenal..singgah kembali

thanks untuk info nie...dah terjawab gak masalah aku nie...hehehehhe

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!