3/2/11

Betul Ke Kalau Senggugut Teruk Susah Hamil ?

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Ahah...itu tajuk dea bile saya suda mule seriyes ? Kenapa tetibe nak bincang sal neyh ? Oh yer, saya seowang pompuan yer rakan2 sekalian. Yang tidak terlepas setiap bulan didatangi darah haid yang melambak2 seperti pompuan normal lain. Tapi yang menjadi kepelikan disini, tentang senggugut. Aku sangat jaki dengan budak2 pompuan yang peyed tapi tak kene senggugut. Ohh yer, kenapa aku jaki ? Sebabnya aku dan kakak memang akan menyusahkan ramai owang kalau period. Dulu masa akak muda remaja lagi, bile time dea datang period jer, musti drebar bas anta dea sampai depan rumah. Gela kesian oh... Gulen - gulen bagai. Pernah di satu ketika dulu, ecewah... Masa raya rasenya, ade ke owang cbuk2 bersiap buat persiapan pagi raya, dea nangis2 gulen - gulen dekat ruang tamu sebab senggugut. Oh sadis ( T_T )...

Aku pulak, mase tue engatkan dea lar paling teruk. Tapi bila makin meningkat kedewasaannya, da pandai solek2, pakai celak ... sigh ~ Back to the track, cheeya !! Makin besar, makin teruk senggugut aku. Seriyes makin melampau2. Dan kejadian senggugut paling teruk adalah diwaktu mengambil lesen masa diploma dulu. Ade ke pas2 ceramah tue, aku terus terduduk, pitam sangat sebab ta tahan gela. Last2 cikgu kelas memandu tue yang anta p klinik. Dan da berapa kali jugak lar, aku kene senggugut, kena bawak g klinik dan kene inject kat bontot. Ko taw tak sakit ?? Sengal taw tak pipi bontot !! (T_T).

Ini adalah sedikit info penting tentang senggugut...

Sakit perut ketika kedatangan haid adalah satu simptom yang lazim dikemukakan kepada pakar sakit puan. Sakit perut ketika haid ini dikenali sebagai senggugut ataupun terminologi perubatannya ialah "dysmenorrhoea".

Senggugut boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama dipanggil senggugut primer (primary dysmenorrhoea) dan jenis kedua senggugut sekunder (secondary dysmenorrhoea).

Senggugut primer berlaku apabila kesakitan dialami tidak disebabkan oleh penyakit di pelvis seperti adanya jangkitan kuman.

Senggugut jenis ini lazimnya berkait rapat dengan proses ovulasi yang berlaku pada kitaran haid berkenaan. Senggugut ini memang biasa (23 hingga 25 peratus) melanda remaja seperti adik.

Kesakitan senggugut ini berlaku hanya untuk satu atau dua hari saja sewaktu pendarahan haid. Lazimnya kesakitan ini boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit seperti paracetamol.

Kesakitan senggugut primer ini disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin daripada dinding rahim secara berlebihan. Prostaglandin akan menyebabkan pengecutan otot rahim berlaku dengan lebih kuat.

Seseorang wanita perlu memahami punca kesakitan senggugut primer ini untuk mengelakkannya daripada berasa susah hati dan berfikiran bukan-bukan.

Oleh sebab kesakitan kuat yang dialami, ada wanita memikirkan bahawa dia diserang penyakit yang serius dan seterusnya akan menyebabkan kesukaran hamil. Dengan mengetahui puncanya, rawatan dapat diberikan dengan lebih berkesan.

Kadangkala dengan kefahaman ini juga, rawatan minda tanpa ubat-ubatan sudah cukup untuk memberikan kesan yang baik.

Jika kesakitan berlaku terlalu teruk sehinggakan mengganggu kerja harian seperti terpaksa bercuti daripada ke sekolah atau berkerja, rawatan dengan ubat-ubatan perlulah diberikan supaya perjalanan hidup harian boleh berlaku seperti biasa walaupun dengan kedatangan haid.

Penggunaan pil perancang boleh mengelakkan kesakitan senggugut kerana pil ini akan menghalang proses ovulasi. Lazimnya rawatan jenis ini akan diberikan kepada wanita yang lebih tua dengan kemungkinan pada masa yang sama mereka memerlukan kaedah untuk menjarak kelahiran anak.

Lazimnya, rawatan kepada remaja seperti adik adalah melalui ubat-ubatan untuk menahan kesakitan ketika kedatangan haid saja. Kumpulan ubat-ubatan yang diberikan adalah daripada kumpulan (NSAIDS).

Keberkesanan ubat-ubatan jenis ini adalah mencapai 80 peratus. Kejayaan ini diperoleh kerana ubat-ubatan jenis ini menghalang pengeluaran prostagladin daripada dinding rahim. Oleh itu, pengambilan ubat ini perlulah dilakukan sebaik saja pendarahan haid bermula ataupun apabila mula terasa sakit.

Sakit gastrik adalah salah satu kesan sampingan daripada rawatan menggunakan ubat-ubatan ini yang lazim berlaku.



Ihsan dari eHomemakers.net.


Dan semalam, masa tengah melepek di tepi pantry dekat opis, tetibe Kak Zima bagitaw something yang membuatkan aku rase dup dap dup dap di dada. 


" Akak dulu pown macam awak. Kite kalau senggugut teruk, susah nak mengandung taw "


Phewwwww... Per cite ?? Tahu tak aku nak 40 owang anak. Uwaaaaa... cmno neyh. Pas tue, dea tanya lak sal sejarah kesenggutan family aku. Yer, memang betul pown. Dan lagi mendebarkan aku, akak memang kene tunggu 4 tahun untuk dapat Fiqah. Dan memang dea ade problem dalam rahim pown sebelum tue. Huk3...Cmne neyh !!


Nota kaki :
>> Time jiwa keibuan neyh lar dapat berita yang mendebarkan macam neyh... =(



ENJOY READING MY STORY !! :)

1 typewriter yang prihatin:

Unknown said...

Salam, awak boleh cuba pad herba Avail & insyaAllah boleh menghilang/ kurangkan senggugut tanpa makan ubat.Sila rujuk http://www.goavail.com/senggugut

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!