Salamualaik...

Salamualaik...

Salamualaik
Salamualaik...
Sekadar berkongsi info yang berguna bersama....
--> Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe
-->Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran
-->Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express
-->Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
-->Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
-->Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
-->Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.
-->Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .
-->Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.
-->Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.
-->Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
-->Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
-->Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .
-->Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.
-->Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
-->Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

Salamualaik...
![]() |
| Ersyad...setahun 3 bulan |

Salamualaik

Salamualaik...
Salamualaik...
| Neyh la angah =)..* incek tangan, sile ketepikan tangan anda..huh * |
Salamualaik...
Salamualaik

Salamualaik....
Suda menjangkau pagi 15 Ramadhan rupenya...
Wah, awal sunggO m`hupdate blog kan ??
Aku sebenarnya lost...huhuhuhu...
Terfikir banyak benda pagi2 rabu neyh...
Quiz Mate again ary neyh...hades...mencapai tahap kepiawaian ISO ker untuk target sem neyh ?
Terasa lame sangat nak abes belajau...
Aku pown ta taw ape kaitan dengan Mate... =D
Tapi 1 perubahan yang sangat2 aku rasakan adalah sem neyh aku sangat minat Mate...
Semangat matematik, bangun pagi2, stay up tengah malam semata2 berkobar2 jawab Mate...Apekah ??
Dulu, aku pernah kene tegOr...
" Ellow, awak budak engineering, kenapa ta minat mate ? "
Dan akan aku jawab...
" Ta taw, saya benci mate dari sekolah menengah lagi... huhuhuhu " dan semenjak itu lar, aku diterapkan dengan nilai2 untuk meminati mate... Peringkat awal, aku kene paksa mencongak...oh ! benci !
Ape kaitan matematik dengan entry ? Kan, aku kate da kan, mate merubah hidup aku...ta pernah2 ade entry yang berkaitan dengan matematik semata2...huhuhuh... sigh...mengarut lagi...
Perkara kedua yang buat aku lost adalah minggu phase test next week...
Kan da dekat cuti raya,
kenapa bijak pandai sangat buat test ? Ta suke taw !
Leh ta nak dapat degree ta payah kene ade assignment, quiz, test n belajar matematik * again *
Huh, daripada diploma gneyh... Bila dekat jer minggu nak balik,
letak lar seberapa ribu juta million trillion benda penting pown,
umah tetap yang utama...home sweet home kekdahnya...
padahal balik umah samenye...musti kene layan mak membebel...huhuhuhu...
Entry salam pagi ramadhan yang ta de kaitan dengan banyak benda pulak...
Pagi2 da mengarut, ta elok untuk kesihatan...
2 sebab jadi mental...hahahaha...
Tensi tetibe bile tengok umate tdo dengan enak selepas sahur * walaupun dea buat assignment jap tadik *
tapi aku ta leyh tdo sebab kene study matematik...
Haish, jangan mengeluh... Kata nak jadi cendekiawan bijak pandai mate...
Ellow, ta de kate gtuh ae...aku cume nak matematik aku lebih baik daripada biasa...Sebab aku sangat benci matematik sebelum neyh ?
Harus ke ade pengamiran, pembezaan, arithmetic series, laplace transform n bla bla bla bla....
K la...
nak undur diri sebab rasenya kalau terlebih cakap,
lagi ta jumpe point yang same dengan tajuk entry,
Ta salah jugak kalau aku cakap,
tajuk entry neyh patut tukar dari salam pagi 15 ramadhan kepada
BAGAIMANA MATEMATIK MENGUBAH KEHIDUPAN SAYA ?
atau
MATEMATIKA DALAM KEHIDUPAN CHA...
atau
PENANGAN MATEMATIK
atau
CHA dan MATEMATIK
atau...
okeh2...aku stop...
Nota kaki :
>> Ini lah masalahnya bile minda berpk ikut hati...hati berpk ikut perasaan...selalu jadi emo ta suda bile berkaitan matematik...kenapa budak engineering kene belajar matematik lebih ? huhuhu
>> Punca asal aku jadi lost macam neyh sebenarnya, dari malam semalam aku ta dapat harvest tanaman kat farmville...wireless macam vavi gela...tue lar, owang len pakai bokben aku nak pakai bokben, last2 line kene sekat lagi sebab ta bayar bil...ade kaitan okeh ? pk sejenak...dan renung2 kan ? Bayangkan betapa banyak tanaman aku busOk...huhuhuhuhu... da 2 sem taw, idup ta de arah tuju bile farmville ta leyh bukak...melampau sunggO kehidupan seorang aku...kalau aku boleh harvest tanaman kat farmville musti aku study matematik dengan penuh ketenangan...lalalala ~

Salamualaik...
Ade 2 jer soklan besau untuk awak...
1. Bangga ta ade entry khas untuk awak ? Itu maknanya awak, kawan saya yang paling close dengan saya. Bukan senang taw... walaupun entry saya ta fofuler macam entry2 mereka...hehehehe...
2. Ahah...saya sangat ta konsisten dalam membuat keputusan bile berkaitan kekritikalan * belit lar lidah awak menyebut kan * feeling, hahahaha... Pompuan besa lar, tengah2 bulan emosi ta stabil... Bila akal + fikiran bercampur, suke cakap bukan2... Kesian kat awak, * walaupun awak ta ase sedih lagi dengan " kepoyoan " saya semalam kan *...Okeh, sekarang, saya nak tanya... SUDI TAK JADI KAWAN SAYA SEMULA ?
Nota kaki :
>> Ahah...memang saya sangat gewdiq kan toi...tapi bile mendapat nasihat kepakaran...saya rase saya ta patut mungkir janji pada awak atas sebab2 kecik jer... Nonsense kan buat persahabatan kita macam neyh...
Saya mintak maaf atas ape yang da jadi ? Bukan awak yang khilaf, tapi saya... =)...kan saya kata frenship 4 eva...


Salamualaik...
Peringatan yang perlu dikongsikan bersama kawan2 di facebook dan blogger...
Sedang kita diasyikkan menanti tayangan filem 2012 di pawagam, ada cerita disebaliknya yang kita (MUSLIM) tidak mengetahuinya... Tolong sampaikan pada saudara seIslam kita... semoga menjadi peringatan dan kita kembali pd jalan yg lurus...amin
Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 July hari Jumaat,jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat.Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas di bumi)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui.. .......... .. cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012
Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Salamualaik...
Awak,
Saya ta taw nape tetiba saya leh jadi senyap dengan awak ?
Saya ta taw nape tetibe saya ta de aty nak berbalas mesej dengan awak ?
Saya ta taw mane pegi kekuatan yang selalu saya bagi pada awak bila awak ada masalah dengan dia ?
Saya ta taw nape saya ilang mood untuk berhubung dengan awak macam selalu ?
Banyak yang saya ta taw...
Tapi saya taw sesuatu...
Taw yang kekuatan yang saya kata hilang tue sentiasa ada untuk awak...
Taw yang setiap titip doa saya ada bersama perjalanan awak macam kawan2 saya yang lain...
Taw yang awak boleh lalui kehidupan awak yang selalu "hilang"...
Taw yang awak sebenarnya kuat untuk menjalani life awak yang selalu saya nampak kosong...
Itu sebab,
Saya pergi sebentar,
Jujurnya saya ta bersama sape2 yang buat saya selalu ta reply mesej awak,
Saya ade ditempat saya seperti selalu,
Ta kan pergi jika ta disuruh,
Ta kan stay kalau ta diminta,
Cuma ta de sebab kenapa tetibe saya rasa saya nak menjauh,
Jujurnya saya sayang awak,
Sebagai kawan n sahabat n adik yang dekat dengan kehidupan saya,
Saya ta pernah kan ucap benda neyh sepanjang tempoh persahabatan kita,
Sebabnya saya ta nak kene marah,
Macam awak pernah marah kat saya sebab statement yang saya rase awak ta patut marah pown,
Hahahaha... kelakar gela masa tue,
Sampai 3 hari ta bertegur sape...apekah kan ??
Masa 3 bulan setengah bukan satu tempoh yang panjang untuk saya serasi bersama awak,
Cuma ntah...
Tetibe saya rasa...
" awak ta mintak saya jauh, tapi sebenarnya awak da jauhkan saya dengan awak "
Nota kaki :
>> Maafkan saya...saya rase ini kali kedua saya kecikkan aty awak... Tapi kehilangan saya pown musti awak ta rase kan.... Sebab saya da tinggalkan kekuatan saya bersama awak... Awak... Sabar itu kunci segalanya...Jangan lemah dengan ape yang awak hadapi... Sejujurnya, saya ta suke nak baca status FB awak yang sedih2...mane budak yang suke cakap laju, merapu dan gelak kuat2 bila berbual dengan saya... Ohh my... Jangan biar usia awak dituakan dengan masalah awak....

Salamualaik
Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?
Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?
Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?
Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....
Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu
mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.
Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.
Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..
Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa
berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...
Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?
Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?
Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"
Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.
Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.
Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...
Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?
Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang
tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.
Dan akhirnya....
Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"
Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..
Nota kaki :
>> Ihsan dari seorang sahabat kepada sahabat dalam facebook... Rase tetibe sedeyh...aku da lar tengah rindu kat mak ngan abah. Selama neyh asek bercerita pasal mak jer kan ? Sesekali cite pasal abah, gela tetibe jadi sesentap kan ?? Sayangi lah & hargailah ibu bapa kita sehingga ke hujung nyawa kita. Tanpa mereka, kita bukan sesiapa di dunia ini.

Salamualaik...
Salam pagi ramadhan... Lewat ke tak lagi yer aku nak ucapkan Salam Ramadhan pada semua bloggers dan kawan2 ? Aduh, lamenya SIB tidak bersiaran kan ? Da ta de idea kah ? Hilang minat berblogging kah ? Hilang rasa nak berkongsi cerita kah ? Aduh, tidak lah... masih bernafas... masih ade... Tapi kita tinggalkan dulu sebab bersebab yang tak munasabah kemana aku menghilang smpai belog cha budak gilew neyh da lama tergendala siarannya...
Jam pukul 6.30 pagi...on the way ke Kuala Lumpur. Melalui hujung minggu yang indah bersama keluarga. Sampai ta terasa nak lik ke KL balik. Ohhh... KL sangat menyesakkan kepala... bukan mudah nak puaskan aty sume orang * tetibe * kecuali puaskan aty mak n abah aku. Rase seronok tengok mereka gumbire, yer lar berposa berdua, berbuka berdua, bersahur dua... Ohh my, kalau aku sumpah bosan...huhuhuh....
Hari Jumaat ary tuh pulang ke JB, menu berbuka sangat lar mengecurkan air liur...Abah oh abah, boleh tak nak rembat mak bawak balik KL sepanjang bulan pose neyh. Ta payah nak gadoh2 n tensyen2 pk nak kene makan ape time waktu buka / sahur. Sedih oh... Nasib bek, pose kali neyh aku sambut dengan kehadiran family baru. Wah, saya sudah ade keluarga angkat. Hepy meh... Kata orang, buat baik dengan orang, nanti orang buat baik dengan kita. Hehehehe... Asalnya tolong persiapan akak angkat aku nak kawen jer, last2 terus rapat dengan family dea. Puasa yang sangat bermakna, kurang2 kalau rindu kat mak, boleh lepaskan rindu kat mak lagi satu.
Hari Sabtu ke Pasir Gudang, tuan puteri2 yang baek nakal, telah mengkoling2 untuk balik. Rindu katenya. Hurmmmm... Kalau sape yang tahu, mereka lah kelemahan aku. Maaf yer kakak, ta sempat nak menjenguk Fiqah, mase terhad... Tengok lar, sampai balik pown lepas sahur. Aku rindu kat mak lebih seyh. Susahnya kan ? Aduh... menemani kak ipar berbuka dan bersahur. Wah, kalau aku kawen, aku ta nak kene tinggal macam dea... Tolong lah bakal suami, sila jangan outstation jauh2...saya ta larat nak menanggung seksa anak2 demam + bertambah nakal sebab rindukan papa dea. Huhuhuhuhu... Kakak yaya sudah dapat pose 3 hari penuh, wah... tetiba pkran aku mencongak duit raya yang nak kene bagi... Tue lar sape soh kau berjanji dengan dea... padan muke ko... Hahahaha...
Tapi still rase ade kekurangan pose kali neyh. Kekurangan pule si gewmoq tue ta de. Mak pulak asek sebut2. Si adik pula sampai demam2 panas rindukan papa dea. Wuwuwu ! Aty jadi sesentap lak bile kene peluk kat leher dengan nangis2 ta bagi balik. Adeh... Aku akui, anak2 sedara aku yang 3 orang neyh memang kelemahan aku. Sangat lemah bile kene pujuk, sangat lemah bila kene gewdiq2 santai...Kesian seyh !! Aduh...begitu jugak same kasihan dengan itu gewmoq di bumi perancis...hades... pagi lagi panjang waktunya dari malam, bayangkan kene buka pose pukul 10 malam. Ta sanggup...bab laen, ok...mak kuat kalau jauh dengan family, tapi bab pose neyh...hades...menguji ketahanan minda....manakan jauhari kenal manikam * tetibe *
Family memang harta paling berharga dalam hidup aku. Biar berjuta tekanan yang aku dapat, aku tetap cari umah+mak+abah+anak2 sedara+family len untuk elangkan stress. Memang kene sangat " Rumahku Syurgaku...Rumah Dea, Neraka Mu...wah...tetiba kan...huhuhuhu ". Lately neyh, badan sangat letih + otak sangat tenat...Terikat janji dengan orang... Ta bek mungkir janji lagi2 bile orang tue da mengharap...Adoyai...Susahkan ? Kak Cma kata ta kisah korbankan kepentingan kita, asalkan orang senang dengan kita...Tapi macam mane nak senangkan sume orang... susahkan ?? Haish...ta per...insyaallah, lepas raya nanti insyaallah sumenya akan baik seperti sediakala. Belajar tetap belajar...Result sem lepas menjadi pemangkin untuk terus maju dan hasilnya... yeeeeihhhaaa....aku jadi minat mate dowh !! Takjub tak, sile takjub dengan saya !!
Okeh lar....sebenarnya aku update blog neyh dari subuh tadi, on the way ke KL...tapi baru dapat publish malam disebabkan line yang sangat ta ok akibat bencana alam ringan yang melanda...biase lar mesin kan ?? Bile ujan, jadi lembap sungguh...huhuhu...Ade berita gumbira dan sedih hari neyh, mak cik kesayangan aku, Cik Jah telah selamat melahirkan seorang baby girl...Tapi yang sedihnya, baby yang lahir ta cukup minggu dan masih ta decide nama tue, mengalami jangkitan kuman pada paru2 nya. Kita sama2 doakan ibu dan anak berada dalam keadaan chat hendaknya.
Nota kaki :
>> Salam Ramadhan kepada semua...Moga semua amalan yang kita lakukan diberkati pada ramadhan kali neyh... ;)

Salamualaik...
