10/23/10

Alhamdulillah, segalanya selamat dan Yaya, kamu tetap hero Ucu.

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Hurmmm...pertama kali entry bertajuk panjang macam neyh kan ? Sudah pukul 12.30 am, kalau diikut pada keadaan aku petang tadi, seharusnya aku da tutup mata rapat2 dan terus bermimpi. Tapi ntah yer, dari tadi mata ta leyh lelap. Yer, petang tadi, aku dan yaya mengalami kemalangan jiwa yang aku rasa paling dahsyat penah aku lalui sepanjang dapat lesen. Sangat teruk dan sangat ngeri.

Okeh, dalam perjalanan pulang ke umah nenek dari umah kakak. Semata2 nak melawat nenek yang baru keluar dari hospital. B4 gerak dari umah akak, memang aku taw kawasan kulai hujan lebat tengok dari awan yang gelap. Dan kami gerak jugak sebab aku rase da lame sangat kat uma akak dan tak nak sampai umah waktu malam. Yer, sepanjang perjalanan aku ngaku sampai ke Bandar Kulai, aku bawak area 80 to 90 km/j. Dan bile masuk simpang Kulai - Kota Tinggi, aku bawak slow sebab hujan lebat gela.

Dalam duk berbual dengan yaya, tetibe ade lori dari arah bertentangan yang laju dan langgar lopak air, so air tue menyimbah 100% ke arah cermin kereta sampai kereta yang aku bawak hilang kawalan. So, rase macam mimpi bila kereta tue masuk dalam gaung. Yer, bile yang membaca pown macam mimpi kan ? Bayangkan dalam keadaan kereta terbalik, terkunci, air da mula masuk, aku cube sehabis upaya nak bukak pintu keluar tue. Yaya ? Korang musti pk dea nangis kan macam budak2 lain. Haish tidak. Beruntung sangat sebab dapat anak sedara yang gagah. Mule2 dea panik, tanya macam mane kita nak kuar ? Last aku cakap dengan dea, " kakak, kakak jangan nangis, kalau kakak nangis, cmne ucu nak bukak pintu neyh ". Dan alhamdulillah, dea memang anak yang dengar kata. Dea langsung ta nangis dan cuma panik sajew.

Nasib bek aku dapat kawal kepanikan tue dan jumpe button locked kereta tue. Air dah mula masuk masa tue, bila aku nak kol line pulak ta de. Bila unlocked, pintu belah aku pulak ta leyh buka sebab masa kereta tue menggelongsor ke gaung tadi, rumput dan lalang tue terpaut sekali. Nasib boleh bukak pintu belah yaya. Benda pertama aku buat masa keluar kereta ialah keluarkan yaya dan dukung dea bawak naik atas darat. Bayangkan masa kami terjatuh, ta de kereta yang perasan dan lori yang bertanggungjawab tue pown ta berhenti, sungguh biadap kan ? Hurmmmm... Sekali lagi usaha menaikkan semangat yaya, dea ta leyh nak naik atas jalan sebab tanah licin dan penuh dengan rumput2 yang kami langgar tadi. Sumpah licin sebab masa tue memang hujan lebat gela.

" Ucu, mane boleh naik. Kaki kakak sangkut neyh "
" Boleh kakak, kakak kene boleh kalau nak jumpe mama "

Dan akhirnya, memang dea ta menangis dan dea berjaya naek dulu. Yer, memang orang malaysia sangat selfish. Bayangkan kami berdua dalam hujan habis tahan kereta kat tepi jalan, langsung ta de orang berenti. Nasib baek ade sorang mamat prihatin bawak moto, yang nampak aku terlambai2 tangan sambil bawak anak kecik yang menggigil. Dea terus tolong panggilkan orang awam yang berdekatan. Ade lar 2 kereta yang berhenti sementara tunggu abah dan abang datang.

Itu jer lar tragedi ujung minggu yang terjadi. Sangat menyedihkan dan memeranjatkan. Aku apetah lagi. Itu kemalangan paling buruk pernah aku alami. Maaf sebab ta dapat attachkan gambar kereta yang terbalik tue. Tapi bak kata abah, abang dan pak ngah, kalau tengok keadaan kereta, ta percaya kami berdua boleh survive sampai boleh naik atas jalan. Kereta 100% terbalik dengan tayar ke atas. Syukur juga nyawa dan kehidupan ku masih lagi disayangi oleh ALLAH. Kalau tidak, ape lah jadi pada aku. Sebenarnya sepanjang minit2 cemas nak keluar dari kereta sampai lar nek ke jalan, aku ta pk diri aku. Aku just pk kan yaya jer. Dalam hati sangat2 meminta bantuan ALLAH moga diselamatkan kami berdua. Ta kisah ape yang jadi pada aku, tpi jangan ade2 ape jadi pada Yaya. Syukur akhirnya kedua2 kami selamat.

Nota kaki :
>> Kalau ta de Yaya, aku mungkin akan lebih panik dari tadi. Dan seriyesly, melihatkan dea yang sangat2 relaks walaupun badan putih lebam2 sebab kena panjat gaung, kene lalang, kaki tersangkut rumput, aku jadi kool dalam menangani accident tadi dan sungguh dea adalah HERO yang cukup aku sayang dan cintai.
>> Kalau ade kereta dari arah yang bertentangan tadi sewaktu kereta aku hilang kawalan, aku rasa mungkin belum masa lagi aku menulis disini.
>> ALLAH, terima kasih kerana betul2 membantu kami dalam minit2 cemas tadi. Moga selepas ini, ta terjadi lagi kemalangan jiwa seperti ini lagi.


ENJOY READING MY STORY !! :)

3 typewriter yang prihatin:

socialfreakgeek said...

akhirat itu adalah selangkah dari telapak kaki, so kwn ku, beringatlah selalu akan segala amal di dunia. sudah cukup atau sebaliknya. carilah keredhaanNya... nyatanya Allah masih mahu kamu di sini, mungkin barangkali menilai diri kamu semula... untuk apa kamu di dunia ini dan bagaimana kamu menjalani kehidupan pemberian-Nya...

slay said...

Alhamdulillah..semoga tidak berulang lagi kejadian mcm ni.

chenta said...

fuh~`

alhamdulillah kamu selamat..

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!