10/23/10

Alhamdulillah, segalanya selamat dan Yaya, kamu tetap hero Ucu.

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Hurmmm...pertama kali entry bertajuk panjang macam neyh kan ? Sudah pukul 12.30 am, kalau diikut pada keadaan aku petang tadi, seharusnya aku da tutup mata rapat2 dan terus bermimpi. Tapi ntah yer, dari tadi mata ta leyh lelap. Yer, petang tadi, aku dan yaya mengalami kemalangan jiwa yang aku rasa paling dahsyat penah aku lalui sepanjang dapat lesen. Sangat teruk dan sangat ngeri.

Okeh, dalam perjalanan pulang ke umah nenek dari umah kakak. Semata2 nak melawat nenek yang baru keluar dari hospital. B4 gerak dari umah akak, memang aku taw kawasan kulai hujan lebat tengok dari awan yang gelap. Dan kami gerak jugak sebab aku rase da lame sangat kat uma akak dan tak nak sampai umah waktu malam. Yer, sepanjang perjalanan aku ngaku sampai ke Bandar Kulai, aku bawak area 80 to 90 km/j. Dan bile masuk simpang Kulai - Kota Tinggi, aku bawak slow sebab hujan lebat gela.

Dalam duk berbual dengan yaya, tetibe ade lori dari arah bertentangan yang laju dan langgar lopak air, so air tue menyimbah 100% ke arah cermin kereta sampai kereta yang aku bawak hilang kawalan. So, rase macam mimpi bila kereta tue masuk dalam gaung. Yer, bile yang membaca pown macam mimpi kan ? Bayangkan dalam keadaan kereta terbalik, terkunci, air da mula masuk, aku cube sehabis upaya nak bukak pintu keluar tue. Yaya ? Korang musti pk dea nangis kan macam budak2 lain. Haish tidak. Beruntung sangat sebab dapat anak sedara yang gagah. Mule2 dea panik, tanya macam mane kita nak kuar ? Last aku cakap dengan dea, " kakak, kakak jangan nangis, kalau kakak nangis, cmne ucu nak bukak pintu neyh ". Dan alhamdulillah, dea memang anak yang dengar kata. Dea langsung ta nangis dan cuma panik sajew.

Nasib bek aku dapat kawal kepanikan tue dan jumpe button locked kereta tue. Air dah mula masuk masa tue, bila aku nak kol line pulak ta de. Bila unlocked, pintu belah aku pulak ta leyh buka sebab masa kereta tue menggelongsor ke gaung tadi, rumput dan lalang tue terpaut sekali. Nasib boleh bukak pintu belah yaya. Benda pertama aku buat masa keluar kereta ialah keluarkan yaya dan dukung dea bawak naik atas darat. Bayangkan masa kami terjatuh, ta de kereta yang perasan dan lori yang bertanggungjawab tue pown ta berhenti, sungguh biadap kan ? Hurmmmm... Sekali lagi usaha menaikkan semangat yaya, dea ta leyh nak naik atas jalan sebab tanah licin dan penuh dengan rumput2 yang kami langgar tadi. Sumpah licin sebab masa tue memang hujan lebat gela.

" Ucu, mane boleh naik. Kaki kakak sangkut neyh "
" Boleh kakak, kakak kene boleh kalau nak jumpe mama "

Dan akhirnya, memang dea ta menangis dan dea berjaya naek dulu. Yer, memang orang malaysia sangat selfish. Bayangkan kami berdua dalam hujan habis tahan kereta kat tepi jalan, langsung ta de orang berenti. Nasib baek ade sorang mamat prihatin bawak moto, yang nampak aku terlambai2 tangan sambil bawak anak kecik yang menggigil. Dea terus tolong panggilkan orang awam yang berdekatan. Ade lar 2 kereta yang berhenti sementara tunggu abah dan abang datang.

Itu jer lar tragedi ujung minggu yang terjadi. Sangat menyedihkan dan memeranjatkan. Aku apetah lagi. Itu kemalangan paling buruk pernah aku alami. Maaf sebab ta dapat attachkan gambar kereta yang terbalik tue. Tapi bak kata abah, abang dan pak ngah, kalau tengok keadaan kereta, ta percaya kami berdua boleh survive sampai boleh naik atas jalan. Kereta 100% terbalik dengan tayar ke atas. Syukur juga nyawa dan kehidupan ku masih lagi disayangi oleh ALLAH. Kalau tidak, ape lah jadi pada aku. Sebenarnya sepanjang minit2 cemas nak keluar dari kereta sampai lar nek ke jalan, aku ta pk diri aku. Aku just pk kan yaya jer. Dalam hati sangat2 meminta bantuan ALLAH moga diselamatkan kami berdua. Ta kisah ape yang jadi pada aku, tpi jangan ade2 ape jadi pada Yaya. Syukur akhirnya kedua2 kami selamat.

Nota kaki :
>> Kalau ta de Yaya, aku mungkin akan lebih panik dari tadi. Dan seriyesly, melihatkan dea yang sangat2 relaks walaupun badan putih lebam2 sebab kena panjat gaung, kene lalang, kaki tersangkut rumput, aku jadi kool dalam menangani accident tadi dan sungguh dea adalah HERO yang cukup aku sayang dan cintai.
>> Kalau ade kereta dari arah yang bertentangan tadi sewaktu kereta aku hilang kawalan, aku rasa mungkin belum masa lagi aku menulis disini.
>> ALLAH, terima kasih kerana betul2 membantu kami dalam minit2 cemas tadi. Moga selepas ini, ta terjadi lagi kemalangan jiwa seperti ini lagi.


ENJOY READING MY STORY !! :)

10/15/10

20 cara buat roomate anda gila

www.tips-fb.com

Salamualaik

Ihsan dari Muhammad Izzat Izhar

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

Nota kaki :
Bahahaha...gela budus punye idea...sib bek aku ta cukup waktu untuk melakukan semua itu, jika tidak...musti kene bunuh dengan incik kekasih dea...bahahaha


ENJOY READING MY STORY !! :)

Selamat Hari Lahir, Sayang

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Perbualan di phone 14/10/10

Aku : Kakak, senyap2 ucu nak nyanyi neyh
Yaya : yer...ucu cakap sekali jer, yaya dengar neyh.
Aku : Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi kakak, selamat hari jadi...yeay !! sedap tak sore ucu ??
Yaya : okeh jer, ta sedap mane pown ( budak ineyh...argggghhh )
Aku : Ya, papa bagi ape tue hadiah hari jadi ?
Yaya : Entahlah ucu, yaya pown ta faham papa tue, dari hari jadi dea sampai hari jadi yaya, papa belanja roti canai jer 5 keping
Aku : Hahahahahahahahahahahaha....suruh papa letak lilin lar kat ctuh !!



Okeh, ade lagi perbualan lain, tapi ta larat nak menulis sebab tiap kali aku onkol dengan dea n alisa, memang lame n banyak gelak.. Sumpah lawak gela ini anak...yer, kami berempat termasuk abang hafez berkongsi bulan lahir, abang 5/10/77, yaya 14/10/04, alisa 24/10/08 dan aku 25/10/86. So, kalau sambut hari jadi, sambut secara jemaah cume tahun neyh, aku balik lewat sedikit. Tapi ta per, tak sambut tiup2 lilin pown ta per,bukan kepentingan. Setiap hari penting aku dalam kehidupan neyh, bukan hadiah yang besar2 menjadi kepentingan, cuma dengan SIAPA yang menjadi keutamaan. SIAPA yang bersama kita tue lar memberi kebahagiaan bukan hadiah. Untuk kesayangan ku, selamat hari jadi sayang`s...moga panjang umur dan murah rezeki dan membesar menjadi anak yang berguna. Tahun neyh ucu ta leyh belikan hadiah, sebab baru berhabisan membeli hadiah untuk diri sendiri. Hadiah apakah ?? TUNGGGGGUUU !!

Nota kaki :
>> Sayang mereka n cinta mereka sangat2 !!! Harta berharga aku dunia & akhirat...


ENJOY READING MY STORY !! :)

Doa Melembutkan Hati Anak Yang Degil

www.tips-fb.com

Salamualaik



Nota kaki :
>>Sekadar berkongsi ilmu, bukan buat2 suci. Mulut manusia neyh macam longkang tersumbat kotoran hitam.
>>Doa neyh sepatutnya mak abah bacakan masa aku kecik, bahahaha... tengok sekarang degil nak mamp...tapi ta per...boleh praktikkan kat alya...Hahahaha... Itu budak selalu bikin panas keadaan...
>> Surah Toha Ayat 1 - 5, dibacakan di telinga anak waktu dea tidur 7 hari berturut2. Ulang baca 3x.


ENJOY READING MY STORY !! :)

10/14/10

Cara baru owang mendajalkan perempuan

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Ihsan dari facebook seorang kawan...moga diambil iktibar dan dijauhkan perkara ini berlaku daripada kita.

Hal ini berlaku di KL baru2 ni..cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.

P/S: Beritahulah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri

Nota kaki :
>> Dunia da ta rase selamat lagi sekarang. Hurmmmm...


ENJOY READING MY STORY !! :)

10/12/10

Reaksi mak bapak

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Ingin m`jotdownkan tentang reaksi mak bapak bile korang buat sesuatu perkara, either untuk korang atau untuk mereke. Hehehehe...

1. Anah dah kahwin
Reaksi mak : Kawen da anak mak neyh. Jangan lupakan mak yer, sayang.
Reaksi abah : Alhamdulillah, lepas da sorang tanggungjawab aku. Kurang satu tanggungan aku. Lepas neyh, boleh la aku pulak.

2. Anak keluar rumah ta balik - balik
Reaksi mak : Ya Rabbi Ya Salam, mane lah budak neyh pergi. Selamatkanlah anak aku dari segala bencana.
Reaksi abah : Tau pegi, tau lar balik dea tue. Bukannya budak kecik lagi.

3. Anak menangis ( waktu kecil )
Reaksi mak : Ala bucuk - bucuk, nak susu yer kejap yer sayang, mama tengah buatkan neyh.
Reaksi abah : Menangis aje budak neyh, nak rehat pown ta senang.

4. Anak ditahan polis.
Reaksi mak : Abang usahakan lah keluar anak kita tue. Tak sanggup saya tengok dea tdo dalam lokap
Reaksi abah : Biarlah dea, padan muka. Biar dea rasa macam mane buat salah dan duduk dalam lokap.

5. Anak nak jaga mak abah
Reaksi mak : Tak pe lar nak, mak da biasa da duduk kampung ney. Kalau ada masa, baliklah, jenguk kami.
Reaksi abah : Bising bandar tue, orang muda memang suke benda - benda moden. Abah ngan mak lagi suke kat cneyh, tenang aje.

6. Anak nak kahwin
Reaksi mak : Alhamdulillah...dapat kat mak sorang menantu, nanti boleh tambah cucu pulak.
Reaksi abah : Duit ko da cukup ke nak kawen neyh ? Kalau ta cukup, jangan ngada - ngada nak kawen. Kawen neyh tanggungjawab bersama taw tak ?

7. Anak dara bangun lewat.
Reaksi mak : Dah siang dah neyh, bangun. Nanti rezeki ta masuk. Orang nak minang pown takut.
Reaksi abah : Anak dara ape ko neyh ? Dah tegak matahari atas kepala baru nak bangun. Lain kali, susah sangat nak bangun aku simbah jer air atas kepala.

Ihsan dari Majalah Ujang dan hasil tambahan ayat aku mengikut dialog mak n abah selalu pada certain2 perkara diatas. Bahahaha...

Nota kaki :
>> =), kan. Sangat kena. Itu sebab kadang2 kita fikir abah ta sayangkan kita. Tapi sebenarnya memang itulah sikap seorang abah. Dan mak, garang macam mane pown dea, bila kita buat sesuatu yang ta elok tetap ade kerisauan di riak wajahnya. Bila mak abah cakap sesuatu yang macam ta kene pada pendengaran dan perbuatan kita, dengarkan jer lar. Jangan dilawan. Peringatan untuk diri sendiri jugak. =). Sayangilah ibu bapa kita selagi mereka ada. Pak we / mak we / kawan2 bila hilang boleh dicari. Tapi mak abah, itulah satu2 nya. Pesanan dari iklan penaja Belog Cha Budak Gilew. Bahahaha...


ENJOY READING MY STORY !! :)

10/11/10

10 Petanda Si dia Jodoh Kita

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Ihsan dari fesbuk Murah Jual Aksesori

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya

Nota kaki :
=)


ENJOY READING MY STORY !! :)

Takziah pada keluarga mangsa kemalangan ngeri

www.tips-fb.com

Salamualaik....

Semalam berita neyh jugak hampir membuatkan aku putus jantung. Abah dan mak bergerak ke Kuala Lumpur sebab nak menghadiri Perjumpaan Bekas2 Tentera dengan Perdana Menteri di Bukit Jalil pada pukul 1.30 pagi hari sabtu itu. Dan hari ahad, waktu anta Angah ke UKM banyak kali jugak aku kol mak abah tanya perkembangan disana. Yer lar ta dapat pegi sebab terikat dengan hal2 yang tak mengizinkan. Niat hati memang ta nak deowang rasa yang " oh, ade anak dekat KL tapi ta taw pape bile mak bapak datang sana ", aku bukan jenis anak macam tue.

Dan bile bukak berita malam itu, tetibe hati berdegup laju...Seriyes otomatik air mata aku bergenang, risau takut2 abah dan mak serta ahli rombongan yang lain. Terus kol, kol sekali, ta berangkat, kol sekali lagi, jugak ta berangkat, kali ke tiga baru dengar suara mak, Alhamdulillah tarik nafas lega. Mak dan abah bertolak jam 6 petang dan sesungguhnya highway da stat jammed dari pukul 6 lebih sampai ke pagi.

Ihsan berita dari harian metro. Rase sedih dengan ape yang jadi. Untuk sesiapa yang nak tengok video kemalangan itu, boleh klik dicneyh.

Nota kaki :
>> Kadang2 kita terpaksa menerima akibat dari kecuaian orang lain kan ?? Macam mane nak balik johor lagi 2 minggu. Risau berganda2...


ENJOY READING MY STORY !! :)

Fahrin Ahmad... Oh my God !!

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Semalam ade jemputan dekat Kampung Pengantin. Okeh, mule2 sangat bosan even tempat dea superb. Kowang boleh usha kat cneyh untuk melihat Kampung Pengantin. Bukan kampung biasa seperti Kampung yang punyai dusun yang indah lagi permai tue yer. Tapi Kampung Pengantin adalah satu tempat yang dikhaskan untuk mengadakan sebarang majlis resepsi besar-besaran. Protokol gela. Selagi pengantin tidak bersanding dan tidak bergerak ke meja makan beradab, tetamu juge tidak boleh makan. So, sesiapa yang terlibat dengan majlis protokol begini, sila makan dulu. Aku sangat tidak menyukai majlis perkahwinan yang sangat protokol, tapi kene akur dengan majlis yang melibatkan Dato`2 dan Datin2. Okeh, fine. Saya duduk baek sambil mulut ta berenti mengomel, bile nak makan ? Lambat lagi ke habes ? Persandingan Kayangan pown ta panjang macam neyh ( ko pegi ker ? bwahaha ) ?

Dan persandingannya pown boleh dikire membosankan. Atau aku yang kolot, ta pernah datang majlis kawen macam neyh. Itu ta taw lar. Hahahaha... Mule2 da nak balik da lepas makan, da jalan ke tempat parking da pown, da nak masuk keta da pown, tetibe Mie dan along kata ade bunyi kompang. Terfikir, apekah pengantin neyh mahu bersanding sekali lagi kah ? Tapi bile2 diintai2 ade shooting pule. Dan waktu jugak baru aku taw, Kampung Pengantin neyh adelah salah satu location shooting paling fofuler. Yer lar, tempat grand hokeh. Sape2 yang berangan kunun2 nak jadi chapalrela cinderella lalu red karpet kunun macam grammy award, buleh lar ejaz kawen anda dicneyh. Anggaran majlis dalam RM 30 000 jer. Kalau aku salah, makna kata si CNN ta bertauliah tue jugak menipu. Hehehehe... Disediakan sekali dengan set makan, kerusi meja boleh disusun atur ikut kehendak kita, wedding planner juga disediakan, photographer jugak.

Hokeh2 berbalik kepada cite shooting tadi, yang buat aku hamat teruja nak mamp adelah yang bersanding tue adalah FAHRIN AHMAD dan Eja !! Aku dan mak sangat minat pada Fahrin Ahmad !! Baik budi pekertinya budak neyh. Boleh buat anak menantu pak cik askar yang duk kat johor tue... Bwahahaha... Sory, aku ta de hati nak bercerita pasal eja. Bukan sebab dea sombong, sebab mata memang tertumpu dekat Fahrin Ahmad jer... Hehehe... Macam nak pengsan, bangun balik, lempang diri jadi lempeng, minum air soya 800 juta kali, upernya memang ta mimpi. Insan itu memang Fahrin Ahmad. Dea sangat2 mesra peminat dan kelakar dan tidak sombong dan baik hati dan suke budak dan dan dan dan dan tampan gilak !!! Okeh, ta nak cite lagi... Anda boleh lihat gmbr dea...

Siot jer kan ? Gmbr pengantin betul yang last sekali...hehehe
Nota kaki :
>>Kalau nak jumpe artis lagi boleyh pegi Kampung Pengantin.
>> Tema kawen saya : Black Grey...eksklusif kan ?? kena tak dengan red carpet tue ? LOL...bongok punya saya...
>> " Aku Bukan Maryam "
>> Tq sangat2 pada along, kalau ta kerana ikut dea ke majlis staff dea neyh, ta kan lar aku jumpe dengan Fahrin..hehehe...sayang along !! =)


ENJOY READING MY STORY !! :)

10/7/10

Rendu dengan si mulut bechoks...

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Semalam malam b4 kuar makan dengan umate n rakan2,
Aku tepon si mulut bechoks di umah,
Triple keje terus, sebab sekarang suda ade tambahan anak sedara,
So, mule2 tepon si mulut bechoks,
Hadoi, dekat 2 minggu meh,
Selalu selang 4 hari aku akan tepon,
ini 2 minggu tanpa sOre mereka,
Bules jadi meroyan...
Apelagi bile tepon,
Banyak lar rewelnya,
Si kakak cite pasal pegi zoo macam cik Tonah,
Si adik cite pasal mama yang tengah masak,
Berebut2 nak cakap dulu,
Argggghhhhh...rase macam nak terbang pulang ke Johor ini hari juge...


Nota kaki :
Sangat cinta dan kasih pada mereka...Termasuk fiqa jugak...Rase macam kosongnya idup tanpa anak2 bertiga neyh... Haish...
ENJOY READING MY STORY !! :)

Okeh, saya setuju !!

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Ahah...tadi aku duk cbuk bertanya pendapat tentang chinta kan ? Dan, tadi pown telah menjumpai website untuk mendownloading cite itu. Conclusionnya, sangat berpuas hati... Sudah lihat sampai episod 4...tengah tunggu loading untuk episod 5 pulak. Hebat sunggO pelakon2 nya, dan aku rase beberapa episod awal neyh, perjalanan hidup chinta dan abang dea serta pembawakan budak watak oleh Azhar Sulaiman adalah point utama untuk penonton terus melekat depan TV. Menjadi gela wataknya sebagai abang yang sanggup jual adik sendiri semata2 kerana duit. Macam tue jugak dengan Zaryn Min, hilang suda keayuan dan kelembutan mase cite Rafflesia beberapa tahun lepas, bapak neraka punye perangai.

Ta payah cakap pasal Fasha Sandha, selain suke sangat berkemban dalam filem dan drama2 lakonan dea, watak dea dalam cite neyh pown besh. Di TV3, suda sampai episod 7 petang neyh. Dan aku rase, aku akan mengkhatamkan episod 6, malam neyh jugak. Bwahahaha.. Okeh... Sadis kan kehidupan sebagai seorang student. Sumenye kene tengok on9... Nanti nak gtaw management BMI lar, supaya next sem, letak astro setiap bilik sebabnya saya masih ade 2 tahun lagi dicneyh. Perlukan entertainment untuk ta rase tertekan. Bwahahaha...

Nota kaki :
Aku buat conclusion bahawa Fasha Sandha sedang ingin menaikkan kembali namanya yang hampir musnah satu tika dulu. Dan banyak jugak drama dea lately neyh ditayangkan... Tapi kenapa ae, aku tetap ta suke dea... Huhuhuhu...Cuma satu lar, ikhlas neyh pujian dari hati, antara lakonan dea yang terbaik setakat ini. =)


ENJOY READING MY STORY !! :)

10/6/10

Chinta

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Aku ta berapa nak menggemari Fasha Sandha,
Tapi ntah kenapa hasil dari kawan2 FB dan blogger,
ramai pulak yang bercerita tentang series Chinta dalam Slot Akasia,
Dan ramai jugak kate best.
So...
patut ker aku ketepikan dengan rase ketidaksukaan pada Fasha Sandha
dan tonton dengan kualiti sebuah cerita...


Okeh, fine...aku tengok atas kualiti...
Ketepikan rase pada Fasha Sandha,
Mane taw lepas tengok cite neyh boleh suke dea pulak kan ?
Hehehehe
Tapi rase macam cukup2 lah abang aku sowang yang menjadi peminat kipas mati Fasha Sandha neyh...
Aku ta nak !!


ENJOY READING MY STORY !! :)

10/5/10

Lagenda Budak Setan The Series

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Malam tadi da masuk episod 8...yer...sangat kecewa sebab ta boleyh nak mengikuti macam cite drama laen sebelum neyh. Nak tunggu episod ulangan, uh...sangat tidak tahu bile...so, gigih mencari website downloading untuk drama ini. Eh2, kenapa baru nak bercerita pasal neyh yer, sebab katanya peminat kipas mati sangat Trilogi Budak Setan > Filem Lagenda Budak Setan. Ohoh...mahap yer... lately neyh, disamping kebizian yang melanda + juga dengan kemalasan menghupdate blog. Aku sangat tidak taw nak menghudpate ape tentang blog. Sedangkan FB pown, lihat sekadar lihat. Ade rase nak explore, explore lar...Jika tidak...hanya on9... =)

Okeh2...berbalik pada cite asal neyh...alhamdulillah setelah kekecewaan akibat Filem Lagenda Budak Setan baru neyh, drama series neyh mengubati kekecewaan tue. Aku memang kejar 1st episod sebab 1st episod jer yang akan buat aku taw cite neyh ikut novel ke tidak. So, tengok...suda 8 episod.

So, conclusion untuk kelapan - lapan episod setakat ini,

i ) pemilihan watak yang okeh...ta de lagi watak2 kayu macam dulu... Farid Kamil memang superb, Mislina memang owang yang sesuai bawak watak Ayu ( even mule2 ramai yang meragui lakonan dea.), Jue Aziz memang comel, Nas T yang sangat2 membantu. Kombinasi Ayu dan Emilia sangat sesuai. Ta macam dalam filem.
ii) Sebab ape aku kata Mislina sesuai bawak watak Ayu. Okeh, Ayu di dalam novel memang bukan seorang yang sangat cantik macam yang digmbrkan dalam filem. Haruslah dalam filem, pengarah pilih Lisa Surihani yang super duper cute tue, sebab nak lakukan filem dan sebab lain, sebab Lisa memang primadona filem melayu sekarang. Kalau pilih Mislina, bagi aku, ta de la filem tue meletup. Agree ?? Ayu dalam novel adalah Siddaratul Dursina yang biasa2 jer tapi sangat Ayu, tue sebab panggil Ayu. Okeh. =). So, bagi aku dis girl brought the character very well. Permainan emosi dea pown nampak
iii) Jue Aziz, ta payah cakap. Dan aku rase pemilihan watak yang bagus jugak sangat membantu dalam melancarkan drama neyh. Memang menampal segala kelemahan dalam filem. Dulu, aku ta rase sesuai pown watak Emilia tue, Syikin Kamal pegang. Sebab Emilia dalam filem, adalah Ayu yang telah dioperate muka dan menjadi lebih cantik dan lebih elegan. Tapi, apekah dari Lisa Surihani yang da`bomb berubah kepada anak mami yang so - so. Sekali lagi, Agree ?? Dan untuk kesekian kali, aku rase emosi Emilia dan Ayu dalam drama adalah satu emosi yang memang sama walaupun pelakonnya berlainan.
iv) Skrip dan dialog MEMANG SUPERB sebab memang ikut 100 % dalam novel !! Setakat neyh keseluruhan cerita memang aku puas hati !!

Setakat ini, itu sajew conclusion yang aku boleh bagi sebab baru 8 episod, tapi aku rase conclusion sampai final episod pown tetap sama. Ta nak cakap pasal Katerina atau watak lain yang penting selepas episod 8, sebab macam aku cakap rata2 pemilihan watak memang bagus. Katerina dalam novel adalah seorang wanita yang pada mulanya agak dingin dan berdarah Irish - Swiss. So, kowang pk lar... layak atau tak Melissa Maureen Rizal yang bawak watak tue ? =)



Nota kaki :
>> Lagenda Budak Setan tetap lagenda yang hebat dalam hidup aku =)



ENJOY READING MY STORY !! :)

Yesterday Evening

www.tips-fb.com

Salamualaik...

1 petang bersama umate di dalam bilik ( ahah, bilik lar...kat mane lagi nak jumpa umate walaupun ade satu kelas dan sememangnya satu universiti ). Dialog betul macam ta berapa nak engat, tapi ade lar bunyi2 dialog semalam...hehehehe

Aku : aku macam nak ikut ko derma darah jer esok.
Umate : jom lar...( smbil betulkan selendang depan cermin )
Aku : Tapi aku kan kurus.
Umate : Eh, ta per lar...kalau cukup tdo, cukup makan dan tak underweight, boleh jer ?
Aku : Hurmmmm... yer ker...tapi aku rase macam aku ta cukup tdo lar...
Umate : Hah, apekah ko neyh ? bukan tetiap kali aku balik kelas ko tdo ke ? bila masanya ta cukup tdo...
Aku : ( Gelak besar ) Bwahahahahahaha...

umate aku ta de lar tengok aku tdo macam tue...tapi selalunya memang aku tdo macam baby tue...nyenyak dan ta nak bangun2 kalau boleh

Ahah, itu main pointnya. Lately neyh, aku sangat mudah tdo...dan sangat mudah ngantuk...tiada lagi kes insomnia atau amnesia atau malaysia atau asia tenggara macam b4 neyh... Letak kepala dekat bantal, terus lelap sampai negara mana ntah.. Keletihan yang sangat2 mungkin, awal sem sampai hampir ke akhir sem, aku cbuk dengan majlis perkahwinan angah. Tup tup, bz dengan report pula...Tup tup, minggu phase test pula... Tup tup, raya ( tetibe dan ta de kaitan )... Tup tup, assignment... Tup tup, bunyik kucing jatuh atas atap, macam tue kan. So, disebabkan itu, aku mudah sangat melelapkan mata dimana aku berada. Dan paling teruk, terbawak2 pulak masa drive. Hades... Bagaimana yer...Aku bukan buat2 letih yer, tapi seriyes, kepenatan otak dan kelembapan badan berjalan seiring ke wawasan 2020 dengan keletihan akibat aktiviti seharian. Hope so, everything will be fine nanti... Sangat ta suke jadik begini...

Nota kaki :
Pernah dengar ceramah dari Dato` Fadzillah Kam-to-me Kamsah yang mengatakan, sesiapa yang kuat tdo dan sangat2 panas baran akan cepat mati. Aiyakkkk... ta nak !!


ENJOY READING MY STORY !! :)

Ada cerita

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Ahah, setelah seharian berfikir, tetibe aku terpanggil untuk bercerita tentang kisah seorang teman rapat. Tapi disebabkan kesibukan melampau neyh, aku kene hold dulu lar cite tue...Mungkin boleh dibuat pengajaran atau sekadar santapan mata membaca... =)


ENJOY READING MY STORY !! :)

10/3/10

Kuatkan diri

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Awak,
saya tahu saya neyh kawan yang sangat tidak betul,
kawan yang sangat penuh dengan kesewelan melampau,
kawang yang sangat penuh dengan keemosian terlebih,
hehehe...
tapi ntah ae,
dalam ketidak betulan saya yang sangat2 suke mengarut neyh,
saya sangat ta boleyh tengok kejatuhan awak,
saya sangat ta boleyh nak tengok air mata awak menitis,
saya sangat ta boleyh tengok awak emo pada benda yang ntah pape,

Awak,
awak ade fokus yang lebih penting,
mak abah dan adik2,
company awak yang baru nak bermula,
kan saya da kata, tunjukkan pada mereka yang menjatuhkan awak,
awak da bangun,
even masih belum teguh,
saya taw awak mampu,
saya taw awak boleh, ( makna same...redundant phrases betul..huhuhu )
saya sebagai sahabat,
sentiasa dengan awak, selagi awak perlukan saya...
Biarla mulut2 longkang tue nak berkata,
asalkan saya taw ape yang awak lalui depan mata saya...
Kuatkan diri,
Kuatkan hati,
Bahu saya masih kukuh selagi awak perlukan ia... ;)


ENJOY READING MY STORY !! :)

9/27/10

Berhabuk lagi

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Ahah...owang len mau bikin blog,
ekau pown samO,
tapi blog berhabuk gela...ape cerita ??
Okeh, mahap kengkawan yer....
Saya bukan sengaja memencilkan diri, tapi sangat seriyes mengatakan
yang saya sedang cbuk dengan report dan assignment yang berlambak
++ dengan majlis kahwin akak angkat saya yang baru jer berlangsung,
Dan minggu depan majlis di umah pihak lelaki pula...
Uwaaa...seriyes penat oh...
Lately neyh tdo pown ta cukup, sangat tidak lena,
Saya mendoakan diri saya supaya tidak bz selepas minggu depan...
Tapi tetibe terfikir,
saya masih ade dalam sebulan 2 minggu setengah untuk ke final exam...
terus murung...uwaaaaaaa =(
Saya akan kembali bersiaran seperti biasa selepas ini...


ENJOY READING MY STORY !! :)

9/6/10

Selamat Hari Raya Aidilfitri

www.tips-fb.com

Salamualaik





Aku memang budak gilew
Aku memang selalu menyakitkan hati orang
Aku memang bermasalah dalam mengawal emosi...
Lagi2 lately neyh,
cakap dengan owang nak menengking jer,
cepat sangat sentap,
cepat sangat nak nangis2,
So...
Untuk mereka yang terasa hati dengan perangai aku lately neyh,
Aku mintak maaf dari ujung rambut sampai ujung kaki
Andai terkasar bahasa dalam belog,
Andai tersindir menyindir,
Maaf yer...
Moga syawal kali ini membawa 1000 erti kebahagiaan & ketenangan pada kita sume..


ENJOY READING MY STORY !! :)

9/1/10

Pengesahan Dari JAKIM ~ Status Halal Haram Restoran & Makanan

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Sekadar berkongsi info yang berguna bersama....

--> Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

-->Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran

-->Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

-->Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

-->Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies  dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai  kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

-->Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM  .

-->Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
 iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.  

-->Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

-->Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha.  Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

-->Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM,  maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

-->Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.  

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

-->Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS  ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

-->Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

-->Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

-->Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk  Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

-->Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM  dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.


ENJOY READING MY STORY !! :)

EmO

www.tips-fb.com

Salamualaik...



Nota kaki :
>> Aduh, lately neyh sangat menjadi emo...cepat sangat sesentap...padahal ta de ape pown...lagi2 dengan kawan baek aku yang sorang tuh...Kesian oh kat dea, tapi...kalau dea faham...haish...


ENJOY READING MY STORY !! :)

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!