9/6/12

# 29 Februari

www.tips-fb.com

Salamualaik....

Sebenarnya rasa malas gila nak hupdate, sebab tak de mood. Datang keja pon mata lebam bawah. Tapi tetibe terasa nak buat review tentang filem terbaru KRU. Niat kami da lame da  nak tengok wayang, tapi dek kerana tuntutan masa, kerja dan masalah peribadi lately nie, semua benda tue tertangguh. Sampai la, pagi selasa hari tue 4.September. 2012, aku terbaca twitter si gojes Lisa Surihani :


Terus jer tanpa lengah masa, bukak TGV punye laman web, klik2 terus beli tiket 29 Februari. Hahaha. Ok la, b4 publish gambar dengan adik beradik KRU yang jadi kegilaan Along. Meh nak kongsi sikit pasal cerita 29 Februari nie. Pada aku filem nie berbaloi - baloi untuk ditonton. Lain daripada yang lain. Edry mengangkat kisah unik Budi yang lahir pada 29. Februari. 1896. Keadaan fizikal yang terbantut akibat Budi yang dimakan usia 4 tahun sekali membuatkan masyarakat mengganggap kecacatan budi sebagai satu sumpahan.

Setiap masa, dari tahun ke tahun, fizikal Budi yang langsung tak berubah di makan usia menyebabkan Budi melalui era transformai dari Tanah Melayu dijajah British & Jepun, Malaya dan Malaysia yang bebas merdeka. Bayangkan la, akibat lahir pada tahun lompat, Budi hidup kekal muda sehingga umur 120 tahun. Masa seolah  tidak berganjak bagi Budi, membuatkan Budi selalu kehilangan orang yang tersayang. Sejak kecil, selepas kehilangan ibu & bapa semasa zaman pemerintahan Jepun, Budi diasuh di rumah bakti Salam bersama kawan baiknya Razak yang cacat penglihatan. Budi menjalani kehidupan berlatar belakangkan detik - detik Sejarah Malaysia dan mula mengenal erti percintaan dan kebahagiaan bila bertemu seorang gadis Tiong Hua, bernama Lily.

Tapi sayangnya, kisah percintaan Budi dan Lily mendapat tentangan hebat daripada keluarga Lily yang ketika tue, zaman yang masih tidak dapat menerima perkahwinan campur. Akibatnya, Lily telah lari dari rumah dan membawa diri ke Penang. Sedar tentang harta peninggalan yang ditinggalkan keluarga, Budi tekad mencari Lily di Penang. 

Okeh, itu sedikit sinopsis tentang filem nie. Keseluruhannya dari komen kami berdua :

1. 29 Februari filem yang lain dari yang lain. Best and sangat superb. Kisah percintaan Budi dan Lily aku anggap kisah cinta sepanjang zaman yang terhalang dek tentangan keluarga, tapi tetap bertahan hingga hujung nyawa.

2. Dari Magika, Edry tak pernah lari dari elemen muzikal dalam filemnya. Sekali lagi, on 29 Februari, konsep itu diteruskan lagi. Lebih menarik, mungkin nak mengikat mood kami yang melihat kerana Budi lahir pada tahun 1896, montaj permulaan 29 Februari is quite menarik. Ejaan pelakon, pengarah semua Edry follow macam cerita P. Ramlee dulu.

3. Isu yang nak disampaikan cuma tentang kehidupan Budi, tetapi elemen latar belakang dan plot cerita digarap Edry dengan baik. Kita dibawa pada zaman pemerintahan British, tali barut Jepun, zaman pemerintahan Jepun, peristiwa Merdeka, zaman kegilangan R. Azmi, peristiwa berdarah 13 Mei, zaman rock kapak, kereta Proton Saga yang mula - mula dulu sehinggalah tahun 2012. Keistimewaan yang ada pada Budi membawa Budi melalui semua zaman dengan style yang berbeza - beza.

4. Pelakon yang hebat. Tak de siapa boleh mempertikaikan kemampuan lakonan Remy Ishak kan. Pelakon cina yang melakonkan watak Jojo tue pown, bagus lakonannya. Fluent gila cakap melayu. And lakonan Izzue Islam as Razak pun sangat bagus. Percintaan antara Budi dan Lily / Persahabatan antara Budi dan Razak adalah satu element penting untuk ditonton.

5. Edry adalah seorang pengarah muda yang akan came out dengan idea2 yang brilliant. Bila kiteorang tanya macam mana boleh ada idea buat filem macam nie, ini jawapannya,

" Ntah, saya pun tak tahu. Saya ibaratkan hasilkan filem ni macam memasak. Buat jer dan tengok hasilnya "

Kalau macam tue lah jawapan Edry, apa yang kami boleh katakan memang dia hebat. :) Doanya harap Edry bertahan memegang anugerah pengarah terbaik tahun nie.

Ranking : 5 over 5. 

Kecik jer ruangan untuk amik gambar dan bermesra dengan artis :)
Edry yang peramah :)
Peminat setia bersama abang - abangnya. Kiteorang xpuas hati gela sebab Edry boleh kenal dia !!! Jammed >.<
Baju biru is Izzue ( Forteen ) a.k.a Ajak. >.<, rase macam ade gmbo ngan Norman, tapi xtaw ke mane  gmbonye.
Lisa Surihani adalah orang yang xberlakon pun dalam filem nie TAPI orang serbu dia dari pelakon okeh. Hahah...xde la kenit mane pun, same tinggi je dengan aku n dia & yusry are so romantic couple. Comel okeh :)

ENJOY READING MY STORY !! :)

2 typewriter yang prihatin:

Pencari Hati said...

I PON CAM NAK TENGOK . BEST SGT KER/

Nur Laili Binti Iswan said...

u kene tengok....memang best...ini pada i la... :)...fresh idea...

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!