9/12/12

Tekanan... Bagaimana mengatasi ??

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Dalam menggodeh wall facebook sambil buat log book, tetibe ternampak picture nie, terus share


Kenapa aku share ? 

2 bulan terakhir sebelum puasa, satu dugaan berat menimpa aku. Yes, dugaan yang sangat berat. Tapi alhamdulillah, dalam mengharungi waktu internship. Aku tetap teruskan jugak life seperti biasa. Life dekat ofis macam biasa. Ala, ape yang nak terkesan sangat. Aku sorang jer dak intern terbaling dekat department lain. Yang lain dekat Service Operation Management. Lagipun, dekat FSM, aku memang tak banyak bercakap dengan kakak ofis, kalau diorang tanya, aku jawab. Kalau tak, aku fokus buat kerja.

Kerap kali jugak air mata menitis waktu kerja, tapi fikirkan bulan puasa. Aku cepat kesat. Sampai satu tahap, aku cuba cari environment baru. Menumpang sekejap dekat rumah kakak angkat. Yes, walaupun 3 hari, aku belajar sesuatu benda yang sebenarnya aku dah lama tinggalkan. Akak mengingatkan aku pada ayat yaasin dan solat. Hmmmm... Sejujurnya, aku bukan la manusia yang baik mana. Before nie pun solat ada rongak2, mengaji ape tah lagi. Tapi 3 hari dekat rumah akak, aku lebih tenang dari sebelum nie. 

Yer, aku amalkan semua perkara tue. Cube berlaku tenang, setenang yang mungkin. Aku tahu, bukan aku jer yang ada masalah macam nie, malah ade yang lagi berat. Jadi dari situ, aku cuba munasabah diri. Mana silapnya sehingga aku diuji macam tue. Dan ada sorang kawan dalam facebook nasihat, " Kau tahu kenapa kau selalu diuji macam nie ? Sebab ALLAH tahu kau mampu ".

Mungkin kerana tue ALLAH uji aku dengan dekatkan aku pada manusia psycho. Sungguh, dan sepanjang tempoh pemulihan itu aku belajar sesuatu, sebenarnya ALLAH tidak pernah tinggalkan kita sesaat pun walaupun kita selalu meninggalkan dia. Jangan kata hati kau hitam, sebab tue ALLAH tak mendengar apa yang kau adu, sebenarnye semua terletak pada keikhlasan kau dalam mengadu. Aku tak pernah kata diri aku baik, jujurnya aku khilaf. Selalu lupa pada ALLAH pada waktu gembira, tapi faham la, aku tak pernah jadikan sebab yang hati aku hitam, ALLAH tak pandang doa aku. Mohon ampun pada dia, fikir mak abah, fikir ahli keluarga, apa yang mereka lihat kalau kita beria - ia nak membunuh diri semata - mata atas sebab duniawi. 

Yer, ALLAH tak pernah tinggalkan kita. Cuma kita........


" ALLAH tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya : Al Baqarah ( 286 ) "

" Bahawa sesungguhnya setiap kesukaran disertai dengan kemudahan : Al Insyirah ( 6 ) "

P/S : Hargai mereka yang tersayang, yang bersama susah senang, jatuh bangun menghadapi dugaan dalam tempoh yang panjang. Siapa pun dia pada kita, anggaplah kedatangan dia itu antara ujian dari ALLAH / penguji tahap kasih kita pada ALLAH. :")

ENJOY READING MY STORY !! :)

1 typewriter yang prihatin:

InaYusoff said...

yes...
quran adalah terapi terhebat..

bila kita mula membaca...
kita nak membaca teruss...

seronok...

tenang je hati..

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!