9/11/12

Burger Bakar Wangsa Maju

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Since tak berapa nak ada kerja nie, lagi satu memenuhi tuntutan masa untuk menghilangkan rasa bosan nak starting menulis buku log dan menaip intra report, meh kita pulun habis - habisan menghupdate blog yer kawan2. See, ini kalau bercakap nie mesti tak habis satu nafas nak habiskan. Ahah... eh, aku memang jenis cakap laju ok. Tapi tak se speed 200 km/j la kan. Hehehehe...

Ok, seperti mana yang di habaq maih di entry before nie. Malam masa mak datang nak g Mydin tue, kiteorang p bawak mak makan dekat burger bakar dekat wangsa maju. Sebenarnya, kiteorang berdua dah lama nak makan dekat sini. Dengan kawan - kawan pun, ada jugak cadangan nak ke sini. Tapi ada jer benda tergantung. 2 la kan, sebenarnya ada jugak benda tak boleh rancang, see...benda yang tak dirancang nie la menjadi. Cuma kesian dekat Adik Ina, hari tue beria dia nak pegi sekali, tapi tup tup kiteorang yang pergi dulu. Tak pe la dik, next time kita pergi yer. :)

So, seperti yang Adam n wife guide aku masa raya hari tue, setakat Wangsa Maju tue insyaallah la bukan susah sangat pun nak mencari tempat tue. Untuk yang need guidance, boleh la bukak google maps atau hubungi saya di talian yang anda tahu. Hahaha... seperti yang sohabat saya bagitahu, saya juga peranti google maps yang membanggakan. *Kembang hidung* Tapi tak larat la pulak nak guide dalam blog melalui semua laluan yang boleh dilalui. Ala, kalau orang Wangsa Maju, landmark senang jer, LRT Wangsa Maju, Seksyen 2 atau yang paling mudah Restoran BRJ. Sape tak tahu, dah jangan ngaku duk Wangsa Maju. :)

And lagi satu, jangan keliru yer. Kalau korang datang daripada Bulatan Pahang, so akan naik dari simpang traffic light Jusco Alpha Angle, korang akan jumpa jugak satu stall burger bakar, tapi bukan burger bakar yang itu yang kita cari. Burger bakar nie depan sikit, betul - betul di belah kanan anda dan bila melalui situh, korang akan nampak orang beratur panjang. Itu baru betul burger bakar yang dicari. Nama stall tue, Burger Bakar Kaw Kaw. Masa kami sampai tue, around 11 ramai jugak orang. Tapi satu kelebihannya dekat sini, even beratur panjang mana pun, korang takkan tunggu lama untuk get the order.

Hah, sapa yang nak taw rege , sile klik gambor untuk tumbesaran yang berfaedah yer.

Lepas queue ade kaunter yang dijaga oleh 2 orang abang. Okeh, yang mak cik ipah tudung cekelat tue sedang bercakap, abang yang handle order ( bagi no. order sekali ) n abang baju belang tue, abang kaunter bayaran.

Okeh, ini dia punye dapur. Jangan risau yer, maybe korang akan nampak budak bangla dekat situh anta order, tapi di dapur 100% malay and Islam :)

Oh ya, kami berempat tak de amik ayam pun. Sebab nampak ayam dia macam Mc Chicken McD jer. Lagi 1, burger daging dia lagi nampak seronok untuk dimakan. Tebal gtuh ha. 

Hah, i2 burger daging single cheese dia. Kenapa letak gambar along ?? Haha, ok...cume nak tunjuk cara dia makan. Kan ade lidi dia letak tengah2 tue, untuk mudahkan korang makan sebenarnya. Jgn cabut dia punye lidi, kalau cabut, parah lak korang nak menganga besau2. Koyak mulut nanti. Hah 2, macam along pegang tue cara makannya.

Rating :

4.5 / 5

Ulasan :

1. Jangan datang kalau korang baru lepas makan nasi atau masih kenyang, kelak... Membazir.

2. Untuk yang pertama kali datang, bersederhana la dulu. Try yang single dulu, so kalau puas hati makan yang single, kali ke 2 3 4 5 datang, boleh amik yang bertingkat - tingkat.

3. So far, burger daging dia awesome. Daging tebal. Homed punye daging. Sos dia pun sedap. Ayam punye, xtaw rasa. Tapi tengok macam orang lain beli, sebijik macam Mc Chicken, korang g sendiri la rase.

4. Pada penggemar burger / pencari jalan cari makan, ini hot spot yang korg kena pegi. Try sekali sekala. Ape salahnya. Daripada makan aiskrim baskin robbin. Eh Eh Eh.. Sory, xde kaitan >.<

5. Actually diorang pun ade jual by set, set meal dia kena tambah RM 2.50, ade 2 ketul sosej and 1 Mojitos Drink. Tapi ini atas nasihat yer, kalau korang datang berdua, maybe korang boleh beli 1 set and 1 ala carte, sebab air dia xde la sedap mane pun. Eh, ini seriyes. :)... Tapi tak kisahla. Mojitos Drink macam mane, okeh, ade 5 perasa. Strawberry, Ros, Lemon, Mango and Orange semua akan diletak dengan daun selasih and bergas sedikit.

Okeh, itu saja ulasan Burger Bakar Kaw Kaw Wangsa Maju. Highly recommendation. :)


ENJOY READING MY STORY !! :)

0 typewriter yang prihatin:

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!