12/10/09

Bila terpaksa...

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Tertarik untuk berkongsi cerita...

" Bila mana jari lincah menitip tetikus mengikuti link2 yang dikehendaki, tetiba rasa hati tertarik pada blog seorang gadis. Gadis yang hanya dikenali satu hari, satu malam, satu jam dan satu ketika. Hurrrmmmm...dari luaran dea sorang yang simple, tapi dari dalaman, tetiba terpanggil untuk berkongsi rasa. Mungkin dea merapati seseorang yang sedang gadis itu rapati, jadi secara tidak langsung, sedikit sebanyak, ia menjadi kelebihan gadis itu meneliti tentang kawan barunya. Bak kata si S ( bukan nama sebenar ), kamu berdua terlalu puitis, malah saya tidak sendiri tidak faham apa yang ditulis dan apa diluahkan. Si teman hanya memandang, tersenyum.

Kenapa manusia selalu dihadapkan dengan pilihan ?? Dan pilihan itu didatangkan dengan rasa tersisih yang hadir. Bagaimana ?? Dan kenapa, diantara pilihan yang terbaik, kita terpaksa juga memilih pilihan yang mengorbankan hati kita ?? "

***********************************************************************************
Itu yang aku cuba cari...mengapa ?? Mengapa perlu punya pilihan ?? Antara dua ?? Kenapa mesti manusia dihadapkan dengan persimpangan yang terlalu sukar dipilih ?? Lagi2 tentang kehidupan... Hampir sebulan juga aku memikirkan tentang ini, semenjak aku bercuti...mencari ketenangan tentang rasa hati yang kian celaru... Tapi ta juga jumpa jawapan...Yang ada cume tanda "telinga" besar2 ada dalam kepala hotak... Aku pown bukan selalu jadi macam neyh...Tetiba jadi rajin bermadah...

Setahun yang dulu, selepas peristiwa itu, aku yakin dengan apa yang dipilih... Ya, ini kehidupan ku... Disitu masa hadapanku... Sampailah satu ketika, tsunami jiwa melanda... Seorang hadir, atas masa silam juga, sahabat pada mulanye, memujuk...memohon maaf...ya, apa salahnya ?? Manusia bukan sempurna, kerap tersilap langkah dalam kehidupan, ta sedar kekhilafan dosa, mungkin aku juga punya silap...ya, maaf itu dihulurkan... " Jangan buat lagi " dan dia tersenyum...Rasa indah bila melihat senyuman itu, kerana terlalu derita dea memendam dosa. Aku tahu dea bukan sengaja membuat muka "sebek", menitis air mata... Tapi ada derita yang tersimpan...

Dan dia juga hadir dengan pilihan...bagaimana lagi aku mampu membantu ?? Kita berdua di persimpangan jalan ?? Silap atau benar di manakah diri kita ?? Bukankah kata si gadis itu benar, peganglah dengan apa yang ada, dan pandanglah ke masa hadapan dengan pilihan itu. Aku termangu...Hurmmmmm... Masalah ta pernah lepas dari kehidupan manusia... Memang itu yang kita ada...

Dan aku memandang di satu arah...silapkah aku kerana di beri pilihan sehingga ta mampu memilihnya ?? wallahualam...yang penting aku keliru...celaru dengan apa yang terjadi...jadi tersedar, siapa sebenarnya penginap kamar itu ?? bantu saya wahai gadis yang saya kenali itu....


ENJOY READING MY STORY !! :)

0 typewriter yang prihatin:

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!