3/23/11

Bersiaran dari....

www.tips-fb.com

Salamualaik


Ingat lagi dengan entry akan yang di post beberapa hari lepas. Yer, maksud entry itu akan ada entry dari Hot Air Ballon Festive 2011. Bersiaran secara langsung dari sana walaupun festival tue da tamat. Teeeehehehehe...

Nota kaki :
>> Sambungannya selepas ini, mahu ke kelas mandarin dulu. Back again nanti. Lalalala ~


ENJOY READING MY STORY !! :)

3/21/11

Hampir siap 50 %

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Hye2 sume... berblog lar kite da memalam gneyh. Tadi ko tak nak tulis post kan ? elok2 niat nak puasa esok, time tue lar ko ta nak lelap yer mata. Haish...memarahi mata sendiri pula. Hahahaha. Anyway sebenarnya, memang da nak tdo, tapi tetibe membukak channel 104, ade cite Kashaf Imani lak ( sedap lar name, nak bagi nama bakal baby lar...e`eh...lari tajuk...hehehehe )

Anda masih ingat lagi tak entry aku tentang tugasan aku sebagai seowang student pada minggu lepas. Sape engat sile ke tepi, duduk jer...yang tak engat, sile ke belakang, pegi padang belakang sekolah sana, berdiri sambil genggam rumput dan dongak tengok matahari sampai matahari ta de. Sile 2 !! Nak kene denda neyh... Haish... Hehehe... Ta lar, kalau yang lupe, sile klik di cneyh yer.

Inilar jadual saya :

14/3/2011 - Submit assignment Probability and Stochastics ( will done, no. 2 jer sangkut sikit )
14/3/2011 - Tutorial Probability and Stochastics.

14/3/2011 - Lab Test Network Technology 2 ( RIP Version 1 )
15/3/2011 - Lab 2 Electromagnetic Wave.
16/3/2011 - Phase Test Communication Technology 2 ( wuwuwu~ mintak2 tak jadi, dala madam selalu cOti )
16/3/2011 - Test Oral Mandarin 2



Hahahaha...kan2...yey2...tapi musti kowang tertanya2, kena siap hampir 50%, kenapa tak kate 98 % ? Hahaha... Biase lar beb, idup as student. Banyak kot kerjanya... Selepas yang diatas hampir selesai, bertambah lagi tugasan2 saya. Contohnya :


Course work Mandarin 2, yang kena anta b4 april...huk3
Routing configuration by VLSM
++ dengan report lab Network Analysis.
++ Quiz 2 Probability and Stochastic isnin minggu depan.


Banyak lagi lar !! (+_-)


Nota kaki :
>> Kalau tak sanggup janganlar belajar...sindiran hati kepada diri sendiri... Bahahahaha...



ENJOY READING MY STORY !! :)

Akan

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Bersiaran semula setlah ilang di ujung minggu. hehehe... eh2, nanti dulu...ade sesuatu yang bakal ditunjukkan...sile makan panadol dulu sebelum saya post entry itu...takut muntah darah lak...Bahahahah..

Nota kaki :
>> Letih, ketakcukupan tdo...lalalala ~


ENJOY READING MY STORY !! :)

3/18/11

OMG, Zizan da jadi penyanyi da !!!

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Baru pulang dari menghantar cik Lye ke TBS dan menyetelkan segalanya di JPJ Wangsa Maju. Agak kemurungan bila tetibe badan jadi lembik macam kertas pasir gred A...Huk3... Jam menunjukkan 4.37 pm, nak tdo ke tak nak ?? Sigh ~ Jangan titon nanti setan isap darah. Erkkkk... Huk3.. So, jalan2 di blog owang, jumpe pulak video klip ini di abang nara punye blog.


OMG, Zizan da jadi penyanyi da !! Seriyes, b4 neyh mase tengok dalam JOZAN Show pown memang da taw, Zizan pandai rap. Tapi tak sangka la lak kan, dea nak jadi penyanyi pulak. Aku suke gela kowt dengan dea. Dea antara pelawak negara yang aku kagumi lar. Seriyes cakap. So, kowang layan jer lagu neyh, sambil2 tengok video dea kat bawah neyh.




Nota kaki :
>> Aku harap dea dapat Bintang Paling Fofuler tahun ini !! Selain peserte feberet Shaheizy Sam atau Lisa Surihani !!


ENJOY READING MY STORY !! :)

3/17/11

GA By Shida and Esya

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Ahahak...elllow...ade owang tag saya okeh. Maceh ya wahai Misz Pinky Eyes. Hahaha...anyway, aku langsung ta pernah join mane2 GA sebenarnya. So, ini yang pertama kalinya...



Saya suka buat blog kerana hanya blog medium saya nak meluahkan dan berkongsi rasa serta pendapat. Samada malas atau rajin. Samada secara sindiran atau terang - terangan. Itu medium yang saya ada. Biar tak de facebook, twitter, tumblr atau ape pown lagi, asalkan ada blog.

Tag 5 orang rakan blogger.

Done !!

Tarikh akhir GA ini adalah 19. MAC. 2011 ( Sabtu ini )

Nota kaki :
>> Sila rujuk di belog ini


ENJOY READING MY STORY !! :)

3/16/11

Pernah rasa macam ney tak ?

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Pernah tak kowang rase,
ade 1 hari dalam seminggu tue,
atau ade seminggu dalam sebulan,
atau ade sebulan dalam setahun
yang hidup kowang
Sangat2 lah loser tahap gaban

Hidup macam ta de makna jer,
Antara nak tak nak jer owang kata,
Study gela2 tapi macam ta dapat input hape2.
Makan minum macam tak rase kekenyangan ape2 pown.
Pernah tak rase macam neyh aku tanya ??

Yer, itu lar yang aku rase sekarang.
Pergggghhhh...
Jap rase nak ketawa memang tahap muntah,
Jap rase macam nak nangis sampai rabak mata,
So,
ape yang patut aku bikin.
tawa dalam tangisan kowt kan ??

Nota kaki :
>> 2 2 test minggu neyh rase macam haroooooooommm gela....Study kowt sampai bangun kul 4 5 pagi. Tapi hasil, tarak !! Sib bek dapat jawab. Allah, apa kena dengan aku neyh ?? =(


ENJOY READING MY STORY !! :)

Setiaku Disini - Ziana Zain

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Ku terasa kesyahduan
menyelimut malam ku sepi 
kumenanti kepulangan mu
kau janji-janjikan suatu masa dulu

Hanya kau kasih kau ku kasihi
kata-kata yang dilafazkan
mengikat jiwa dan cinta
hingga tak termimpi pengganti yang lain

Biar ku dicengkam gelisah
dibuai rindu yang mendalam
resah mendamba belaian mu
yang teramat ku dahaga

Kumasih lagi setia
biar pun takdir mencabar kita terpisah
ku masih lagi di sini
berpegang teguh kalimah cinta

Kubisikkan dalam tangisan
yang gugur berderai ke bumi
menjadi bingkisanku yang akhir
untuk bekalan jalanmu
mencari mahkota menghiasi pelamin kita





Nota kaki :
>> Ini lagu karaoke terbaru saya !!!
>> Saya bukan peminat setia Ziana Zain, tapi buat pertama kalinya lagu dari penyanyi ini menjadi lagu kegemaran saya.
>> Mungkin juga untuk kehidupan saya yang penuh dengan kekalutan.



ENJOY READING MY STORY !! :)

3/15/11

Hujan di Kuala Lumpur

www.tips-fb.com

Salamualaik...


Pagi ini Kuala Lumpur hujan,
Haish...
Selalunya suke bile hujan2 gneyh,
Lagi2 masa kecik dulu,
Boleh mandi ujan,
Berdiri dekat bawah ujung atap dan tunggu air jatuh atas kepala,
Pheeeeewww...
Gela lar heaven mase tue,
Masuk umah terketar2....

Tapi sekarang,
bila hujan sangat2 risau,
Hujan sekarang membahayakan,
Selepas tsunami di Jepun,
Elakkan diri terdedah pada hujan,
Air hujan tue da bercampur dengan bahan2 kimia.
Radiasi kan di Jepun.
Hurmmmmmmm...

Nota kaki :
>> Rindu zaman kecik2 dulu, selalu kene sebat dan ligan dengan mak satu umah sebab masuk umah basah2 lepas mandi hujan...


ENJOY READING MY STORY !! :)

Sudah terjawab... =)

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Ingat lagi dengan entry yang aku marah gela2 ini.... Hahahak...Akhirnya, setelah berblogwalking, baru lar dapat info mengapakah network lately neyh macam harom jadah tahap gaban lately neyh. Sigh ~.

Ini puncanya....


KUALA LUMPUR 14 Mac - Telekom Malaysia Bhd. (TM) akan berusaha sedaya upaya memperbaiki perkhidmatan Internet selepas kedua-dua Rangkaian Kabel Jepun-AS (JUCN) dan Rangkaian Kabel Asia Pasifik 2 (APCN2) terjejas oleh gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter melanda luar pantai Jepun.
APCN2 ialah kabel submarin yang menghubungkan beberapa negara di rantau Asia Pasifik, sementara JUCN menghubungkan Amerika Syarikat dan Jepun.

Ketua eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, rangkaian kabel JUCN masih lagi tidak berfungsi sementara TM mampu menggerakkan beberapa trafik di ACPN2 ke laluan pembaikpulihan yang lain, yang akan menyebabkan pencarian yang perlahan ketika tempoh puncak.

"Bagaimanapun, kami akan cuba semampu mungkin untuk mengalih trafik ke laluan lain bagi mengurangkan dan mengembalikan penggunaan," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, pembaikpulihan ACPN2 dilakukan dalam tempoh dua hari sementara rangkaian kabel JUCN masih lagi berhadapan dengan beberapa masalah.

"Ia mengambil masa satu hingga dua hari untuk mengalih trafik kerana kami mempunyai perjanjian untuk pembaikpulihan dan juga laluan pembaikpulihan dengan negara-negara lain," jelas beliau.

Ditanya mengenai kerosakan, beliau berkata, insiden itu tidaklah seteruk berbanding 2006 di mana enam hingga tujuh kabel submarin binasa ekoran kejadian gempa bumi di Taiwan.

Mengenai perjanjian konsesi itu beliau berkata, ia ialah perjanjian pembaharuan semula selepas MKLSB menunjukkan keupayaannya dalam mengendalikan Menara Kuala Lumpur sejak 15 tahun lepas.
MKLSB ialah anak syarikat TM. - BERNAMA

Nota kaki :
>> Sumber ihsan dari belog ini.
>> Hey2 pompuan, ko budak network kan ?? Asal ta terfikir ke arah tue. Tue lar marah sangat, ntah pape jer yang ko taip. Pk dulu wahai bakal jurutera... Sigh ~


ENJOY READING MY STORY !! :)

Ujian Dari Allah Datang Tak Kira Masa

www.tips-fb.com

Salamualaik...




Apa bezanya dengan yang pernah terjadi ketika di Acheh dulu ?



Nota kaki :
>> Masa duduk berbual dengan kedua - dua abah yang saya sayang, tetiba abah kata, " Sepatutnya Israel yang kena ". Saya tersenyum...bagi saya, ujian ALLAH tue datang tak kira masa, tak kira siapa, tak kira tempatnya. Hanya dengan KUN FAYAKUN, maka jadilah yang dikehendaki - NYA.


ENJOY READING MY STORY !! :)

3/12/11

Senarai Tugasan Seorang Pelajar Untuk Minggu Depan

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Kenapa tetibe merajinkan diri untuk menghupdate senarai tugasan neyh ?? Hahahak...Hallllluuuu, kadang2 aku neyh owang kate lagho... Selalu sangat melalai ntah ke mana2. Kalau ajak berjalan ape tah lagi. Mari2, sampai ke negeri Serbia pown aku leh jalan2. Tetibe bangun pagi dapat kesedaran diri. Hak Tuuuuiiissshhh, memulihkan semangat kekdahnya mungkin. Sangat2 tensi bile lately neyh, idup macam ta de arah. Bangun, bukak mata pegi kelas @ keje, balik, makan and tdo. Seeeeeee....Tahu tak ko student wahai laily ??!! Apekah begitu loser, perangai supo kamben.

Okeh2...suda2 lar memarahi diri sendiri okeh. Tue sebab wujudnya entry untuk mengingatkan diri sendiri yang... Hey2...ko neyh masih student okeh.... Banyak kejo, banyak test. Ko kate nak cemerlangkan ?? Nak cemerlang ker nak tenggelam kepala dalam flush jamban ujung sem neyh. Sile2 pilih kehidupan yang paling terbaik dalam hidup ko. Wuwuwuwu~ Angry sangat dengan myself. Hahahak...

Inilar jadual saya :

14/3/2011 - Submit assignment Probability and Stochastics ( will done, no. 2 jer sangkut sikit )
14/3/2011 - Tutorial Probability and Stochastics.
14/3/2011 - Lab Test Network Technology 2 ( RIP Version 1 )
15/3/2011 - Lab 2 Electromagnetic Wave.
16/3/2011 - Phase Test Communication Technology 2 ( wuwuwu~ mintak2 tak jadi, dala madam selalu cOti )
16/3/2011 - Test Oral Mandarin 2

See !! See !!... Banyak taw...Yang kowang nampak test2 tue semua, taw tak aku tak stadi lagi. Taw tak idOp sangat loser seh. So, harapnye dengan adanya entry ini menjadi peringatan lar untuk hamba study....

Nota kaki :
>> Nak siap2 bawak bonda ke Masjid Jamek. Erkkkkk...jalan lagik...pheeewwww !!


ENJOY READING MY STORY !! :)

3/11/11

Hey2...Kenapa Network Sekarang Gela Problem ?

www.tips-fb.com

Salamualaik....

Haish...
Budus...
Bengap...
Gile...
Sakit aty oh....
Line tenet sekarang...
Berokbeng mahupOng wi-fi hostel ataupOng wi-fi,
Sumenya macam lahanat iaitu dalam bahasa lembutnya,
Menyakitkan hati taw...

Hey2...
Saya ada benda nak update taw,
Pasal tsunami...
Taw tak tension bile upload gambau atau video,
selalu corrupt...
Aaaaaaaaaaaaaahhhhh... Macam kambing !!


Nota kaki :
>> Perlukah jadi ketinggalan bab menghupdate berita2 gempak macam neyh... Sigh ~


ENJOY READING MY STORY !! :)

3/9/11

Rasa Rindu Ini Hanya Allah Yang Tahu

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Hurmmmm...bile balik ke hostel, nak update 2 post 1 hari sangat lar susah. Means, kalau aku berada dalam keadaan emosi yang sangat2 ta stabil macam semalam, agak kecelaruan emosi sikit sebab tak tahu nak luahkan kat mana. Haish.... Ta taw nape lately neyh networking macam harooooommm gela... Wi-Fi hostel memang ta leh diharap lar kan... Yang aku ta faham, berokbeng neyh... Seriyes macam nak campak laut jer... (T_T)

Sebenarnya, ta de point nak menaip...Biase lar, kalau emosi ta stabil, menaip pown ta de rase nak mengarut... Taip2, tekan backspace...taip2, tekan backspace... Huhuhuhu... Actually, aku rindukan anak2 sebenarnya. Sangat2. Semalam, gigih meleleh air mata berjurai2. Dan buat pertama kalinya, abes sekotak tisu tue. B4 neyh, masa aku clash pown, ta de la beria sangat aku nangis sampai abes satu kotak tisu. Haish...






Nota kaki :
>> Ada yang mengeluarkan statement, " Saya tak pernah ada kawan yang 'ibu' macam awak. Nangis da macam ibu tunggal yang kene pisahkan dengan anak2 ".... Hahahahaha... Hurmmmmm... Ya, ini lar aku...Aku bukan orang yang hanya suka budak2... tapi, aku adalah orang yang terlalu - lalu cintakan budak2.. Yang peliknya, makin aku jauh dengan apa yang aku lalui sekarang, makin ramai budak2 yang sukakan aku. Kadang2 usha kat kedai makan ckit jer, terus okeh....
>> Anak2 itu syurga...nyawa...sungguh, itu lah kebahagiaan dan kegembiraan yang berpanjangan.
>> Kalau ada lagi yang bertanya, " Apekah ' dadah ' di dalam hidup saya ? ", saya akan kata, " Mereka, anak2 saya ".
>> ALLAH, kalau mampu sampaikan rindu ini pada anak2 saya... saya mohon disampaikan peluk cium dari saya untuk mereka.... Jujur saya terlalu - lalu rindukan mereka..



ENJOY READING MY STORY !! :)

3/8/11

Lagi Sayang, Lagi Diuji

www.tips-fb.com

Salamualaik...


Artikel dari i luv islam

"Abang, betul ke kalau Allah sayang kita, Dia akan uji kita dengan banyak ujian?" satu soalan singgah ke peti masuk mesej telefon saya.
"Macam mana kalau tak betul?"
Kepada adikku, inilah jawapan abangmu.
Adikku,
Apabila kamu persoalkan kasih sayang manusia kepada kamu, maka abang sangat berlapang dada bahawa manusia ini memang terlalu nipis lapis kasih dan sangat kecil pula kotak sayang yang mereka miliki. Banyak terjadi bayi kecil dibuang ke serata pelusuk yang tidak layak, para pemimpin pula sibuk mengeringkan tabungan rakyat laksana buaya lapar yang dahagakan mangsa.
Tetapi yang kamu persoalkan ini adalah kasih sayang Tuhan-Mu. Dia yang dengan jelas menyebut diri-Nya sebagai Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, di setiap surah di dalam Al-Qur'an. Adakah sejak abang ke sini lantas kamu juga meringankan tilawah yang wajib ini?
Jika benar, maka mari abang mengajakmu supaya kita sama-sama menyelak kembali lembaran suci yang setiap ayatnya membersihkan jiwa ini. Perhatikan, bahawa Allah telah memberi peringatan kepada kita dengan firman-Nya: 
"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman."(Surah Ar-Rum: 36-37)
Ujian Kesempitan Adalah Hasil Kecuaianmu
Adikku,
Apakah rasamu mendengarkan ayat Alllah di atas? Tidakkah kamu melihat kesenangan dan kemudahan hidup sebagai ujian Allah, sama seperti kesempitan hidup yang kamu dakwakan sedang Allah timpakan kepada kamu sekarang?
Fikirkan juga wahai adikku, semua kesusahan yang kamu deritakan ini hanyalah berpunca dari kelalaianmu sendiri. Kamu gagal mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaanmu, bukankah itu natijah dari kemalasan dan kekurangan strategimu dalam mengulangkaji pelajaran? Atau kamu masih angkuh menafikannya?
Kemudian, kamu sibuk mengatakan ummi asyik marahkan kamu, kawan-kawan pula gemar menaikkan darahmu, kenanglah semula wahai adikku. Sejauh mana kamu berakhlak dengan mereka? Apakah kamu benar-benar berlaku adil dengan mereka? Bahkan sekalipun kamu sudah berakhlak sebaiknya dengan mereka, sepatutnya kamu ingat kepada baginda Nabi sebagai manusia yang luar biasa akhlaknya tetap juga dilukai manusia.
Namun, jika ujianmu benar terlalu berat, tiada apa yang dapat abang nasihatkanmu melainkan mengajakmu supaya sentiasa bersabar. Bersabar, bersabar, dan teruslah bersabar kerana untuk orang-orang yang bersabar, ganjarannya adalah seinfiniti pahala. Itu janji Tuhan. Bersabarlah kerana deritamu ini sangat sedikit berbanding kehidupan akhirat nanti. Adakah dapat kamu bayangkan kesusahan dunia sekitar empat, lima tahun, puluhan tahun sekalipun jika dibandingkan dengan kebahagiaan akhirat yang tahunnya tidak akan habis?
Hidup ini bukanlah selama-lamanya, bahkan bukan lama pun. Apabila kamu sudah merasai kehidupan, maka bersedialah pula untuk mati. Ingatlah kepada kematian, fikirkanlah tentang akhirat, kamu akan insaf nanti.
Ujian Ini Nikmat Keimanan
Adikku, tidakkah kamu mengaku bahawa kamu ini orang beriman. Sedangkan jika benar, pastinya kamu pernah mendengar firman Allah ini,
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4) 
Sekarang, persoalkan dirimu sendiri, mana bukti keimananmu? Adakah layak kamu mengaku beriman kepada Allah, kepada rasul-Nya, sedangkan kamu tidak yakin bahawa ujian ini daripada-Nya untuk menguji keimananmu?
Para sahabat nabi, mereka membenarkan iman mereka dengan menyediakan leher-leher mereka di medan perang untuk mengembangkan Islam. Bahkan seluruh para tabiin, hidup mereka tiada keseronokan melainkan dalam keasyikan bersama ujian dan tarbiyah daripada Allah. Maka jika ini menjadi bukti keimanan mereka, mengapa kita tidak sanggup membuktikan keimanan dengan menghadapi ujian hidup ini bersama kesabaran terhebat yang mampu kita persembahkan?
Alangkah Baiknya Bahawa Yang Mengatur Adalah Allah
Adik, hidup kita semalam, pagi tadi, dan sekarang Allah yang atur. Malah kalau kita mati sekejap lagi, itu pun Allah yang atur. Bukankah sangat baiknya hidup kita ini yang mengaturnya adalah Allah?
Atau fikirmu bahawa kamu sendiri dapat mengaturkan hidupmu dengan cara yang kamu sendiri mahu? Urusan kebahagianmu kamu uruskan sepenuhnya, tanpa cahaya petunjuk daripada Allah. Begitukah yang kamu mahu?
Jika kamu menjawab tidak, maka kembalikanlah keyakinanmu. Tuhan tidak mengujimu dengan sia-sia. Bahkan dia merancang untuk kamu kebaikan yang tidak dapat kamu bayangkan.
Pernah suatu hari Saiyidina Umar datang menghadap nabi dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu apabila dia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan, dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.
Lalu Rasulullah saw. bersabda: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Para sahabat menjawab: Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya.
Adik, ummi sayangkan kamu pun tidak sampai 0.001 peratus daripada Tuhan sayangkan kamu!

Nota kaki :
>> Hurmmmmmm... yer sebab itu, setiap kali diuji, aku lebih banyak berdiam diri.... =)


ENJOY READING MY STORY !! :)

Jangan Pandang Kamera !!!

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Ahah... sekali lagik ler kite mengejoinkan diri di dalam contest. Sebab join ?? Ta de menda motip. Saje2 nak join sebab rasenya ade gambar yang tak pandang kamera yang gempak !! Bahahaha... Sowy ya, terperasan tahap cipanzi lak. Yer lar, b4 neyh da terbiasa letak gambar letak pandang kamera, sengih2 macam kerang busuk... Then, now nak try gak letak tak pandang kamera.


Syarat2 penyertaan contest ini adalah :

1. Kena jadi follower belog ini. Must be okeh !! Hehehe...

2. Buat entry dengan tajuk ini ---> Jangan Pandang Kamera !! ( hahahak...done )

3. Pilih 1 gambar yang langsung tak pandang kamera. Jeling2 ker, intai2 ker... NO !! Okeh...so, gambar den ade lar ineyh 












~ Ta de sape pown yang pandang kamera kecuali iecha. Hehehe... Gambar kandid mase majlis kahwin my kazen, Ameer Akmal. Dan ++ full mark untuk my kazen gak, Daus, sebab gambar neyh, gambar candid yang selalu dipuji. Aku pown ta taw bile dea amik gambar neyh ~
4. Kalau boleh letak banner contest dekat sidebar belog anda. ( Ahah, akan ade !! )

5. Tag kan 3 orang blogger dan pastikan mereka tahu. Dan untuk itu, saya akan mentag 3 orang rakan blogger yang baru saya kenal =)


Ahahak...terlebeh suda...

6. Tinggalkan link contest ini di belog tuan punye contest. Sile2 !!

Nota kaki :
>> Tak nak da menanam harapan macam yang sebelum neyh. bahahah... Jap g kalah kan ?? Kecewa lar gela... Cit...hehehehe...


ENJOY READING MY STORY !! :)

A million thanks.

www.tips-fb.com

Salamualaik....

Macam mane lagi saya mampu ucapkan,
kepada Team NZBZ untuk kerjasama,
Untuk peluang,
Untuk segalanya,
Yang membuka langkah saya,
Sebagai seorang manusia,
Anak,
dan Pelajar,
Menjadi lagi ke hadapan.

Terima kasih
Syukriya,
Xie Xie,
감사합니다
dan segalanya ucapan terima kasih


Director of NZBZ ~ Cik Noly & Cik Z ( Seriyesly cakap, kombinasi deowang berdua, adalah kombinasi terbaik )
Admin yang sangat cekap, kelakar & super happening ~ Adik Ina
Ade gaya director tak ? Hahaha...
Nota kaki :
>> Sebenarnya entry neyh da lame gile terpendam di dalam draft, ade sebab kenape diperam ? Sebab pertama, tunggu pindah ofis baru. Kedua, tunggu kowang launch produk baru. So, bermulanya produk baru, bermula lar satu semangat baru untuk team NZBZ. Tahniah, tahniah, tahniah dan tahniah. Setinggi2 terima kasih daripada saya kerana sudi memberi peluang pekerjaan walaupun hanya sebagai seorang part timer. Terima kasih yang sangat2 dan supaya NZBZ terus maju ke hadapan. =)


ENJOY READING MY STORY !! :)

3/7/11

Jangan Pernah Berubah

www.tips-fb.com

Salamualaik...



Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan

Reff:[*]
Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

[**]
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Back to Reff:[*] , [**]
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya

Nota kaki :
>> Jangan pernah berubah =)




ENJOY READING MY STORY !! :)

3/6/11

Don`t Be Sad

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Rase seronok,
Rase tenang,
Bila kita dapat,
Hadirkan ketawa dan senyuman,
Dari orang yang sedang sedih. =)


Nota kaki :
>> Walau ape pown situasi dan emosi saya, bila sahabat sedang bersedih, saya akan cuba menggembirakan dea.


ENJOY READING MY STORY !! :)

3/5/11

Stairway To Heaven

www.tips-fb.com

Salamualaik....

Hey hai kawan2...weeeeeiiiihhhhuuu ~ Recently melayan Stairway To Heaven. Episod 8. Ahah, cerita suda lapuk bertahan2... Hahahakz...Suke aty mak lar nok... Mata mak yang nengok, bukan mata kowang. Hehehe... Back to korean drama. Rituh tengok My Boyfriend Is Type B.


Tapi cite neyh a bit bored lar... Ta de tahap best sesangat... Okeh lar. Pas tue, mase lepak cuti sem hari tue, layan cite kat NTV 7 kan. Tue yang tertengok cite Stairway To Heaven neyh. B4 neyh ade yang kata best, tapi kualiti cite same jer dengan Winter Sonata dan Autumn In My Heart. Bosan sebab sedih sangat owang kata. Masa kat TV pown, dapat tengok 4 episod pertama jer, then keje. Ape lagi, bila da masuk opis, sementelah ade lak wi-fi yang laju, gigih lar kan mendownload. Ade 20 episod okeh ?? Dan sekarang baru episod 8. Pheeeeewww...meleleh wa cakap lu. Dea punye episod pertama pown da sadis apetah lagi yang lain.


Nota kaki :
>> Betta aku tengok sekarang kan daripada aku tengok time da dekat final exam. Bahaha... Hurmmm sangat sedih melihat watak utama Soong-Jo Oppa ngan Jungsuh neyh. Terpisah sebab sifat dengki manusia. Yang lelaki tue gela lar derita sebab bajet awek dea yang dari kecik tue da mati, tapi tetibe ade lak jumpe dengan owang yang muke sama. Japg yang pompuan lak, da lar kene langgar dengan adik beradik tiri pas tue hilang ingatan lak tue. Wuwuwuwu~  Sungguh lar sedih....
>> Cinta itu adalah sesuatu yang akan kembali... =)


ENJOY READING MY STORY !! :)

3/4/11

Mari Riadah dan Jalan2... =)

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Hey hai peeps...A week on examination rituh, aku dan adik - adik di British telah berbincang seadanya tentang percutian. Yer lar, deowang sume kan da last semester kat cneyh. Aku ?? Eh, aku bukan repeat paper okeh, aku punye kredit hours masa diploma ta lepas taw untuk amik degree. Lepas dalam 21 hours jer. (T_T)... Okeh2, lupekan itu cerita sedih. Pada awalnya, kteowang plan nak p Bukit Tinggi dan Air Terjun Lentang, tapi atas2 sebab yang tak diingini, setelah hasil perbincangan kedua, ke tempat semalam lar kite ?? Tempat semalam ?? Mane2 ?? Ahah... mari baca entry ini.

Tadaaaa... pat2 sape nak mengetuai rombongan cik kiah berjalan - jalan2.. Hehehe...
Terujanye dea !! Hehehe...yer2 jap g kite masuk dalam ae ??
Yer, saya telah kembali ke Shah Alam. Ke tempat terakhir yang saya tinggalkan masa diploma. Semester last di CIAST, aku habiskan pedagogi sepenuhnya di Bukit Cahaya Shah Alam. Oh, untuk yang jarang dengar, Bukit Cahaya neyh, sama lar dengan Bukit Cerakah okeh. Sungguh, Shah Alam banyak kesannya pada aku. Dari cerita gembira sampai lar cerita sedih se sedih2nya. Wuwuwu ~ Dan kembali setelah 3 tahun meninggalkan Shah Alam bersama mereka yang lain. Mereka yang sama, menceriakan saya, membuat saya lebih gela dari mereka yang sebelum neyh, mereka lar... =). Dan mereka neyh lar yang membuatkan rindu saya sedikit terubat tentang kenangan di Shah Alam.

Anyway masuk ke Bukit Cerakah neyh ta de lar mahal sangat. Kalau nak bawak kete masuk dalam, sila kuarkan wang kertas note 1 ringgit. Dan untuk masuk, RM 3 sajew. Disebabkan kawasan Bukit Cerakah neyh besar, ade jugak disediakan perkhidmatan bas, tapi disebabkan terlalu teruja nak naik basikal, ilang cerita nak amik taw pasal bas. Hahahahak... Ape yang menarik kat cneyh ? Entah lar ae, anyway ade umah 4 musim tapi masa kteowang sampai umah 4 musim tue ta leyh masuk sebab under construction. Nak buat perubahan musim katanya. So, beriadah menaiki basikal jer lar sepanjang hari. Okeh lar kan. Jimat pown jimat. Pegi tempat mana2 dengan owang yang kita sayang @ kita suke, tempat bosan pown akan jadik okeh. Believe me !! So, just enjoy gambar2 dibawah =)









Tamat !! Ade g gambau laen nak letak, tapi maleh nak edit. Bahahaha... So, itu ade lar gambar terbaik yang sangat2 disukai. Hik3... Gambar lain, mungkin akan diletakkan di dalam blog budak chat ineyh.

Nota kaki :
>> Dimana saya berada, sesiapa yang pernah singgah di hati saya, memberi senyuman dan gelak ketawa bercampur dengan tangisan dengan saya, akan tetap kenang sampai bila. Macam tue jugak dengan kamu semua yang bersama dengan saya semalam. Walau selangkah mana saya pergi jauh meninggalkan kamu semua, kamu tetap kenangan terindah dalam kehidupan saya. Friendship 4 eva. 


ENJOY READING MY STORY !! :)

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!