9/10/12

Majlis Cukur Jambul Fawwaz Iskandar

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Dua minggu berturut - turut ni memang full house punye invitation open house. Gembira, gembira jugak tapi bila fikir jalan yang super duper jammed, berfikir 2 3 kali jugak nak keluar. Tapi, untuk invitation Majlis Cukur Jambul my bambam Fawwaz Iskandar nie sebenarnya dari naik cuti hari tue, aku dapat. Biasa la, dah kalau mak pergi takkan la anak - anak dia tak ikut kan ?? Hahaha... Lagi satu, kalau dari rumah aicik, susah sikit aku nak menolak sebab ada 2 orang kesayangan termasuk Fawwaz yang terbaru ni. :)

Kenapa aku sayang sangat dekat kesayangan aku ni, sebabnya si kakak, Na O Mei tue sangat petah bercakap. Dalm 3 tahun rasanya umur dia. Dia nie bajet sikit orangnya, kalau dia xnak salam orang tue, beria sangat, " kakak, xnak...kakak xnak salam " sambil geleng kepala sungguh - sungguh. Ina geram sangat dekat dia. Hahaha... Adik dia pulak, si Aiman. Macam biaselah our handsome hero. Dala comel, hensem lak tue. Tapi masalah dak Aiman nie, dia memilih orang sikit. Mama dia kata, kecik2 da ade ciri playboy sebab kalau perempuan cantik hamik dia, dia xtolak pun. >.<...kena bendung proses pembesaran budak kenit nie. Anyway, sebulan sekali memang akan ada benda kebetulan yang akan buat kami jumpe derang. Kalau tak mak nak datang tengok Aicik, Aicik akan datang rumah mak.

Mak dengan kakak dah turun KL hari sabtu tue lagi, walaupun lewat biasalah mak nak pegi melawat pak cik dia. Mule - mule, aku blur gile. Sejak bile pulak mak ada pak cik dekat KL, rupenya maksud along, mak nak g MYDIN Jalan TAR. Hahaha....Oyeah, itu yang benar. Kiteorang tak tahu apa yang mak addicted sangat dengan MYDIN. Sebab kalau bawak g Kuantan pun, MYDIN memang antara list tempat yang mak nak pergi, cuma kalau tak jadi pergi, mesti ada jer yang driver2 mak tue kelentong. Penat la, ape la. :). Anyway disebabkan mak sampai malam sabtu tue, kebetulan Jalan TAR cbuk dengan pasar malam dan confirm la aku malas nak meredah jammed, aku ajak la mak pegi MYDIN Kepong. Memang la kena memusing jauh sikit, tapi same jer timingnye antara redah jammed atau ke Kepong terus. Balik dari MYDIN bawak mak dan kakak makan burger bakar dengan Wangsa Maju. Nanti aku update pasal burger bakar. :)

So, esoknya, kiteorang gerak g umah aicik dalam pukul 11 lebih. Angah and husband gerak dari Temerloh, so memang dah deal along akan amik derang dekat Petronas Kepong kalau derang dah sampai. Lama jugak kiteorang dekat umah aicik, sampai kul 3 kiteorang blah and pergi open house rumah saudara mak dekat Taman Melawati. Hari tue, memang full tank gila der. Aku ngan along dah tak boleh nak cakap ape da, cakap dah kenyang, dah kenyang, tapi isi lagi. Nasib baik hari sabtu, masing - masing rehatkan perut dari dipenuhi apa2. Makan memang serupa 2 hari kelaparan. Hahahaha... Nasib baik raya sebulan jer, kalau raya setahun, xtaw la deme nak kabo mende. Ngeahaha... Okeh la, just enjoy all the pictures... Memang sumpah banyak dari kenduri Fawwaz sampai la ke open house. :)

Camwhore dulu dalam kereta >.<

Goodies bags and puding, makanan lain dekat luar xsempat snap sebab dah tersangkut dekat dalam.

Tadaaaa... Budak bambam nie la punye majlis :) 

Mak sungguh risaukan si Fawwaz yang kena bedung dengan mummy dia. Hahahaha... Last2, mak bukak balutan tue 

Ucu tue pelok beg aku sebab dia kata tak elok amik gambar bertiga. Motif pelok handbag aku ?? >.< 

:"), this is my feveret girl. Raya hari tue, dia sibuk mencari aku dekat kampung, last2 along callkan aku, baru dia ok. Hari yang sama dengan majlis, malam tue, orang dah balik, tiba2 ucu call. Ingatkan kenapa ? Rupenya ucu kata, cik adik yang pelat nie nak berbual dengan aku. Haish. :") 

Mummy si Dedek Aidil & Mummy si bambam Fawwaz :) 

1st time datang umah Aicik, tak de gambar dengan Aiman. Sib bek along tolong amekkan dekat luar. Itu angah ain, mama si comel dua orang nie. Sebaya aku ok. Anak da dua. Aku ?? Hahaha... Banyak jugak apa, anak angkat 4 orang, anak kesayangan 3 orang. See, lebih baik tak payah kahwin. Alalalalala ~

Budak oren tue anak aku jugak. Hahah... Tue lagi la kesayangan yang sangat2, semenjak dari merah, walaupun tak full time, tapi aku antara orang yang berjaga menjaga dia. My Dedek !! 

Rambut botak jadik lagi gangster budak Dedek nie. >.< 

Half dari kesayangan aku. :") 

Fawwaz nampak lagi bambam dengan mak long dan cik eiqa nye yang bambam jugak >.< 

 Dari start majlis sampai habis majlis, dak kenit nie tdo jer keje. Mummy dia kata, malam sebelum tue, dia tdo kul 5.30 temankan mummy buat puding. Tue yang keje tdo jer tue. :))

Motif gambar angah dekat tetengah ?? Hahaha... " Nape la budak fawwaz nie semangat sangat ? " - Kata angah di dalam hati. Gambar kiri kanan tue sila abaikan, tue namenye gila kamera.. >.< 

Sepanjang majlis, si baju putih itu babah Fawwaz :) 

I <3 this pic tooooo much. Kalau korang jumpe si bambam nie, confirm korang pun tak berhenti cium dia, sebab dia sangat sangat TEMBAM yang tahap melampau punye tembam.  

Mak :") 

Last pic, ciuman kasih sayang dari Auntie Lely. Semoga besar nanti menjadi anak yang baik & soleh dan berbakti kepada mummy n babah yer sayang. I <3 U so much.

P/S : Oh, gambar open house akan diupdate di next entry. Nak compilekan all pictures. :) Eh, lagi satu. Kecintaan saya pada anak - anak kecil bukan dibuat untuk menarik perhatian / menarik jiwa / hati sesiapa yer. This is the real me. Siapa yang follow blog nie dari zaman dedulu dan kenal saya in personally, orang tue mesti sangat tahu yang saya sangat - sangat addicted budak kecik. Bukan addicted saje yer, jaga makan pakai, basuh berak pun saya buat. Jahat taw mulut2 jahat nie. Coi !! :)

ENJOY READING MY STORY !! :)

9/7/12

OST 29 Februari

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Bersambung pulak dengan entry 29 Februari baru nie, so, ini original soundtrack filem itu. Masa mula - mula aku dengar lagu Seperti Dulu by Forteen aku xrase seronok sangat, sebab lagu dia lembap gila. Tapi bila dah tengok filem dia, semua lagu memang masuk dalam emosi percintaan, perpisahan dan keperitan yang Budi lalu. Tapi dalam filem, all the soundtrack dinyanyikan oleh Remy Ishak. Not bad, sore dia memang ok la. Ala, lagipun Remy kan pernah join teater kan ?

Kelip - Kelip by Remy Ishak

Seperti Dulu - Forteen
Jagalah Diri - Jaclyn Victor
Hoho...tak leh ingat pasal Budi dan Lily, sebab rase tersentuh sangat - sangat. Rasa macam nak tengok kali ke dua.

ENJOY READING MY STORY !! :)

9/6/12

Raya oh Raya

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Masih lagi berada dalam bulan Syawal yang mulia. Dah 19 Syawal rasenya. Mood nak update blog baru jer sampai hari nie. Tue pun, tak merasa nak tulis panjang lebar. Mungkin sebab Syawal dan Ramadhan tahun nie aku sambut dengan macam - macam benda yang jadi dalam life kowt. Macam entry befora Raya hari tue, Aidilfitri tahun nie tak de ape yang menarik pun. Anak - anak beraya dekat uma nenek derang. Cume balik, dua hari sebelum Raya dan balik dalam 6 Syawal kowt. Akak pulak balik petang 1 Syawal, pagi 2 Syawal dah balik rumah dia.

Macam tahun sebelumnya, aku paksa mak balik Muar. Hahahah...motif paksa ?? Sebab aku memang ok dekat Muar. Sedara mara ramai, sepupu yang kena dengan otak gela nie pun ada dekat sana. Cumanya, ada satu insiden la yang terjadi masa raya kedua tue. Kereta abah boleh rosak pulak tetibe dah separuh jalan. Masa tue ok lagi sebab bajet boleh balik kampung dengan Kancil yang aku pinjam dari Pak Ngah. Tup tup, sampai rumah, abah boleh call mak tok cakap tahun nie kiteorang tak balik raya !! Ape lagi, sakan aku menangis dalam bilik, rasa macam hidup tak de erti lagi. Huhuhu... Sib baik pagi raya ketiga tue abah betulkan kereta.

Balik kampung raya tahun nie pun, tak semua adik beradik abah ada. Means ada yang dah gerak balik rumah mertua, ada yang masih di rumah mertua. Tapi tak per, sepupu kesayangan yang rapat dengan aku tetap ada. So, tak de ape pun cite menarik raya nie, cume bila balik ke KL, aku penuhi dengan jemputan open house rumah sedara dengan Along. Selebihnya, duduk dekat uma dan kerja. Hahahaha... Okeh, Raya tahun nie memang kurang best.

Tak per la, jom la tengok gambar kiteorang sepanjang syawal nie. :)










ENJOY READING MY STORY !! :)

# 29 Februari

www.tips-fb.com

Salamualaik....

Sebenarnya rasa malas gila nak hupdate, sebab tak de mood. Datang keja pon mata lebam bawah. Tapi tetibe terasa nak buat review tentang filem terbaru KRU. Niat kami da lame da  nak tengok wayang, tapi dek kerana tuntutan masa, kerja dan masalah peribadi lately nie, semua benda tue tertangguh. Sampai la, pagi selasa hari tue 4.September. 2012, aku terbaca twitter si gojes Lisa Surihani :


Terus jer tanpa lengah masa, bukak TGV punye laman web, klik2 terus beli tiket 29 Februari. Hahaha. Ok la, b4 publish gambar dengan adik beradik KRU yang jadi kegilaan Along. Meh nak kongsi sikit pasal cerita 29 Februari nie. Pada aku filem nie berbaloi - baloi untuk ditonton. Lain daripada yang lain. Edry mengangkat kisah unik Budi yang lahir pada 29. Februari. 1896. Keadaan fizikal yang terbantut akibat Budi yang dimakan usia 4 tahun sekali membuatkan masyarakat mengganggap kecacatan budi sebagai satu sumpahan.

Setiap masa, dari tahun ke tahun, fizikal Budi yang langsung tak berubah di makan usia menyebabkan Budi melalui era transformai dari Tanah Melayu dijajah British & Jepun, Malaya dan Malaysia yang bebas merdeka. Bayangkan la, akibat lahir pada tahun lompat, Budi hidup kekal muda sehingga umur 120 tahun. Masa seolah  tidak berganjak bagi Budi, membuatkan Budi selalu kehilangan orang yang tersayang. Sejak kecil, selepas kehilangan ibu & bapa semasa zaman pemerintahan Jepun, Budi diasuh di rumah bakti Salam bersama kawan baiknya Razak yang cacat penglihatan. Budi menjalani kehidupan berlatar belakangkan detik - detik Sejarah Malaysia dan mula mengenal erti percintaan dan kebahagiaan bila bertemu seorang gadis Tiong Hua, bernama Lily.

Tapi sayangnya, kisah percintaan Budi dan Lily mendapat tentangan hebat daripada keluarga Lily yang ketika tue, zaman yang masih tidak dapat menerima perkahwinan campur. Akibatnya, Lily telah lari dari rumah dan membawa diri ke Penang. Sedar tentang harta peninggalan yang ditinggalkan keluarga, Budi tekad mencari Lily di Penang. 

Okeh, itu sedikit sinopsis tentang filem nie. Keseluruhannya dari komen kami berdua :

1. 29 Februari filem yang lain dari yang lain. Best and sangat superb. Kisah percintaan Budi dan Lily aku anggap kisah cinta sepanjang zaman yang terhalang dek tentangan keluarga, tapi tetap bertahan hingga hujung nyawa.

2. Dari Magika, Edry tak pernah lari dari elemen muzikal dalam filemnya. Sekali lagi, on 29 Februari, konsep itu diteruskan lagi. Lebih menarik, mungkin nak mengikat mood kami yang melihat kerana Budi lahir pada tahun 1896, montaj permulaan 29 Februari is quite menarik. Ejaan pelakon, pengarah semua Edry follow macam cerita P. Ramlee dulu.

3. Isu yang nak disampaikan cuma tentang kehidupan Budi, tetapi elemen latar belakang dan plot cerita digarap Edry dengan baik. Kita dibawa pada zaman pemerintahan British, tali barut Jepun, zaman pemerintahan Jepun, peristiwa Merdeka, zaman kegilangan R. Azmi, peristiwa berdarah 13 Mei, zaman rock kapak, kereta Proton Saga yang mula - mula dulu sehinggalah tahun 2012. Keistimewaan yang ada pada Budi membawa Budi melalui semua zaman dengan style yang berbeza - beza.

4. Pelakon yang hebat. Tak de siapa boleh mempertikaikan kemampuan lakonan Remy Ishak kan. Pelakon cina yang melakonkan watak Jojo tue pown, bagus lakonannya. Fluent gila cakap melayu. And lakonan Izzue Islam as Razak pun sangat bagus. Percintaan antara Budi dan Lily / Persahabatan antara Budi dan Razak adalah satu element penting untuk ditonton.

5. Edry adalah seorang pengarah muda yang akan came out dengan idea2 yang brilliant. Bila kiteorang tanya macam mana boleh ada idea buat filem macam nie, ini jawapannya,

" Ntah, saya pun tak tahu. Saya ibaratkan hasilkan filem ni macam memasak. Buat jer dan tengok hasilnya "

Kalau macam tue lah jawapan Edry, apa yang kami boleh katakan memang dia hebat. :) Doanya harap Edry bertahan memegang anugerah pengarah terbaik tahun nie.

Ranking : 5 over 5. 

Kecik jer ruangan untuk amik gambar dan bermesra dengan artis :)
Edry yang peramah :)
Peminat setia bersama abang - abangnya. Kiteorang xpuas hati gela sebab Edry boleh kenal dia !!! Jammed >.<
Baju biru is Izzue ( Forteen ) a.k.a Ajak. >.<, rase macam ade gmbo ngan Norman, tapi xtaw ke mane  gmbonye.
Lisa Surihani adalah orang yang xberlakon pun dalam filem nie TAPI orang serbu dia dari pelakon okeh. Hahah...xde la kenit mane pun, same tinggi je dengan aku n dia & yusry are so romantic couple. Comel okeh :)

ENJOY READING MY STORY !! :)

8/15/12

Keluarga Iskandar - Family Bounding yang Hebat :)

www.tips-fb.com

Salamualaik...


Nak tanya dulu, ada sesiapa tak yang tak pernah miss tengok cerita Keluarga Iskandar ?? Sebagai anak kelahiran Johor, for sure aku berbangga bila ada yang produce cerita macam nie. Keluarga Iskandar ni dekat Astro Prima 105, setiap selasa, pukul 10pm - 11pm. Actually, sebenarnya banyak yang menarik dalam drama series nie. Aku ketinggalan 2 episod sebenarnya sebelum aku betul - betul ikut. Itu pun, masa tue kena period pain, so baring la dekat luar depan TV, aku tak rasa pun nak ubah siaran. Yang buat aku terus melekat, sebabnya perangai mak dia. Hahahaha... Totally like my mum !!






Inilah barisan pelakon drama nie, cuma xde gambar Om dan Sal anak abang Ngah dan Kay jer. Serius cakap, banyak benda menarik yang buat korang tertarik dengan drama nie. Pada sesiapa, yang ikatan family dia memang antara each other close gila. Tak boleh kalau adik beradik tak berkumpul seminggu sekali, Keluarga Iskandar memang highly recommendation from me. Selain tue, perangai dan karakter mak dia yang kalau tak 100 % sama, may be ada sikit dengan perangai mak korang. Eh #, ini betul. Kalau tengok cerita nie, bila part mak dia membebel / caring / nasihat, memang sebijik la mak korang. Mak dia neyh brutal gile, ( may be nak menampakkan kejohoran dia ). Tapi dalam brutal tue, mak dia tetap comel.

Lagi satu, ini 1st drama yang aku tengok like pelakon berinteraksi dengan penonton. Macam ada 1 isu tue, tentang mak dia mengigau, kamera akan fokus pada 1 1 anak dia even dekat tempat lain untuk cerita tentang perangai mak dia. Hahahahahahaha... Macam tue jugak dengan episod yang lepas, tentang siapa yang boleh handle mak dia merajuk. So cute.

Bagi aku, pemilihan pelakon dan skrip adalah yang paling terbaik untuk drama kekeluargaan macam nie. Semua pelakon memang bersahaja. Keluarga Iskandar bukan macam drama biasa, tapi macam ada 1 kamera yang letak dekat uma untuk monitoring kehidupan diorang dan kalau tak puas hati, cakap depan kamera. Hahahaha. And lagi satu, thanks sebab berjaya membuatkan Susan Lancaster berlakon semula. :)

ENJOY READING MY STORY !! :)

Ramadhan hampir pergi, Ingatan terus abadi untuk mereka yang tiada lagi.

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Bila kau rindu dia, 
Tapi tak dapat dengar suara, 

Tapi tak dapat bergurau mesra,

Tapi tak dapat berlawan bicara,
Tapi tak dapat lagi bersua muka.

Kau hanya ada,

Kenangan bersama,
Gambar yang lepas sewaktu Hari Raya,
Gambar yang lepas sewaktu bergembira. 

Masih jelas gambaran si dia di saat hampir tiada,

Masih jelas tangan-tangan yang mengesat air mata, 
Masih jelas berita sedih itu bergema,
Masih jelas sewaktu kau, aku dan mereka bersama. 

Kau merenung jauh, kosong. 

Kau rindu dia separuh nyawa. 
Kalaulah dapat putar semula..
Kalaulah dapat luang lebih masa bersama..
Kalaulah dapat berada di sisi sewaktu nafas terakhir direntapnya. 

Abang, ayah, ibu, adik, kakak, sahabat, suami, isteri, anak, jantung hati.

Bersemadilah engkau di sana.
Di dalam hati yang dipaksa rela.
Semoga Ramadhan meringankan bebannya.
Dan semoga Syawal mempertemukan kita semula dalam Fatihah yang dibaca.


**Buat semua yang pergi meninggalkan kita di Ramadhan Al Mubarak ini, semoga roh mereka tenang di sana. Al Fatihah.

Dalam kemeriahan menyambut Syawal, kita sebenarnya hampir terlupa pada mereka yang telah tiada. Kami menyambut Syawal dengan kesederhanaan tahun nie, baik dari aku, family aku sendiri atau family angkat di Pahang yang aku dah anggap umpama keluarga sendiri. Di belah pihak family aku, tahun nie adik beradik yang 2 orang tue tak beraya dekat rumah, masing - masing beraya di rumah mertua. Jadi, keterujaan menyambut raya tue tak berapa meriah. Yer la, penyeri dekat rumah semua tak de. Sedih jugak sebenarnya, adik beradik 3 orang, bila masing - masing tak de....hmmmmm...So, as usual, rasanya pagi raya tue ke rumah nenek, petang raya seterusnya sampai raya ke 3 / 4, beraya dekat kampung.

Hmmmm... Bagi family angkat di Pahang, totally tahun nie tahun yang berbeza dari tahun sebelumnya. Benarkan aku bertafakur sekejap untuk menulis tentang ini. Hmmmmm... Bulan 2 hari tue, abah pergi meninggalkan kami. Diam tak diam dah hampir 6 bulan abah pergi. Aku taw darah sedaging, adik beradik di belah sana pasti merasa sedih. Yer la, abah adalah orang yang paling rapat dengan mereka. Mak ape tah lagi. Pada aku, mak memang hebat. Dia tak ambil masa yang lama untuk recover dari kesedihan kehilangan abah. Seminggu, 2 minggu mak tak sentuh nasi. Minum pun setakat milo. Selebihnya mak makan roti. Puas kami pujuk. Tahu, bukan mudah. Hilang orang yang kita sayang, teman hidup, walaupun kadang - kadang jadi teman bertekak, tapi cinta itu tetap ada. Manakan bisa, kita tak rasa kekurangan. Tapi, kami sebenarnya kagum, 3 minggu selepas tue, mak semakin pulih, cuma nak bergurau kami masih tak berani.

Kehilangan abah memang terasa. Walaupun sekadar anak angkat, aku boleh dikira rapat jugak dengan arwah abah. :").. Paling ingat sekali, abah suka marah kalau aku ratah ikan masin / ikan pekasam saja2, tak makan dengan nasi. Abah kata nanti muda - muda kena darah tinggi, darah pekat. Abah memang selalu membebel pasal pemakanan aku. :"). Dan yang paling aku tak boleh lupa, hari jumaat, 2 hari sebelum abah meninggal, kami ada balik ke kampung sebab along dan abah ada cabut undi kontraktor. Petang tue, abah tepuk peha suruh belikan air. Abah haus katanya. Balik tue kami berbual, ingat lagi dekat meja makan, abah berbual macam biasa, cuma bezanya, dia kerap termenung. Masa kami makan, dia tengok jer aku dan along. Abah mintak aku tolong along. Abah pernah cakap masa jaga dia kat IJN, " abah tak harap kawan dia yang lain, selagi awak kawan dengan dia tolong la dia ". Hari tue, abah beria suruh aku bawak diploma dekat PKK Kuantan untuk dapatkan lesen elektrik. Hmmmm... Dan lepas makan tue, kami semua masuk dalam bilik.

Tiba - tiba dengar suara abah memanggil dekat luar, abah kata kenapa tak de orang langsung dekat luar nie. Kami keluar, abah sesak dada katanya. Along urutkan abah, dan tangan kiri dia, letak dekat peha aku, " urutkan tangan abah nie, laily ". Kami mengurut abah macam biasa, Along dibelah kanan, aku di belah kiri. Itu kali terakhir aku sentuh abah. Dan pukul 11 hari Isnin, kami dikejutkan berita kehilangan abah. Rasa macam perit nak dengar. Yes, memang sekadar anak angkat. Tapi aku tetap ada momen bersama abah. Sampai sekarang, masih basah ingatan jaga abah di IJN, temankan abah pegi kolam air panas, cari seluar bundle. Lagi 2 kalau abah datang KL, along keje, abah akan cakap ngan Ika, " Kakak, call kak laily suruh balik. Bawak abah jalan - jalan. Abah bosan ". :")...Allah, rindunya. 

Untuk abah, terima kasih sebab sudi jadikan saya anak angkat abah. Terima kasih sebab percayakan saya untuk kawan dengan anak abah. Terima kasih. Sampai sekarang, kalau ada kesempatan, saya balik ke Pahang, pusara abah jadi tempat wajib yang akan saya kunjungi. Terima kasih jugak pada mak, sebab kalau tak de angah, mak percayakan saya untuk buat tahlil di pusara abah. Semoga abah tenang disana. Luhur keperibadian abah, buat abah disenangi orang lain. Al - fatihah. :")




ENJOY READING MY STORY !! :)

8/10/12

Iklan Raya BERNAS yang menyentuh hati

www.tips-fb.com

Salamualaik....


Dalam banyak iklan raya before neyh, mungkin tak dapat menandingi Iklan Raya Bernas neyh. Tahun sebelum neyh bukan tak de iklan raya yang menyentuh perasaan, tapi sejujurnya, Iklan Raya neyh berjaya membuat kita sebak dan mungkin ada yang menangis. Kanak - kanak istimewa tue buat aku terfikir, betapa bersyukur nya kita yang dianugerahi segala - galanya yang sempurna dari ALLAH, mungkin bukan dari segi kekayaan dan kewangan. Tapi dari segi fizikal dan keluarga. Yang buat aku sedih, mereka berdua tetap tersenyum walaupun banyak halangan nak pulang ke kampung. Untuk mereka diluar sana, hargailah kehidupan yang ada. Bersyukur lah dengan segala nya.  :"). Thanks BERNAS....
ENJOY READING MY STORY !! :)

8/3/12

Keluargaku Syurgaku 2012

www.tips-fb.com

Salamualaik…

Maaflah setelah entry ini lama terperap, baru hari nie rajin menghupdate dengan jayanya. Mintak mahap banyak2. 3/6/2012 hari tue Alhamdulillah berlangsung dengan jayanya sekali lagi Family Day Haji Tugiman untuk kali yang ke – 3. Seronok memang kepalang la kan ?? Sebabnya,

1 : Ini memang acara tahunan family besar kami. Kenapa 2 tahun sekali ?? Sebab kami saje nak bagi masa Pengerusi dan AJK settlekan semuanya semoga berjalan dengan lancar. Sebab kalau setahun sekali, confirm2 lah macam tunggang langgang sikit, sebab setahun tue macam tempoh singkat sangat nak handle penginapan, goodies, nak bentuk AJK baru… Kan ?? So, itu sebab family kiteorang decide 2 tahun sekali.

2 : Ini la masanya nak berkumpul satu family besar yang merangkumi 13 orang pak cik mak cik termasuk abah saya. Sepupu sepapat, kupu – kupu rapat – rapat, anak – anak sedara, cucu cicit, oyang seme. Kiteorang susah sangat nak kumpul semua. Kalau contact pong, masing2 dekat FB jer. Tapi Alhamdulillah, mungkin disebabkan ikatan kekeluargaan kiteorang neyh agak kuat, jadik even dah lame xjumpe, memang bergegar la chalet itu. Hik3.

Cume tue la, setiap tahun dari Family Day yang pertama memang selalu xcukup korum, ade mereka yang bukan sengaja xnak datang, tapi kekangan masa. Kekangan keadaan. Ape yang seronok adalah kiteorang datang dari Family JAWA ( yes, saya adalah anak mix jawa + banjar…i`m not pure malay actually… kang aku cite salasilah keluarga aku kang, ngantuk pulak korang baca…ehehe ) yang sangat2 besar. Abah aku adalah abang long yang mempunyai 12 orang adik dekat bawahnya. Dan ++ seronok, adik2 ipar abah yang merangkap pak cik mak cik aku, ramainya datang daripada negeri yang berbeza2 dan super sporting. Jadik, itulah sebabnya kami generasi yang kedua dan sampai cicit yang lahir neyh datang dengan pakej yang super duper sporting jugak.

2 la mudahnya, tak susah kalau orang luar nak masuk dalam family kami. 2 sebab jugak la, family kiteorang disenangi orang. Kalau raya xpayah cakapla, keluarga saja dah penuh umah, tak masuk lagi sedara mara yang sama banyak. 2 sebab mak pernah cakap, kalau buat kenduri kawen, sedara mara saja da macam satu batillion. Ehehehe…

Anyway, mule2 acara family day neyh dibuat sekadar suke2, tapi bile 1st family day berlangsung dengan jayanya, planning untuk buat family day neyh pown dipersetujui untuk dibuat sebagai acara tahunan. So, decide untuk buat 2 tahun sekali dengan pengerusi yang berbeza2. Yer la, bile semua dapat rasa jadi pengerusi, best jugak kan ?? Pengisian berbeza – beza. Itu yang best. So, untuk tahun neyh, semua decide untuk pilih Cik Muner jadi pengerusi.

Pagi sabtu tue, just family kami jer yang gerak dari Johor. Gerak dalam pukul 11 dan maybe dengan keadaan cuti sekolah, highway jadi macam jalan biasa pulak. Banyak gela kereta, nasib baik traffic lancar ( ahaha, macam pegawai trafik kan ?? ), cume masa exit Simpang Ampat tue, jammed kejap.

Happening memang happening sebab sampai2 dah banyak lauk, pilih jer, pas tue makan. Hahaha… Makan adalah sesuatu yang dabel menyeronokkan lagi2 bile berkumpul dengan orang yang triple menyeronokkan. Hehehe…  Penginapan pown tak macam tahun sebelum neyh, kali neyh setiap family dapat 1 dorm / bilik / chalet. Xla bersesak2 macam sebelum neyh. Sebenarnya betul jugak, family kami bsar, so, kalau nak tempah apartmen, kene yang super besar macam umah atok tue. Xleh kecik2, sesak2…Jadik xselesa. So, tahun neyh penginapan adalah taraf 4 bintang kesemuanya. Depan laut pulak tue, cumanya kalau mintak suggestion, aku tak cadang sangat lah dekat sini sebab air agak kotor. Tak bersih, kalau nak pegi, tanjung bidara okeh kot.




So, faham jer la kalau dah berkumpul kan ? Riuh rendah memang tak terkira. Malam tue pulak kiteorang ada game. Tahun nie tema JAWA. Jadik baik dari segi game, pakaian, memang kena jawa. Ada mak cik dan pak cik yang super sporting tue memang berpakaian beragam la deorang. Family aku ?? Hahaha… Tidak ler. Tak de masa, lagi pun masa tue aku sibuk dengan FYP. Tak ada masa nak fikirkan pakaian beragam nie. Game ?? Sebenarnya game biasa jer yang dianjurkan dua beradik, Adam & Aida tue. Tapi dah temanya jawa, hahaha…memang lawak la kan. Kiteorang nie harap jer anak jawa, tapi cakap jawa sepatah haram tak tahu. Sungguh tak bagus. Katanya jawa hilang di telan zaman. Ada la sepatah dua perkataan yang faham, tapi kalau atuk speaking Jawa dengan abah, memang ternganga jer la.










Congrats to Aida n Adam sebab organize game yang best2. ehehe... Serius mengeratkan tali silaturrahim kekeluargaan. Saya tak banyak pun main game tue sebab over keletihan, running balik ke Johor dalam masa yang singkat, lepas tue kena pegi Melaka, driving manual car dengan keadaan jammed. Huhuhu...Letih noks. So, banyak duduk, gelak, melayan anak sedara dan sepupu yang kecik jer. Mak2 memang suka kalau saya ada, senang nak makan sebab bagi jer, confirm anak terjaga. Hahah... Lagi satu, saya lebih simpan tenaga untuk aktiviti pagi esoknya sebenarnya. 

Esok paginya, bangun awal seawal kul 7, abang dengan pak cik yang lain entah kemane pergi. Nie lah bahana buat family day tepi pantai, kalau dah dasar kaki pancing, tepi pantai yang confirm orang tengok tak de ikan pun boleh buat hilang gian. Okeh, aktiviti pagi tue memang super duper best dari malam tadi, sebab nie acara sukaneka. Once again, saya tak terlibat dalam sebarang penyertaan. Tahun nie banyak rest sebenarnya. Hahaha... Jadi AJK Sukaneka. Game memang best2, dari umur 4 tahun sampai ke tua bangka. Tapi rasenya game paling best adalah game bola sepak kampung yang mane, 1 group ade 12 orang lelaki. Kena main bola sepak pakai kain batik. Pas tue, lagi 1, game berpasangan, kena ikat kaki, jalan sama - sama ke depan, tapi selalu orang buat ulang alik kan, yang nie x, AJK buat kena reverse. Puas la tergolek semua orang. Hahahaha....



Konklusinya, memang seronok dapat bersama dengan keluarga. Ini serius, sometimes family adalah therapy terhebat yang memang kita kena cari bila kita tension. Lagi macam kami, one big family yang sangat close satu sama lain. Setiap tahun, ahli keluarga bertambah. Rasa makin seronok, tue sebab bila raya, 1st raya pulak tue, kalau mak / abah delay balik raya ke kampung, saya akan marah. Before tamatkan, nie nak bagi tunjuk gambar my big family :)



ENJOY READING MY STORY !! :)

6/19/12

Selidik dulu apa yang anda dengar

www.tips-fb.com

Salamualaik....


“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].


:)

ENJOY READING MY STORY !! :)

6/12/12

Mak Oh Mak !!

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Quote neyh jumpe dekat facebook sebenarnya..shared dari Leypark [ Dot ] Com punye facebook...Tapi rasa sangat menarik untuk dikongsi.... :)

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

Nota kaki :
# Kasihnya ibu sampai ke syurga, Kasihnya ayah sepanjang masa... :"(

ENJOY READING MY STORY !! :)

6/10/12

Masterchef Selebriti Malaysia...Pilihan saya Karl Shafek & Dr. Fazley !!

www.tips-fb.com

Salamualaik...

:-)... weee~ sebenarnya cite pasal Cameron Highlands tak habes lagi. Pown ade cite pasal Family Day. Tapi tak tahu nape, lebih tertarik nak menaip pasal 2 orang lelaki ini. Mungkin sebab aku dah gile dengan Masterchef Selebriti Malaysia nie kowt. Bahahaha... Okeh2, terus ke titik itu ( straight to the point ), dalam ramai yang masuk Masterchef neyh, Azwan Ali, Louisa Chong & Raja Azmi memang out of my favourite list. Sebab derang neyh banyak sangat drama. Huhu... Tapi kalau tanpa derang pong, x meriah pulak kan Masterchef neyh. Hehehe... 

Okeh2, back to story. Mesti korang ade hot spot sendirik kan ? So, my hot spot dalam Masterchef neyh ade 2 jer. 


1) Karl Shafek Ibrahim.

Nape minat Karl ? 
- Anyway dari dulu lagi memang minat gela dekat dia, sebabnya ...... hahaha...sebab dia orang Pekan !! Saya memang peminat setia orang2 Pekan setakat neyh, ini orang Pekan kedua aku minat selepas Fazura. Orang Pekan memang good looking kan ??
- Dalam dapur masterchef, walaupun dia so so...tapi dia selalu deliver ape yang chef nak. Anyway, aku kagum mase dia masak ayam ungkep rituh, wau....terernye dia ubah ayam tue. Sebabnya, ayam ungkep tue masakan jawa sebenarnya.
- Suara dia sedap !! Hahaha...apekah ?? Yes, dari dulu tengok dia mengacara dengan muka yang xde la berapa nak encem, tapi dia sangat sweet. Dia jugak ade suara yang best, may b sebab tue dia jadik pengacara kowt. Ehehehe...

( Alasan tak munasabah kan ? Lantak.... )


2) Dato` Dr. Fazley.

Nape minat Dr. Fazley ?
- Sesiapa yang kata, Dr. Fazley nie tak pandai masak memang buta la kan ? ( wah,kasar sangat kan kau... ) Sebabnya mudah, sepanjang Masterchef neyh berlangsung, rase2 nya Dr. Fazley yang satu - satunya jarang gagal dalam deliver ape yang chef nak.
- Kalau yer pown, dia pernah masuk elimination masa last week, itu bukan sebab dia gagal masak, tapi sebab cabaran kumpulan, kan ?? Kalau abah aku pown, mustahil dia boleh teka rempah macam mane Dr. Fazley teka hari tue. Betul tak ? Betul tak ?
- Dr. Fazley sangat la +ve, sesuai la dengan gelaran pakar motivasi. Itu sebab mungkin, aku minat kat dia. Dia tak pernah kata tidak, apa yang orang kata tak boleh, dia still kata boleh. Kata dia, kalau ada rezeki, mesti boleh menang. Hoyeah !!


Nota kaki :
Mengharapkan Dr. Fazley menang, sebab mak kata, kalau ikut tengok kehebatan dekat dapur, Dr. Fazley nampak tak kekok, sama macam Juliza Adzlizan. Tapi aku tak minat jugak Juliza Adzlizan, jadi bagi support dekat Dr. Fazley.. Hoyeah !!... Karl Shafek pulak, sudikah dikau jadi pakwe saya dalam mimpi...bahahahaha...

ENJOY READING MY STORY !! :)

6/8/12

Cameron Highlands - Part 1

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Anyway sebenarnya cadangan nak ke Cameron Highlands neyh dah lama, dari setahun ke setahun. Tapi tak pergi jugak. Tekanan perasaan betul, tapi bukan sebab apa pon, cuma masing - masing sibuk. Busy . Lagi - lagi arwah abah baru jer pergi tinggalkan kami bulan 3 hari tue, jadik tak manis kiranya kalau nak mengajak mak dan adik beradik lain. So, dalam istilah sambil menyelam minum air berteguk - teguk, dalam awal bulan Mei rituh, hamba pong ikut kejap along p Cameron atas hal - hal tertentu. Hahaha... Memula tak de pong cadang nak p Cameron, tapi disebabkan satu jalan, jadik singgahla disana kekdahnya. :')..Tercapai la hasrat nak jejakkan kaki dekat Cameron, sebab da nak dekat 26 tahun genap hidup dekat dunia neyh, tak pernah pon pergi Cameron.


Masa exit Tapah, cuaca agak panas. Memang tak tahan sangat, dah la lately neyh pantang panas sikit, confirm migrain. Tapi dalam hati terus doa, " Jangan la pening sampai atas nanti, kalau tak terjejas la selaman minum air kali neyh...pelis pelis pelis... " Sebab ape kene doa macam tue ?? Sebab 2 tahun lepas, pernah lepas sampai Lata Iskandar, mak aih jalannya, memang xlarat la kan ?? Berpusing - pusing. Then, after 45 minit perjalanan dari exit Tapah, kami singgah kejap dekat Lata Iskandar, saje nak ringankan kepala yang dah start memusing. Singgah jer, niat di hati kalau boleh nak terjun je kan, tapi baju yang di bawak adalah sangat terhad. Jadiknya, melepak saje la dekat jambatan kecik yang dekat tengah - tengah tue kan ?


Masa kiteorang sampai tue, xde la ramai sangat orang. Ada a few keluarga jer yang tengah mandi seseronok mungkin di atas tue. Then, after tue, teruskan perjalanan ke atas. Masa untuk sampai ke atas tue around sejam la, dengan jalan yang penuh cabaran.


Tapi bila dah masuk kawasan Tanah Rata, kiteorang dah tak pasang aircond lagi dah, udara sejuk dah start masuk dalam kete...huhew...Patut la orang jatuh cinta dekat Cameron kan ?? Yer la, macam kiteorang yang datang dari KL neyh, letih dengan sesak sana sini, jammed yang memang xpayah cakap la, kalau bukan jammed, bukan KL...tempat2 macam neyh la yang kiteorang perlukan untuk release tension.


Rasanya papan tanda besar godang neyh dekat Tanah Rata, not for sure. Tapi bile jer jumpa, papan tanda neyh terus rasa seronok yang tak hengat. Akhirnya, saya jejakkan kaki jugak ke Cameron. Yang bestnya, walaupun kiteorang datang unplanned, bercuti tanpa rancangan katanya, Cameron tak sesak pown. Sebabnya, bukan cuti sekolah dan juga bukan weekend. So, memang lega sesangat. Dapat la lapangkan otak. :)

Di Cameron, uolls just ada 2 pilihan tempat yang korang boleh stay. Hotel / Apartment / Homestay xpayah nak cakap...Banyak sangat2....cuma yang sesuai / xsesuai saje dengan bajet korang tue m ?? Hari tue masa arwah abah ada, sempat jugak la duk surveying kat internet tempat mana yang murah nak stay kan... So, sapa2 yang nak survey untuk bulan madu atau family gathering, korang boleh survey dekat laman web yang bergaris ini.


Kalau tanya aku, mana yang elok antara Tanah Rata & Brinchang. Aku lebih suggest korang di Brinchang. Sebab ape ?? Mudah, Brinchang tapak pasar malam. And tempat yang menarik macam Gunung Brinchang, Kea Farm, Strawberry Park, Taman Rama - Rama semuanya around Brinchang. Kalau di Tanah Rata, korang kena amik masa perjalanan dalam 30 minit lagi untuk sampai di tempat2 diatas. Cumanya kalau weekend or cuti sekolah, kena fikir 2 3 kali lar untuk stay di Brinchang. Sememangnya akan full sebab ada pasar malam. :). Yang nak honeymoon weekend, kena stay Tanah Rata la kowt, sebab Tanah Rata lebih privacy.


Tempat pertama yang kami redah adalah BOH Tea Centre di Sungei Palas. Neyh pown antara tempat yang aku suggest dekat korang untuk pegi. Sebabnya, neyh la tempat pengambaran filem Ombak Rindu. Hehehe...Kalau nak tahu macam mana nak pegi ke sana, senang jer... Dari pekan Brinchang, korang terus jer sampai jumpe signboard kecik ke kiri, GUNUNG BRINCHANG. Kalau nak mudah, depan simpang tue ada kedai Cendawan Goreng rasanya. Okeh, anak2... Mana ntah gambar tue kalau nak buat reference... Hehehe... Tapi itu lah, jalan nak masuk ke Gunung Brinchang tue agak sempit sikit. Boleh muat satu kereta jer, kalau berselisih menggigil la kaki. Kalau anda, atau suami anda, atau wife anda, atau adik lelaki anda, atau abang anda, atau ayah anda bukan seorang yang berani, di suggestkan tak payah la naik. Sebabnya, laluan dia bukan saje sempit, tapi sebelah tue memang cerun curam nak mampus. Ketepi sikit atau tergelincir sikit tayar kereta, nescaya, jadik la Aaron Aziz yang masa dalam hospital tue. Hehehe... Anyway, bila korang dah sampai kat sana, for seriously memang sangat2 tenang. Pada yang nak berjalan atau nak menikmati keindahan ladang teh di situh, dari parking kereta boleh la jalan ke atas. Agak letih sikit la. Selalunye weekend, penduduk dekat situh cakap, parking kat atas akan ditutup dan diorang akan bukak parking kat bawah jer.


Apa yang ada dekat atas ? Kilang teh BOH. Sesiapa yang nak tahu macam mana pembuatan teh yang selalu mak pak korang minum atau korang sendiri minum dekat kedai makan tue, boleh la masuk kilang dia. Rasanya masa masuk tue, pekerja tak sampai 100 orang kot. Tak pasti berbangsa apa, tapi diorang neyh la yang bertanggungjawab dalam pemprosesan daun teh yang kaler hijau tue sampai jadi teh uncang yang korang minum.


Dekat sini, udara sangat - sangat lah fresh. Turun jer dari kereta, bau daun teh menusuk dalam hidung. Wangi, segar yang teramat. Part yang paling best sekali adalah, matahari ada, tapi panasnya tidak. Itu yang sangat best. Itu pun kata penduduk tetap dekat situh, cuaca dekat Cameron sebenarnya dah panas berbanding dahulu. Mungkin sebab banyak pembinaan, lori keluar masuk. Pencemaran udara, bunyik. Okeh, ape yang ade dalam BOH Tea Centre neyh selain kilang teh ?? Xde ape pown, tempat jual teh. Macam2 jenis teh BOH ade dekat sini, cuma kalau nak suggestion pasal harga, aku tak rase sini tempat yang ok untuk korang membeli belah KECUALI kalau ada bajet lebih la. Sebab dekat Brinchang, supermarket sebelah Hotel Pelangi lebih murah dari tempat lain. So, beli dekat situh jer. :)


Kiteorang tak lama pown dekat atas tu, tapi sempat la mengeteh sekejapan menikmati cinematography yang ALLAH bina untuk umat NYA. Pas tue, saja nak fefeeling jadi Lisa Surirumah kan. Hehehe...

Lepas itu, kitorang teruskan perjalanan ke Kea Farm. Ini pun under suggestion jugak, sebab katanya sayur - sayuran di Kea Farm lebih murah dari tempat lain. Mula - mula survey jer dulu, sebab ingatkan esok pagi nya time nak balik baru nak beli. Bukan takat nak beli sayur jer, tapi nak beli sikit souvenir. Xlah nak beli yang mahal kan, sebabnya datang pown bidan terjun, duit tak bawak banyak. Nak kuar hamik duit, jauh nau dekat Tanah Rata tue.


Oh lupe pulak, singgah kejap dekat mane eh, alamak lupe pulop name tempat neyh. Tapi tempat neyh betul2 sebelah Hotel Equatorial Park, 500m hampir dengan Kea Farm. Tengok dari jejaring jer, sebabnya kalau nak masuk dalam tue, kena beli strawberry tue paling kurang pown 1/2 kg. So, disebabkan bajet lari, memang xbeli pown. Banyak sangat 1/2 kg tue...takat nak rasa, dekat Kea Farm nanti boleh beli.


Ape yang menarik di Kea Farm ?? Sayur murah...tapi korang kena carik dekat hujung2 tue. Korang boleh dapat 12 bungkus RM 10. Ade 10 bungkus RM 10. Macam tue jugak bunga2 segar, korang kena pandai carik kedai. Pon same kena carik dekat belah - belah ujung. Dekat depan neyh banyak yang kena nego harga dia. Kalau souvenir, carik dekat kedai dalam 5 / 6 dari kanan. Kat situh, for surely memang affordable. :)

Pas tue, kiteorang singgah kejap dekat Cactus Point sebab nak beli souvenir. Masa kat Kea Farm rase tertarik pulak tengok Cactus comel lote. Tapi Along kata, kat Cactus Point lagi murah. Tup bila sampai dekat Cactus Point, ada pulak lavender !! Wah, ape lagi, beli la sepasu... Huhew !! RM 5 jer pong. So, I have my own lavender at home. Yeehhuu !!


Okeh, kami menamatkan kesingkatan ini di Cactus Point. Sumpah letih gela. Macam tak cukup kaki nak berjalan. Aku pown takat neyh jer mood nak bercerita, untuk 2nd serius, we will meet up in other entries. Tak larat dah nak bercerita. :)



ENJOY READING MY STORY !! :)

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!