8/15/12

Ramadhan hampir pergi, Ingatan terus abadi untuk mereka yang tiada lagi.

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Bila kau rindu dia, 
Tapi tak dapat dengar suara, 

Tapi tak dapat bergurau mesra,

Tapi tak dapat berlawan bicara,
Tapi tak dapat lagi bersua muka.

Kau hanya ada,

Kenangan bersama,
Gambar yang lepas sewaktu Hari Raya,
Gambar yang lepas sewaktu bergembira. 

Masih jelas gambaran si dia di saat hampir tiada,

Masih jelas tangan-tangan yang mengesat air mata, 
Masih jelas berita sedih itu bergema,
Masih jelas sewaktu kau, aku dan mereka bersama. 

Kau merenung jauh, kosong. 

Kau rindu dia separuh nyawa. 
Kalaulah dapat putar semula..
Kalaulah dapat luang lebih masa bersama..
Kalaulah dapat berada di sisi sewaktu nafas terakhir direntapnya. 

Abang, ayah, ibu, adik, kakak, sahabat, suami, isteri, anak, jantung hati.

Bersemadilah engkau di sana.
Di dalam hati yang dipaksa rela.
Semoga Ramadhan meringankan bebannya.
Dan semoga Syawal mempertemukan kita semula dalam Fatihah yang dibaca.


**Buat semua yang pergi meninggalkan kita di Ramadhan Al Mubarak ini, semoga roh mereka tenang di sana. Al Fatihah.

Dalam kemeriahan menyambut Syawal, kita sebenarnya hampir terlupa pada mereka yang telah tiada. Kami menyambut Syawal dengan kesederhanaan tahun nie, baik dari aku, family aku sendiri atau family angkat di Pahang yang aku dah anggap umpama keluarga sendiri. Di belah pihak family aku, tahun nie adik beradik yang 2 orang tue tak beraya dekat rumah, masing - masing beraya di rumah mertua. Jadi, keterujaan menyambut raya tue tak berapa meriah. Yer la, penyeri dekat rumah semua tak de. Sedih jugak sebenarnya, adik beradik 3 orang, bila masing - masing tak de....hmmmmm...So, as usual, rasanya pagi raya tue ke rumah nenek, petang raya seterusnya sampai raya ke 3 / 4, beraya dekat kampung.

Hmmmm... Bagi family angkat di Pahang, totally tahun nie tahun yang berbeza dari tahun sebelumnya. Benarkan aku bertafakur sekejap untuk menulis tentang ini. Hmmmmm... Bulan 2 hari tue, abah pergi meninggalkan kami. Diam tak diam dah hampir 6 bulan abah pergi. Aku taw darah sedaging, adik beradik di belah sana pasti merasa sedih. Yer la, abah adalah orang yang paling rapat dengan mereka. Mak ape tah lagi. Pada aku, mak memang hebat. Dia tak ambil masa yang lama untuk recover dari kesedihan kehilangan abah. Seminggu, 2 minggu mak tak sentuh nasi. Minum pun setakat milo. Selebihnya mak makan roti. Puas kami pujuk. Tahu, bukan mudah. Hilang orang yang kita sayang, teman hidup, walaupun kadang - kadang jadi teman bertekak, tapi cinta itu tetap ada. Manakan bisa, kita tak rasa kekurangan. Tapi, kami sebenarnya kagum, 3 minggu selepas tue, mak semakin pulih, cuma nak bergurau kami masih tak berani.

Kehilangan abah memang terasa. Walaupun sekadar anak angkat, aku boleh dikira rapat jugak dengan arwah abah. :").. Paling ingat sekali, abah suka marah kalau aku ratah ikan masin / ikan pekasam saja2, tak makan dengan nasi. Abah kata nanti muda - muda kena darah tinggi, darah pekat. Abah memang selalu membebel pasal pemakanan aku. :"). Dan yang paling aku tak boleh lupa, hari jumaat, 2 hari sebelum abah meninggal, kami ada balik ke kampung sebab along dan abah ada cabut undi kontraktor. Petang tue, abah tepuk peha suruh belikan air. Abah haus katanya. Balik tue kami berbual, ingat lagi dekat meja makan, abah berbual macam biasa, cuma bezanya, dia kerap termenung. Masa kami makan, dia tengok jer aku dan along. Abah mintak aku tolong along. Abah pernah cakap masa jaga dia kat IJN, " abah tak harap kawan dia yang lain, selagi awak kawan dengan dia tolong la dia ". Hari tue, abah beria suruh aku bawak diploma dekat PKK Kuantan untuk dapatkan lesen elektrik. Hmmmm... Dan lepas makan tue, kami semua masuk dalam bilik.

Tiba - tiba dengar suara abah memanggil dekat luar, abah kata kenapa tak de orang langsung dekat luar nie. Kami keluar, abah sesak dada katanya. Along urutkan abah, dan tangan kiri dia, letak dekat peha aku, " urutkan tangan abah nie, laily ". Kami mengurut abah macam biasa, Along dibelah kanan, aku di belah kiri. Itu kali terakhir aku sentuh abah. Dan pukul 11 hari Isnin, kami dikejutkan berita kehilangan abah. Rasa macam perit nak dengar. Yes, memang sekadar anak angkat. Tapi aku tetap ada momen bersama abah. Sampai sekarang, masih basah ingatan jaga abah di IJN, temankan abah pegi kolam air panas, cari seluar bundle. Lagi 2 kalau abah datang KL, along keje, abah akan cakap ngan Ika, " Kakak, call kak laily suruh balik. Bawak abah jalan - jalan. Abah bosan ". :")...Allah, rindunya. 

Untuk abah, terima kasih sebab sudi jadikan saya anak angkat abah. Terima kasih sebab percayakan saya untuk kawan dengan anak abah. Terima kasih. Sampai sekarang, kalau ada kesempatan, saya balik ke Pahang, pusara abah jadi tempat wajib yang akan saya kunjungi. Terima kasih jugak pada mak, sebab kalau tak de angah, mak percayakan saya untuk buat tahlil di pusara abah. Semoga abah tenang disana. Luhur keperibadian abah, buat abah disenangi orang lain. Al - fatihah. :")




ENJOY READING MY STORY !! :)

0 typewriter yang prihatin:

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!