6/8/12

Cameron Highlands - Part 1

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Anyway sebenarnya cadangan nak ke Cameron Highlands neyh dah lama, dari setahun ke setahun. Tapi tak pergi jugak. Tekanan perasaan betul, tapi bukan sebab apa pon, cuma masing - masing sibuk. Busy . Lagi - lagi arwah abah baru jer pergi tinggalkan kami bulan 3 hari tue, jadik tak manis kiranya kalau nak mengajak mak dan adik beradik lain. So, dalam istilah sambil menyelam minum air berteguk - teguk, dalam awal bulan Mei rituh, hamba pong ikut kejap along p Cameron atas hal - hal tertentu. Hahaha... Memula tak de pong cadang nak p Cameron, tapi disebabkan satu jalan, jadik singgahla disana kekdahnya. :')..Tercapai la hasrat nak jejakkan kaki dekat Cameron, sebab da nak dekat 26 tahun genap hidup dekat dunia neyh, tak pernah pon pergi Cameron.


Masa exit Tapah, cuaca agak panas. Memang tak tahan sangat, dah la lately neyh pantang panas sikit, confirm migrain. Tapi dalam hati terus doa, " Jangan la pening sampai atas nanti, kalau tak terjejas la selaman minum air kali neyh...pelis pelis pelis... " Sebab ape kene doa macam tue ?? Sebab 2 tahun lepas, pernah lepas sampai Lata Iskandar, mak aih jalannya, memang xlarat la kan ?? Berpusing - pusing. Then, after 45 minit perjalanan dari exit Tapah, kami singgah kejap dekat Lata Iskandar, saje nak ringankan kepala yang dah start memusing. Singgah jer, niat di hati kalau boleh nak terjun je kan, tapi baju yang di bawak adalah sangat terhad. Jadiknya, melepak saje la dekat jambatan kecik yang dekat tengah - tengah tue kan ?


Masa kiteorang sampai tue, xde la ramai sangat orang. Ada a few keluarga jer yang tengah mandi seseronok mungkin di atas tue. Then, after tue, teruskan perjalanan ke atas. Masa untuk sampai ke atas tue around sejam la, dengan jalan yang penuh cabaran.


Tapi bila dah masuk kawasan Tanah Rata, kiteorang dah tak pasang aircond lagi dah, udara sejuk dah start masuk dalam kete...huhew...Patut la orang jatuh cinta dekat Cameron kan ?? Yer la, macam kiteorang yang datang dari KL neyh, letih dengan sesak sana sini, jammed yang memang xpayah cakap la, kalau bukan jammed, bukan KL...tempat2 macam neyh la yang kiteorang perlukan untuk release tension.


Rasanya papan tanda besar godang neyh dekat Tanah Rata, not for sure. Tapi bile jer jumpa, papan tanda neyh terus rasa seronok yang tak hengat. Akhirnya, saya jejakkan kaki jugak ke Cameron. Yang bestnya, walaupun kiteorang datang unplanned, bercuti tanpa rancangan katanya, Cameron tak sesak pown. Sebabnya, bukan cuti sekolah dan juga bukan weekend. So, memang lega sesangat. Dapat la lapangkan otak. :)

Di Cameron, uolls just ada 2 pilihan tempat yang korang boleh stay. Hotel / Apartment / Homestay xpayah nak cakap...Banyak sangat2....cuma yang sesuai / xsesuai saje dengan bajet korang tue m ?? Hari tue masa arwah abah ada, sempat jugak la duk surveying kat internet tempat mana yang murah nak stay kan... So, sapa2 yang nak survey untuk bulan madu atau family gathering, korang boleh survey dekat laman web yang bergaris ini.


Kalau tanya aku, mana yang elok antara Tanah Rata & Brinchang. Aku lebih suggest korang di Brinchang. Sebab ape ?? Mudah, Brinchang tapak pasar malam. And tempat yang menarik macam Gunung Brinchang, Kea Farm, Strawberry Park, Taman Rama - Rama semuanya around Brinchang. Kalau di Tanah Rata, korang kena amik masa perjalanan dalam 30 minit lagi untuk sampai di tempat2 diatas. Cumanya kalau weekend or cuti sekolah, kena fikir 2 3 kali lar untuk stay di Brinchang. Sememangnya akan full sebab ada pasar malam. :). Yang nak honeymoon weekend, kena stay Tanah Rata la kowt, sebab Tanah Rata lebih privacy.


Tempat pertama yang kami redah adalah BOH Tea Centre di Sungei Palas. Neyh pown antara tempat yang aku suggest dekat korang untuk pegi. Sebabnya, neyh la tempat pengambaran filem Ombak Rindu. Hehehe...Kalau nak tahu macam mana nak pegi ke sana, senang jer... Dari pekan Brinchang, korang terus jer sampai jumpe signboard kecik ke kiri, GUNUNG BRINCHANG. Kalau nak mudah, depan simpang tue ada kedai Cendawan Goreng rasanya. Okeh, anak2... Mana ntah gambar tue kalau nak buat reference... Hehehe... Tapi itu lah, jalan nak masuk ke Gunung Brinchang tue agak sempit sikit. Boleh muat satu kereta jer, kalau berselisih menggigil la kaki. Kalau anda, atau suami anda, atau wife anda, atau adik lelaki anda, atau abang anda, atau ayah anda bukan seorang yang berani, di suggestkan tak payah la naik. Sebabnya, laluan dia bukan saje sempit, tapi sebelah tue memang cerun curam nak mampus. Ketepi sikit atau tergelincir sikit tayar kereta, nescaya, jadik la Aaron Aziz yang masa dalam hospital tue. Hehehe... Anyway, bila korang dah sampai kat sana, for seriously memang sangat2 tenang. Pada yang nak berjalan atau nak menikmati keindahan ladang teh di situh, dari parking kereta boleh la jalan ke atas. Agak letih sikit la. Selalunye weekend, penduduk dekat situh cakap, parking kat atas akan ditutup dan diorang akan bukak parking kat bawah jer.


Apa yang ada dekat atas ? Kilang teh BOH. Sesiapa yang nak tahu macam mana pembuatan teh yang selalu mak pak korang minum atau korang sendiri minum dekat kedai makan tue, boleh la masuk kilang dia. Rasanya masa masuk tue, pekerja tak sampai 100 orang kot. Tak pasti berbangsa apa, tapi diorang neyh la yang bertanggungjawab dalam pemprosesan daun teh yang kaler hijau tue sampai jadi teh uncang yang korang minum.


Dekat sini, udara sangat - sangat lah fresh. Turun jer dari kereta, bau daun teh menusuk dalam hidung. Wangi, segar yang teramat. Part yang paling best sekali adalah, matahari ada, tapi panasnya tidak. Itu yang sangat best. Itu pun kata penduduk tetap dekat situh, cuaca dekat Cameron sebenarnya dah panas berbanding dahulu. Mungkin sebab banyak pembinaan, lori keluar masuk. Pencemaran udara, bunyik. Okeh, ape yang ade dalam BOH Tea Centre neyh selain kilang teh ?? Xde ape pown, tempat jual teh. Macam2 jenis teh BOH ade dekat sini, cuma kalau nak suggestion pasal harga, aku tak rase sini tempat yang ok untuk korang membeli belah KECUALI kalau ada bajet lebih la. Sebab dekat Brinchang, supermarket sebelah Hotel Pelangi lebih murah dari tempat lain. So, beli dekat situh jer. :)


Kiteorang tak lama pown dekat atas tu, tapi sempat la mengeteh sekejapan menikmati cinematography yang ALLAH bina untuk umat NYA. Pas tue, saja nak fefeeling jadi Lisa Surirumah kan. Hehehe...

Lepas itu, kitorang teruskan perjalanan ke Kea Farm. Ini pun under suggestion jugak, sebab katanya sayur - sayuran di Kea Farm lebih murah dari tempat lain. Mula - mula survey jer dulu, sebab ingatkan esok pagi nya time nak balik baru nak beli. Bukan takat nak beli sayur jer, tapi nak beli sikit souvenir. Xlah nak beli yang mahal kan, sebabnya datang pown bidan terjun, duit tak bawak banyak. Nak kuar hamik duit, jauh nau dekat Tanah Rata tue.


Oh lupe pulak, singgah kejap dekat mane eh, alamak lupe pulop name tempat neyh. Tapi tempat neyh betul2 sebelah Hotel Equatorial Park, 500m hampir dengan Kea Farm. Tengok dari jejaring jer, sebabnya kalau nak masuk dalam tue, kena beli strawberry tue paling kurang pown 1/2 kg. So, disebabkan bajet lari, memang xbeli pown. Banyak sangat 1/2 kg tue...takat nak rasa, dekat Kea Farm nanti boleh beli.


Ape yang menarik di Kea Farm ?? Sayur murah...tapi korang kena carik dekat hujung2 tue. Korang boleh dapat 12 bungkus RM 10. Ade 10 bungkus RM 10. Macam tue jugak bunga2 segar, korang kena pandai carik kedai. Pon same kena carik dekat belah - belah ujung. Dekat depan neyh banyak yang kena nego harga dia. Kalau souvenir, carik dekat kedai dalam 5 / 6 dari kanan. Kat situh, for surely memang affordable. :)

Pas tue, kiteorang singgah kejap dekat Cactus Point sebab nak beli souvenir. Masa kat Kea Farm rase tertarik pulak tengok Cactus comel lote. Tapi Along kata, kat Cactus Point lagi murah. Tup bila sampai dekat Cactus Point, ada pulak lavender !! Wah, ape lagi, beli la sepasu... Huhew !! RM 5 jer pong. So, I have my own lavender at home. Yeehhuu !!


Okeh, kami menamatkan kesingkatan ini di Cactus Point. Sumpah letih gela. Macam tak cukup kaki nak berjalan. Aku pown takat neyh jer mood nak bercerita, untuk 2nd serius, we will meet up in other entries. Tak larat dah nak bercerita. :)



ENJOY READING MY STORY !! :)

0 typewriter yang prihatin:

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!