9/11/12

Demam Adam & Hawa

www.tips-fb.com

Salamualaik...


Is trending now !!!!! Hoyeah !!

Ok, sebelum membebel panjang lebar ntah pape kan, nak menyuarakan rasa tak puas hati dekat Astro, kenapa kena tayangkan Adam & Hawa dekat Mustika HD ?? kejamkan, marketing strategy betul nak suruh orang subscribed Astro Beyond. Grrrr... Hahaha... Tapi xpe la, disebabkan kekangan kewangan + addicted dengan novel punye pasal, kita akan berusaha juga untuk mencari jalan penyelesaian.

Bohong la kalau aku cakap Adam & Hawa tak dikenali dikalangan peminat novel cinta Alaf 21. Novel nie seangkatan dengan Ombak Rindu, Jauh, Sehangat Asmara, Cinta Pertama, Kau Untukku, Cinta Buat Emelda, Bicara Hati etc. Dan rasenye peminat novel sangat familiar dengan watak Adam yang Playboy dan Ain Hawani yang menjadi mangsa keadaan  kowt. Tak payah nak cite panjang la kan tentang watak diorang. Siapa yang tak tahu, sila rujuk pencinta novel nie.

Okeh, since 27/08/2012 cite nie da start ditayangkan. Sebenarnya masa awal2, ramai yang takut kalau2 cite nie standardnya macam drama Bicara Hati yang lari gila dari novel asal. Selain tue, ramai yang mempertikaikan kenapa Nadiya Nissa dipilih ? 


Hey, kenapa pulak ?? Ada yang kata dia tak layak pegang watak Ain Hawani sebab dia tak cantik ( WTF, ko cantik sangat ke ? ). Ada yang kata boleh ke dia pegang watak tue, sebab Ain Hawani nampak biasa, tapi dalamannya kuat. Ada pulak yang kata dia tak layak digandingkan dengan Aaron sebabnya heroin Aaron before nie kan cantik. Oh, sungguh sceptical punye pandangan. and FYI, Nadiya Nissaa dipilih sendiri oleh Aisya Sofea, penulis novel ini disebabkan hanya dia yang layak memegang watak Ain Hawani. 

Hah, ini jawapan bagi setiap persoalan itu yer, dari peminat novel Adam Hawa yang baca novel tue dekat 10 kali. Ok fine, Nadiya Nisaa tak secantik Neelofa, Siti Saleha, Nur Fathia, Tiz Zaqyah, Maya Karin and artis2 cantik yang lain. Tapi pada sesiapa yang membaca novel nie, mesti tahu Aisya Sofea menggambarkan Ain Hawani seorang yang biasa saja. Tak terlalu cantik, tak terlalu hodoh. Dalaman Ain yang kuat. Jadi, pada aku. Nadiya Nisa memang layak. Buktinya, tengok la dia berlakon jadi penagih dadah dalam cerita Sheila Rusly, Que Haidar ngan Hattan tue. Manis dalam Cun. Lara dalam Jiwa Taiko. Malaysians tak nampak kelibat dia sebab deorang sibuk sangat duk mencatu pelakon cantik yang tak berbakat. Cube bukak mata luas2 sikit, tengok hasil kerja mereka. I`m not addicted with Nisa, tapi untuk membuktikan dia pelakon terbaik yer. :)

Dan hasilnya, walaupun baru sampai episod 10 semalam... start ditayangkan sampai ke semalam, hash tag Adam Mukhriz dan Ain Hawani jadi trending dekat twitter. Sama macam demam Bazli masa Dejavu Di Kinabalu hari tue la. Dan jangan tak percaya, selain Aaron yang memang dah sedia ada popular tue, Nadiya Nisaa dan start jadi trending actress yang orang sebut2. 

So far, sampai episod 10, Adam & Hawa tak mengecewakan aku. Terutama episod semalam, episod kemuncak Ain & Adam kena tangkap khalwat. Ain Hawani memang menjadi dalam genggaman Nadiya Nisa. Sangat berkesan. Kena tangkap khalwat, kahwin paksa. Kita yang tengok terbuai dengan kesedihan dia. Pas tue lak, Aaron menangis lak tue. Huhuhu... Aaron ?? Xde siapa boleh mempertikaikan bakat lakonan dia, pada aku, ini lagi bagus dari Hariz dalam Ombak Rindu. Aaron kurang sikit control macho. :) Anzalna ?? Hahaha... Since dia bergadoh dengan Lofa, aku lebih suka sikit Anzalna sebab Anzalna berlakon apa pown takat nie menjadik. Setakat nie dia dah try bawa watak hitam & putih. Dan so far kedua - duanya menjadi dan lakonan dia lagi real dari Lofa yang macam dibuat - buat.





Tak sabar nak menunggu episod seterusnya sampai habis. Episod nie semua 80. Jadi gigih la peminat setia menunggu di depan TV setiap hari Isnin - Khamis jam 10 malam. And sesiapa yang mengkritik Nadiya Nisaa, aku rasa korang dah boleh start bukak mata dengan kehadiran dia dalam dunia seni. :)... Pilih pelakon yang berkualiti daripada banyak kontrovesi :)

ENJOY READING MY STORY !! :)

3 typewriter yang prihatin:

Unknown said...

salam,
awe mmg x baca novelnya. mmg agak x puas hati sebab bila nissa bawak watak gadis 18 tahun rasa mcm tak sesuai sebab mukanya yg nampak lebih dewasa. dr segi cantik tu.. okeylah bila baca entry u ni rasa boleh terima lah sebab u dh gambarkan watak ain ni yg sebenarnya.

thanks for the entry... i like!!!

http://awestori.wordpress.com

Nur Laili Binti Iswan said...

Mrs. Eady : :)

Awe :haham xpe...saya bukan addicted NN, tapi saya suke lakonan dia. Dan so far utk Adam & Hawa, memang sangat2 menjadi Hawa ditangan dia.

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!