4/23/09

Thanks a lOt, buddies !!!

www.tips-fb.com

Salamualaik

Ta tahu nak mengungkapkan terima kasih macam mane dengan mereka yang terlalu banyak membantu walaupun
tanpa mengetahui cerita yang sebenar. Tapi mereka umpama keluarga yang tak pernah jemu memberi sokongan. Antara kaseh sayang dan cinta, cheeya merasa terlalu dekat dengan keluarga dirumah. Mungkin sudah tiba masa, cheeya pergi sepenuhnya dari hidup seseorang yang amat cheeya cintai. Bukan sebab tak kaseh dan bukan sebab tak cinta, tapi mungkin lebih tepat, biarlah dea kenal cheeya melalui masa lampau cheeya. Tak perlu lagi dea kenali cheeya dengan mata hati dea sendiri. Atau mungkin dengan lebeyh tepat, mungkin sudah tiba masa yang cheeya perlu berdiri sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Mungkin hanya itu yang boleyh menangkis kata2 manusia, cheeya mintak simpati owang len. Dea tak perlu bersama cheeya kerana simpati, tapi sejujurnya hanya Allah yang tahu apa yang berada di hati neyh. Tentang rasa kasih dan cinta pada insan bernama dia. Cuma terkilan, tak mampu untuk berdiri seteguh mungkin dengan dea. Betul jugak kata seorang kawan, mungkin disebabkan terlalu memberi ruang untuk cheeya bergerak sendiri, akhirnya cheeya da mula boleyh untuk memulakan hidup sendiri. Mungkin tu jer cara untuk dea tahu, yang insan yang dea sayang neyh mampu bergerak sendiri. Dan untuk sesiapa yang pernah hadir pada masa lampau, sejuta kemaafan kerana kembali. Bukan untuk menuding jari kepada sesiapa, tapi sedarlah bila keluarga menjadi galang ganti, mungkin ini benda yang sama kalian lakukan untuk menegakkan maruah dari keaiban sendiri. Bukan bercakap dasar mementingkan diri, tapi diri terlalu jauh pergi. Bayangkan diri diletakkan disini, segala kesalahan diletakkan 100 % di pundak kehidupan. Mampu ker bila keluarga menjadi galang ganti ??? Hurmmmm... Untuk mereka yang cheeya sayangi, maafkan sebab ada cerita yang tak mampu diungkapkan... Cerita itu cerita kepedihan... Cerita itu cerita kesakitan... Takkan ada siapa yang dapat memahami kepedihan itu. Tapi, cukuplah dengan kehadiran kalian disisi, hidup ini cukup bahagia... Beri cheeya waktu untuk menguruskan segalanya... Sedikit waktu untuk mengembalikan maruah yang tercalar... Hanya sedikit masa dan akak kowang akan jadi NUR LAILI yang kowang sayang semula...

Buat dea, Maafkan wawa. Terpaksa pilih jalan neyh untuk menyelesaikan segalanya. Tak larat lagi bertahan dengan bantuan owang len. Kamu hadir walaupun tanpa memberi semangat tapi nyata hanya dari sisi tepi, segalanya membuatkan hidup wawa terisi. Kamu hadir dengan pengetahuan yang terlalu mampat tentang 100% kekurangan dan kelebihan wawa. Tapi sayang, makin lama, kita makin tak mampu bertahan. Yer, cinta tak semestinya berakhir dengan kebahagiaan. Kadang2 sekeliling yang memerlukan kita berpisah dan mungkin kita salah satu pasangan yang terpaksa berpisah kerana keadaan sekeliling. Dan baru sekejapan tadi, awak berkata yang awak semakin lama surrender dengan hubungan yang terlalu complicated ineyh. Tak, wawa tak marah kalau awak kata macam tue. Dan mungkin sudah tiba masa yang awak terpaksa wawa lepaskan. Mampu tak mampu, belakang cite yang penting wawa ta nak libatkan awak lagi. Awak adalah segalanya, walau kehadiran singkat, awak memberi 101 kehidupan yang amat bermakna untuk wawa. Thanks a lot... Maafkan wawa !!!


ENJOY READING MY STORY !! :)

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!