Salamualaik...
Nak bercerita tentang sebuah telemovie... Telemovie neyh sebenarnya da lama... Actually masa tuh, Dato` Siti Nurhaliza maseh lagi bergelar anak dara sunti / lebeyh tepat mase tuh dea ta kenal lae suami nya yang bermisai lebat seperti abah cheeya yang tampan ituh. Cuma tadi, di saat kepala tetibe diserang migrain yang amat kritikal sehingga ta menampakkan satu benda di depan mata, semuanya nampak double integral, bergerak lah cheeya denga perlahan ke bilik dhira, tempat kawan bek cheeya, Na melepak selalu. Dengan keadaan yang sedikit kebaghalan + muke yang teramat pale, ketok lah cheeya pintu bilik tuh dengan perlahan. Hajatnye nak mengadu pain teramat, Dhira open the door dengan muke yang shocked. Huhuhuhu... Baring lah cheeya di lantai, seyez ley memang ta larat gilew neyh. Na pown dari duduk terus berubah kedudukan. Ajak baring atas katil, tapi suda tidak larat. Memang kemengongan yang sungguh kritikal sebab that time memang da rase denyutan yang amat keras di sekitar urat2 kat leher. Sib bek mase tengahari tuh cheeya ta mam pape, kalu ta terhambur ler segala isi pewot. Uhuk :(
Neyh sume bahana minum air coffee mix + susu ler tuh. Cheeya sebenaqnye memang ta leyh nom air berkaffien tinggi. Terutamanya nescafe n suku sakat dea. Yang buleyh nom hanye lah air milo, teh o ais limau, teh o, teh, sirap, oren dll ( pendek kata air yang ta berkaffien lah...kang cheeya senaraikan segala air di muke bumi neyh, maka penuh lah blog cheeya...termasuk air mutlak...kuang3 ) Datang2, Na teros urut kat kepala. Hurmmm...Kureng ckit sebab sebelum tuh, cheeya da amik pil panadol activ fast tuh 2 butir. Cuma ntah kenapa pil tuh memberi tindak balas yang amat labi - labi, sampai cheeya terlantar hampir sejam setengah di atas katil. Huhuhuhu...Tue yang bile da buleyh bergerak ckit, cheeya pergi ke bilik dhira. Ntah nape masa Na urut tuh sambil menuntun cite hindustan, mohabbatien ( huhuhuhuhu...da berzaman da ta tengok hindustan ), tetibe kepala neyh menerawang terengat bonda terchenta di umah no. 44, kulai tuh. Sayu jew aty, sebab terengat selalunya bile sakit2 cam neyh dea la yang duk cbuk. Walau ta nampak dia isaw teramat, tapi bile anak bongsu dea neyh da mencapai tahap kekritilan yang teramat, dengan sepantas keta F1 lah dea sediakan ubat2.
~ abah n mak cheeya yang tampan...huhuhuhu...encik iswan tuh memang seyez !!! ~
Mak... Hasnah Binti Abdul Majid. Lahir pada 7. Februari. 1952. Bagi cheeya, seorang mak yang amat lah tegas. Owangnye ta de lah tinggi ner, pendek sajew. Huhuhuhu... Tapi amat garang + bermulut petir. Kalau cakap tepon ngan mak, ta payah r kan letak hp tuh kat telinga. Hik3... Letakkan sajew di meja tepon n akan dengarlah kicauan sOre mak yang hobinye memang suke membebel. Uhukz. Gilew lah sowang anak tuh kalau dea kata dea ta sayang anak. Masa cheeya lahir kat dOnia neyh, sebenarnya mak da mengandung 4 kali, melahirkan 2 kali. 2 kandungan mak teratas, mengikut cerita yang dilaungkan, meninggal kerana demam panas dan miscarriage. So, yang hidOp mase tuh, si besO, Nor Hafez Iswan dan si dewmOq, Halimah Iswan. Hehehehe... Pengorbanan mak yang pertama sewaktu melahirkan cheeya, upenya dikhabarkan berita oleh seorang doktor kerajaan berbaju putih dan ta dapat dikenal pasti namanya, anak bongsu yang mak bawak 9 bulan berhari2 neyh upenya dalam keadaan songsang. Doc kata kaki baby kat bawah n kepala baby kat atas. Doc penah bagi mak choices, samaada teruskan bersalin secara normal ataupun nak buat pembedahan. Doc kate lagi if mak bersalin normal, risiko keselamatan bayi atau mak adalah di peringkat yang amat kritikal. So, mak disuggestkan untuk bersalin secara pembedahan. Dala mak kata cheeya amat besar didalam pewot. 1st dugaan, mase ngandungkan cheeya, abah yang tampan kate, mak neyh ade perangai pelik, suke sangat duk bergelap walaupun nun di luar sana, cahaya matahari n cahaya lampu kalimantang terang benderang. And one more, ineyh memang amat weird lah, abah kata mak suke hidu bau pengilat kasut. Hahahahahaha... Ape jadah lah...Da tuh, masa jangkaan bersalin sepatutnya 25. 09. 1986, tapi mak kata dengan keadaan yang sabar n tak sakit pown masa hari jangkaan, cheeya mintak ditangguhkan untuk kuar pada 25. 10. 1986. Hahahahaha...Buleyh lak. Gurauan semata. Kih3. Mak masuk hospital seminggu sebelum cheeya dilahirkan sebab doc kata cheeya da lewat sangat dari tarikh jangkaan. Doc isaw kalau cheeya lemas dalam pewot. Doc nak paksa mak untuk melahirkan sebab isaw kalau dibiarkan lagi lama, bahaya untuk baby yang mak kandung a.k.a cheeya. Tapi mak ta mao, mengikut cerita yang dipenglipurlara kan, doc pown ikutkan kata mak. Bergadoh gak en. iswan yang kacak tuh dengan doc. Mase tuh, Hospital Sultanah Aminah terkenal dengan kebiadapan staff2nye. Dlm tempoh tuh, Doc berkali2 nasihatkan mak untuk buat pembedahan sebab kalau mak bersalin normal, peratus untuk nyawa mak n baby melayang amat tinggi, kalau ta pown kalau yer baby lahir, mungkin akan cacat seumur hidup. Tapi mak yang amat degil sperti penulis neyh, tetap jitu dengan keputusannya. Maka, pada tarikh 25. 10. 1986, bermula jam 12.01 pm, mak kata kesakitannya da pun terasa. Bayangkan, abah cite masa tuh keadaan mak diperlakukan macam ayam panggang tuh, kakinya diikat mengangkang untuk membuka laluan bayi supaya lebeyh mudah. Sebab di saat2 akhir, tibe2 doc kata selain songsang, baby comel ( huhuuhuhu... ) yang mak kandungkan tuh mengalamai kebelitan tali pusat di leher. Uhuk...Sadisnya... Mak tanggung kesakitan berpanjangan. Abah kata mak masuk wad pukul 12.10 tapi tepat pukul 8.01 pm baru lah terdengar sore baby yang dah membesar dan pandai menaip neyh. Hurmmmmm... Seksa kan... Dengan berbagai kompilasi, mak cite memang masalah sebab kaki kanan yang kuar dulu, dan menunggu sejam untuk kaki kiri keluar dan 20 minit untuk keluarkan kepala. ( dah mula sebak dah citew neyh...hurmmm )
Dan disebabkan jarak waktu mengeluarkan kaki kiri n kaki kanan tue lah, doc kate anak yang lahir tue kemungkinan besar cacat. Tapi, entahlah, alhamdulillah...Kadang2 kite ta leyh kata owang dulu2 neyh bodoh kan, mak kata, kecacatan tuh sebenarnya boleyh diubat. Kowang mungkin ada yang tahu, ada yang ta tahu BERBEDUNG kan ?? So, ituh lah mak yang abah buat. Dan alhamdulillah, kuasa Allah, anak yang dikatakan cacat oleh doc tue become to normal. May b sebab tulang baby lembut, mak kata. Hurmmm... Thanks mak...Baby tuh membesar tanpa sebarang songelan. Mak kata antara abang cehat, akak dewmoq ituh, yang bongsu neyh lah paling mudah dijaga. Sampai lah umur 6 tahun, tetiba mak serahkan cheeya n akak di bawah jagaan nenek n pak cik. Alasannya, mase tuh abah baru lepas bersara, hilang punca pendapatan, n mak sebagai isteri yang bek, nak membantu menambahkan pendapatan sebab that years abang sambung belajar di Politeknik Semambu, Kuantan. Mak ta leyh nak jaga sebab isaw, waktu kerja mak yang menuntut mak kerja sampai lewat malam, cam tue gak abah, anak2 ta terbela. Hurmmmm... Mase tuh, terpk gak yang mak neyh ta sayang ke kat anak dea. Yang peliknya, walaupun duduk dengan akak, hubungan kami adik beradik dari kecik sampai ke besar, memang ta penah nak bek. Mak lak, mase tuh memang nampak yang teramat sangat yang dea manja kan akak, ape sajew yang akak nak pasti akan dapat, tapi bile cheeya nak, banyak ditangguhkan. Dan cheeya gak sering sangat jadi pilihan ke dua bile dibelikan ituh ineyh, mak akan utamakan akak dulu, kalau akak ta nak baru bagi pada cheeya. Mase tuh, memang terasa aty sangat yang mak neyh ta sayang cheeya langsung kew... Ermmmmmm... May b, sikap cheeya yang memang jenis ta kesah, ta pew lah, kalau jadi pilihan kedua pown.
Sampailah ke besar, anak dara lah kan, keadaan tetap sama. Memang nampak mak lebeyhkan akak dalam pape hal. Cheeya diamik semula oleh mak pada umur 13 tahun, tue pown sebab abah kata mak kena jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Mak n abah kebetulan beli rumah dekat kawasan perumahan berhampiran ta sampai 30 minit ke rumah nenek. Kawasan perumahan yang agak strategik lah sebab umah adik beradik mak pown dekat2 ctuh gak. Yang peliknya, cheeya neyh memang jadi tempat mak lepas geram or marah2. Ta tahulah nape...Rase disisihkan dari kecil sampai ke besar semakin menebal. Tue sebab, cheeya ta penah setuju bila owang kata cheeya neyh anak manja. Cuma bile da semakin membesar n semakin lebeyh belajar tentang ilmu agama, yang menerangkan betapa besarnya impak IBU<>
p/s ~ adew keje, so terpaksa tinggalkan jap. Nanti cheeya sambung lagi ae... Huhuhuhu
1 typewriter yang prihatin:
sedey siot baca luahan hati kaw. amat touching. wlpn kdg2 mcm baca blog kesihatan ibu mengandung. tp amat rindukan mak aku. selamat hari ibu.
Post a Comment