6/19/12

Selidik dulu apa yang anda dengar

www.tips-fb.com

Salamualaik....


“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].


:)

ENJOY READING MY STORY !! :)

6/12/12

Mak Oh Mak !!

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Quote neyh jumpe dekat facebook sebenarnya..shared dari Leypark [ Dot ] Com punye facebook...Tapi rasa sangat menarik untuk dikongsi.... :)

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

Nota kaki :
# Kasihnya ibu sampai ke syurga, Kasihnya ayah sepanjang masa... :"(

ENJOY READING MY STORY !! :)

6/10/12

Masterchef Selebriti Malaysia...Pilihan saya Karl Shafek & Dr. Fazley !!

www.tips-fb.com

Salamualaik...

:-)... weee~ sebenarnya cite pasal Cameron Highlands tak habes lagi. Pown ade cite pasal Family Day. Tapi tak tahu nape, lebih tertarik nak menaip pasal 2 orang lelaki ini. Mungkin sebab aku dah gile dengan Masterchef Selebriti Malaysia nie kowt. Bahahaha... Okeh2, terus ke titik itu ( straight to the point ), dalam ramai yang masuk Masterchef neyh, Azwan Ali, Louisa Chong & Raja Azmi memang out of my favourite list. Sebab derang neyh banyak sangat drama. Huhu... Tapi kalau tanpa derang pong, x meriah pulak kan Masterchef neyh. Hehehe... 

Okeh2, back to story. Mesti korang ade hot spot sendirik kan ? So, my hot spot dalam Masterchef neyh ade 2 jer. 


1) Karl Shafek Ibrahim.

Nape minat Karl ? 
- Anyway dari dulu lagi memang minat gela dekat dia, sebabnya ...... hahaha...sebab dia orang Pekan !! Saya memang peminat setia orang2 Pekan setakat neyh, ini orang Pekan kedua aku minat selepas Fazura. Orang Pekan memang good looking kan ??
- Dalam dapur masterchef, walaupun dia so so...tapi dia selalu deliver ape yang chef nak. Anyway, aku kagum mase dia masak ayam ungkep rituh, wau....terernye dia ubah ayam tue. Sebabnya, ayam ungkep tue masakan jawa sebenarnya.
- Suara dia sedap !! Hahaha...apekah ?? Yes, dari dulu tengok dia mengacara dengan muka yang xde la berapa nak encem, tapi dia sangat sweet. Dia jugak ade suara yang best, may b sebab tue dia jadik pengacara kowt. Ehehehe...

( Alasan tak munasabah kan ? Lantak.... )


2) Dato` Dr. Fazley.

Nape minat Dr. Fazley ?
- Sesiapa yang kata, Dr. Fazley nie tak pandai masak memang buta la kan ? ( wah,kasar sangat kan kau... ) Sebabnya mudah, sepanjang Masterchef neyh berlangsung, rase2 nya Dr. Fazley yang satu - satunya jarang gagal dalam deliver ape yang chef nak.
- Kalau yer pown, dia pernah masuk elimination masa last week, itu bukan sebab dia gagal masak, tapi sebab cabaran kumpulan, kan ?? Kalau abah aku pown, mustahil dia boleh teka rempah macam mane Dr. Fazley teka hari tue. Betul tak ? Betul tak ?
- Dr. Fazley sangat la +ve, sesuai la dengan gelaran pakar motivasi. Itu sebab mungkin, aku minat kat dia. Dia tak pernah kata tidak, apa yang orang kata tak boleh, dia still kata boleh. Kata dia, kalau ada rezeki, mesti boleh menang. Hoyeah !!


Nota kaki :
Mengharapkan Dr. Fazley menang, sebab mak kata, kalau ikut tengok kehebatan dekat dapur, Dr. Fazley nampak tak kekok, sama macam Juliza Adzlizan. Tapi aku tak minat jugak Juliza Adzlizan, jadi bagi support dekat Dr. Fazley.. Hoyeah !!... Karl Shafek pulak, sudikah dikau jadi pakwe saya dalam mimpi...bahahahaha...

ENJOY READING MY STORY !! :)

6/8/12

Cameron Highlands - Part 1

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Anyway sebenarnya cadangan nak ke Cameron Highlands neyh dah lama, dari setahun ke setahun. Tapi tak pergi jugak. Tekanan perasaan betul, tapi bukan sebab apa pon, cuma masing - masing sibuk. Busy . Lagi - lagi arwah abah baru jer pergi tinggalkan kami bulan 3 hari tue, jadik tak manis kiranya kalau nak mengajak mak dan adik beradik lain. So, dalam istilah sambil menyelam minum air berteguk - teguk, dalam awal bulan Mei rituh, hamba pong ikut kejap along p Cameron atas hal - hal tertentu. Hahaha... Memula tak de pong cadang nak p Cameron, tapi disebabkan satu jalan, jadik singgahla disana kekdahnya. :')..Tercapai la hasrat nak jejakkan kaki dekat Cameron, sebab da nak dekat 26 tahun genap hidup dekat dunia neyh, tak pernah pon pergi Cameron.


Masa exit Tapah, cuaca agak panas. Memang tak tahan sangat, dah la lately neyh pantang panas sikit, confirm migrain. Tapi dalam hati terus doa, " Jangan la pening sampai atas nanti, kalau tak terjejas la selaman minum air kali neyh...pelis pelis pelis... " Sebab ape kene doa macam tue ?? Sebab 2 tahun lepas, pernah lepas sampai Lata Iskandar, mak aih jalannya, memang xlarat la kan ?? Berpusing - pusing. Then, after 45 minit perjalanan dari exit Tapah, kami singgah kejap dekat Lata Iskandar, saje nak ringankan kepala yang dah start memusing. Singgah jer, niat di hati kalau boleh nak terjun je kan, tapi baju yang di bawak adalah sangat terhad. Jadiknya, melepak saje la dekat jambatan kecik yang dekat tengah - tengah tue kan ?


Masa kiteorang sampai tue, xde la ramai sangat orang. Ada a few keluarga jer yang tengah mandi seseronok mungkin di atas tue. Then, after tue, teruskan perjalanan ke atas. Masa untuk sampai ke atas tue around sejam la, dengan jalan yang penuh cabaran.


Tapi bila dah masuk kawasan Tanah Rata, kiteorang dah tak pasang aircond lagi dah, udara sejuk dah start masuk dalam kete...huhew...Patut la orang jatuh cinta dekat Cameron kan ?? Yer la, macam kiteorang yang datang dari KL neyh, letih dengan sesak sana sini, jammed yang memang xpayah cakap la, kalau bukan jammed, bukan KL...tempat2 macam neyh la yang kiteorang perlukan untuk release tension.


Rasanya papan tanda besar godang neyh dekat Tanah Rata, not for sure. Tapi bile jer jumpa, papan tanda neyh terus rasa seronok yang tak hengat. Akhirnya, saya jejakkan kaki jugak ke Cameron. Yang bestnya, walaupun kiteorang datang unplanned, bercuti tanpa rancangan katanya, Cameron tak sesak pown. Sebabnya, bukan cuti sekolah dan juga bukan weekend. So, memang lega sesangat. Dapat la lapangkan otak. :)

Di Cameron, uolls just ada 2 pilihan tempat yang korang boleh stay. Hotel / Apartment / Homestay xpayah nak cakap...Banyak sangat2....cuma yang sesuai / xsesuai saje dengan bajet korang tue m ?? Hari tue masa arwah abah ada, sempat jugak la duk surveying kat internet tempat mana yang murah nak stay kan... So, sapa2 yang nak survey untuk bulan madu atau family gathering, korang boleh survey dekat laman web yang bergaris ini.


Kalau tanya aku, mana yang elok antara Tanah Rata & Brinchang. Aku lebih suggest korang di Brinchang. Sebab ape ?? Mudah, Brinchang tapak pasar malam. And tempat yang menarik macam Gunung Brinchang, Kea Farm, Strawberry Park, Taman Rama - Rama semuanya around Brinchang. Kalau di Tanah Rata, korang kena amik masa perjalanan dalam 30 minit lagi untuk sampai di tempat2 diatas. Cumanya kalau weekend or cuti sekolah, kena fikir 2 3 kali lar untuk stay di Brinchang. Sememangnya akan full sebab ada pasar malam. :). Yang nak honeymoon weekend, kena stay Tanah Rata la kowt, sebab Tanah Rata lebih privacy.


Tempat pertama yang kami redah adalah BOH Tea Centre di Sungei Palas. Neyh pown antara tempat yang aku suggest dekat korang untuk pegi. Sebabnya, neyh la tempat pengambaran filem Ombak Rindu. Hehehe...Kalau nak tahu macam mana nak pegi ke sana, senang jer... Dari pekan Brinchang, korang terus jer sampai jumpe signboard kecik ke kiri, GUNUNG BRINCHANG. Kalau nak mudah, depan simpang tue ada kedai Cendawan Goreng rasanya. Okeh, anak2... Mana ntah gambar tue kalau nak buat reference... Hehehe... Tapi itu lah, jalan nak masuk ke Gunung Brinchang tue agak sempit sikit. Boleh muat satu kereta jer, kalau berselisih menggigil la kaki. Kalau anda, atau suami anda, atau wife anda, atau adik lelaki anda, atau abang anda, atau ayah anda bukan seorang yang berani, di suggestkan tak payah la naik. Sebabnya, laluan dia bukan saje sempit, tapi sebelah tue memang cerun curam nak mampus. Ketepi sikit atau tergelincir sikit tayar kereta, nescaya, jadik la Aaron Aziz yang masa dalam hospital tue. Hehehe... Anyway, bila korang dah sampai kat sana, for seriously memang sangat2 tenang. Pada yang nak berjalan atau nak menikmati keindahan ladang teh di situh, dari parking kereta boleh la jalan ke atas. Agak letih sikit la. Selalunye weekend, penduduk dekat situh cakap, parking kat atas akan ditutup dan diorang akan bukak parking kat bawah jer.


Apa yang ada dekat atas ? Kilang teh BOH. Sesiapa yang nak tahu macam mana pembuatan teh yang selalu mak pak korang minum atau korang sendiri minum dekat kedai makan tue, boleh la masuk kilang dia. Rasanya masa masuk tue, pekerja tak sampai 100 orang kot. Tak pasti berbangsa apa, tapi diorang neyh la yang bertanggungjawab dalam pemprosesan daun teh yang kaler hijau tue sampai jadi teh uncang yang korang minum.


Dekat sini, udara sangat - sangat lah fresh. Turun jer dari kereta, bau daun teh menusuk dalam hidung. Wangi, segar yang teramat. Part yang paling best sekali adalah, matahari ada, tapi panasnya tidak. Itu yang sangat best. Itu pun kata penduduk tetap dekat situh, cuaca dekat Cameron sebenarnya dah panas berbanding dahulu. Mungkin sebab banyak pembinaan, lori keluar masuk. Pencemaran udara, bunyik. Okeh, ape yang ade dalam BOH Tea Centre neyh selain kilang teh ?? Xde ape pown, tempat jual teh. Macam2 jenis teh BOH ade dekat sini, cuma kalau nak suggestion pasal harga, aku tak rase sini tempat yang ok untuk korang membeli belah KECUALI kalau ada bajet lebih la. Sebab dekat Brinchang, supermarket sebelah Hotel Pelangi lebih murah dari tempat lain. So, beli dekat situh jer. :)


Kiteorang tak lama pown dekat atas tu, tapi sempat la mengeteh sekejapan menikmati cinematography yang ALLAH bina untuk umat NYA. Pas tue, saja nak fefeeling jadi Lisa Surirumah kan. Hehehe...

Lepas itu, kitorang teruskan perjalanan ke Kea Farm. Ini pun under suggestion jugak, sebab katanya sayur - sayuran di Kea Farm lebih murah dari tempat lain. Mula - mula survey jer dulu, sebab ingatkan esok pagi nya time nak balik baru nak beli. Bukan takat nak beli sayur jer, tapi nak beli sikit souvenir. Xlah nak beli yang mahal kan, sebabnya datang pown bidan terjun, duit tak bawak banyak. Nak kuar hamik duit, jauh nau dekat Tanah Rata tue.


Oh lupe pulak, singgah kejap dekat mane eh, alamak lupe pulop name tempat neyh. Tapi tempat neyh betul2 sebelah Hotel Equatorial Park, 500m hampir dengan Kea Farm. Tengok dari jejaring jer, sebabnya kalau nak masuk dalam tue, kena beli strawberry tue paling kurang pown 1/2 kg. So, disebabkan bajet lari, memang xbeli pown. Banyak sangat 1/2 kg tue...takat nak rasa, dekat Kea Farm nanti boleh beli.


Ape yang menarik di Kea Farm ?? Sayur murah...tapi korang kena carik dekat hujung2 tue. Korang boleh dapat 12 bungkus RM 10. Ade 10 bungkus RM 10. Macam tue jugak bunga2 segar, korang kena pandai carik kedai. Pon same kena carik dekat belah - belah ujung. Dekat depan neyh banyak yang kena nego harga dia. Kalau souvenir, carik dekat kedai dalam 5 / 6 dari kanan. Kat situh, for surely memang affordable. :)

Pas tue, kiteorang singgah kejap dekat Cactus Point sebab nak beli souvenir. Masa kat Kea Farm rase tertarik pulak tengok Cactus comel lote. Tapi Along kata, kat Cactus Point lagi murah. Tup bila sampai dekat Cactus Point, ada pulak lavender !! Wah, ape lagi, beli la sepasu... Huhew !! RM 5 jer pong. So, I have my own lavender at home. Yeehhuu !!


Okeh, kami menamatkan kesingkatan ini di Cactus Point. Sumpah letih gela. Macam tak cukup kaki nak berjalan. Aku pown takat neyh jer mood nak bercerita, untuk 2nd serius, we will meet up in other entries. Tak larat dah nak bercerita. :)



ENJOY READING MY STORY !! :)

6/6/12

Hachiko Di Rumah !! Hoyeah !!

www.tips-fb.com

Salamualaik




Kalau cerita pasal kesedihan hilang Kikie awal bulan lepas memang tak sudah, sebab sampai sekarang kalau balik umah masih terngiang – ngiang suara dia. Tapi 2 la, berkat kata – kata semangat kawan – kawan yang cintakan kucing, kami bangkit atas keberadaan ( betul ke idok ayat2 neyh ) zuriat2 yang Kikie tinggalkan dekat umah tue. Anyway, kalau ada yang masih ingat, anak2 kucing yang bakal aku ceritakan nie adalah anak2 kucing yang aku pernah mintak suggestion nama tue. Hehehe… Okeh, sebenarnya after 2 week derang lahir, aku da dapat pong name bebudak comel lotey neyh. Setelah difikir – fikir kan dan hasil persetujuan dan paksaan, setuju la letak name derang HACHIKO !! Sebab ape Hachiko ?? Sebabnya mudah, sapa2 pernah tengok cite anjing yang kat jepun, yang setia tunggu tuan dia dekat railway station even tuan dia da mati tue ?? Name anjing tue kan Hachiko…hehehe…Suke sebab Hachiko tue anjing yang setia, so disebabkan addicted yang sangat pada cite tue la, aku decide untuk meletakkan name anak2 bulu neyh HACHIKO… sekor Hachi yang bulu itam 2, sekor lagi Chiko yang comot 2. Gabungan kan ?? Yang uniknya, derang cakap kenapa anak Baby + Kikie neyh 2 ekor jer, sebabnya gabungan kucing biasa ngan pure Persian adalah memang sikit. Xbanyak pown. Hehehe….Sekor jantan, sekor betina.


 Sekarang neyh, da 2 bulan lebih da umur bebudak 2 ekor neyh. Derang lahir 24. Mac. 2012, mase tue aku ngan Along baru balik dari event komuniti dekat Bangi. Anyway, nasib baik la kan derang lahir masa Along ada dekat uma, sebabnya mak xpernah ade pengalaman jadi bidan menyambut anak2 kucing neyh uolls. Bukak pintu dengar bunyik baby kucing, dah menggigil2 dah ke dapur. Orang suh amik baldi, mak amik besen >.<… huhu… Dalam kepala da terpk, baby neyh marah ker sebab beberapa hari before tue, aku duk sibuk membebel kat dia, nape xberanak2 padahal perot da memboyot2 hasil pelempiasan nafsu arwah si Kikie neyh. Perot dah memboyot pown main kejar2 dengan adik kan ?? Xker risau ?? Duh…


Alhamdulillah, nasib baik Kikie tinggalkan zuriat2 dia. Nanti2 ade masa aku update pasal anak2 Kikie + Adik pulak yer. Hehe…Sebab ape xnak cite sekarang ?? Sebab bebudak tue kenit lagi, serik da nak pegang2 beria sebab takut jadik macam Hachi, mase kecik, gela la gemuk, mayb sebab selalu kene pegang n gomol, da besar neyh dea jadi kurus sikit. Cumenye, anak2 Kikie + Adik lebih sekor dari anak Kikie + Baby. Itupun ade seekor mati lepas lahir.

Perkembangan si kenit 2 ekor neyh dalam masa 2 bulan lebih neyh agak menyeronokkan. Tak tahu kenapa, rase sayang yang teramat sangat kat derang. Kalau pisah kejap, mau menangis – nangis sebab rindu… >.<… kejikan perangai ?? tapi 2 la hakikatnya. 2 ekor jer, tapi selalu bising umah. Yang bestnya, 2 2 ade gabungan perangai Kikie, 2 yang buat lagi sayang sangat kat derang sebab derang jer la yang jadi pengubat rindu kiteorang pada Kikie. Hachi lebih nakal dari Chiko, pantang orang bukak pintu, dea yang mencinit keluar. Golek2 jer montot lari. Pas tue kuat gurau. Chiko lak, kalau ikut bulu, lebih pada bulu Kikie, gomok, lembut2 jer. Muke suci jer. Hehehehe…




Ok la, itu jer nak cite pasal derang. Pada mereka yang cinta binatang, anda sesungguhnya berada di kalangan mereka yang penyayang. Dan semenjak kiteorang hilang Kikie, memang da termaktub dalam hati, nak jadik ape, jadik la….Kiteorang xkan bagi anak2 neyh pada sape2… biar la, mati hidup derang dengan kami…Sekarang, memang dah tak anggap derang macam kucing, tapi lebih pada anak sendiri. Kalau balik penat2, tengok keletah anak2 neyh, ilang semua letih… J


ENJOY READING MY STORY !! :)

5/30/12

Hilangnya Satu Yang Berharga

www.tips-fb.com

Salamualaik...

5/5/2012 ( 8.30 am )



" Ada darah dekat bawah "
Kanan melekap didada,
Dunia jadi gelap,
Dalam hati terus berzikrullah,

ALLAH,
ALLAH,
ALLAH,
ALLAH,
bukan dia...
bukan dia...

" Cepat turun, kita tengok "

Setapak demi setapak kaki yang melangkah ke lif itu
umpama melangkah kepulan awan,
terasa melayang - layang.
Tak tahu kenapa air mata mengalir deras,
Pergerakan lif terasa bertahun,
Keluar,
Aku terus fokus disitu,
Ya, Disitu

Along dah kedepan,
Tapi,
" ALLAH, Along...... Itu kikie...Itu kikie "
Terjelepuk,
Tak sampai 100 meter dari pintu lif.
" Mana mana, awak sini la "
" ALLAH, itu long...itu...anak kita...itu.................saya tak boleh....saya tak boleh "

Sayang,


Kau pergi tinggalkan mummy macam itu saja,
Kerap mummy duduk sendiri,
Menaip,
Membuat kerja sampai dinihari,
Kerap kali itu jugak,
Mummy perasan sayang bersama mummy.

Mummy tak sanggup tengok air mata mama menangis lagi,
Sayang doakan mummy kuat untuk kuatkan mama,
Sebab mama orang yang paling tak kuat nak menghadapi kehilangan sayang,
Pelik kan :") ??
Sebab mama bukan orang yang manjakan sayang macam mummy manjakan sayang,
Tapi sayang kena tahu,
Mama bukan tak sayangkan sayang,
Tapi mama sakit kan ?? :")

Sekurang - kurang mummy kena terima kasih yang teramat dekat mama,
Kalau tak de dengan mama pagi itu,
Mummy sendiri tak tahu macam mana nak gendong mayat sayang,
Mungkin sebab itu,
Sebab itu kehilangan sayang terkesan sangat - sangat dekat hati mama,
Sampai sekarang kalau kami teringatkan sayang,
Mama akan menangis,
Hurmmmmm :"(

Bukan mudah untuk menerima segala kebiasaan bertukar kepada situasi baru,
Umpama mummy yang sudah dewasa,
Diminta menjadi anak kecil sekecil - kecilnya,
Seumur 1 hari yang baru keluar dari perut ibu,
Yang tidak tahu apa makna kehidupan,
Yang perlu diajar,
Setiap makhluk itu datangnya dari ALLAH,
Datangnya sementara,
Kelak, sampai waktu,
Yang lahir itu pasti akan mati.
Itu janji ALLAH.

Ya,
mummy dewasa untuk faham semua makna kehidupan, sayang.
Hukum kehidupan bukan sukar untuk faham,
Mummy lahir sebagai islam,
Yang berpegang dengan rukun,
Yang bertaut dengan agama.
Jadi,
Mummy tahu,
Cepat atau lewat mummy akan hilang sayang.

Cuma entah,
Mungkin terlalu segera pemergian sayang,
Tak boleh nak dibayangkan dek akal dan minda,
Sakitnya jatuh dari situ, sayang,
Peritnya bila badan yang kecil
Dan kepala mu itu berhempas di tanah keras

Mummy jadi hilang arah,
Rasa macam dunia kosong,
Ya,
Mummy tak sanggup,
Tubuh mummy lemah,
Kaki mummy longlai,
Memang tak mampu nak melangkah bila dari jauh mummy dah tengok tubuh sayang,
Rasa panas kulit kepala mummy dicium sayang,
Rasa hangat tangan mummy saat mummy belai sayang malam itu.

Hmmmm...
Ya... malam itu,
Sepatutnya mummy sedar,
Itu petanda sayang mahu pergi,
Sayang manja,
Jadi manja yang teramat manja,
Sayang tak marah bila mummy peluk sayang lama - lama,
Sayang lain.............................

Dan
kelainan itu yang buat mummy rasa sayu,
Sayu sangat,
Rasa jiwa mummy bagai dicarik - carik,
Di hentak - hentak,
Nyawa mummy terbang,
Rasa terlalu kosong,
Bolong.

Sayang,
Doakan mummy disini,
Untuk terus kuat,
Kau tetap dalam ingatan mummy,
Menjadi kesayangan dan kemanjaan mummy,
Mummy tahu sayang ada,
Cuma bezanya,
Sayang tak boleh dipanggil,
Sayang tak boleh dipegang,
Sayang tak boleh dibelai,
Datang la dengan lebih kerap dalam mimpi mummy,
Untuk mummy hilangkan semua rindu ini....

Mummy tak mampu sebenarnya untuk menghadapi kehilangan ini,
Manakan tidak,
Memang sayang cuma seekor kucing,
Anak berbulu,
Sama seperti dengan zuriat yang sayang tinggal untuk mummy,
Tapi sayang berbeza,
Itu sebab bila orang kata,
" Sudahlah, kau ni ape2 jer, kucing jer kot "
Mummy naik hantu !!

Memang sayang kucing,
Tapi personaliti sayang,
Kalau mummy nak ceritakan kelebihannya,
Memang tak cukup,
Sayang satu - satunya anak yang cukup faham dengan emosi mummy,
Cukup faham dengan kata - kata bebel mummy,
Cukup faham dengan air mata mummy,
Cara tidur sayang,
Cara mata sayang pandang mummy,
Kadang - kadang kita macam bercakap,
Terbayang - bayang muka sayang kalau mummy membebel,
Macam faham jer kan apa yang mummy cakap :")







Mummy dan mama rindu kikie sangat2 :'(

Sampai sekarang..................
ENJOY READING MY STORY !! :)

5/29/12

# wordless wednesday - ombak rindu 2 :)

www.tips-fb.com


:)

ENJOY READING MY STORY !! :)

4 tahun yang penuh liku

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Alhamdulillah, akhirnya bernafas jugak untuk menyping di beloh neyh. Berzaman kowt aku xupdate belog. Xnak cakap pasal alasan, sebab alasan yang sama jer tiap kali aku dah lama xupdate belog kan ? Hehehe... Bukan apa, yes, semester neyh adalah semester yang sangat bz berbanding 6 semester aku ada dekat bumi British neyh.  Semester neyh jugak la semester kedua akhir pengajian aku dkat sini. Sem depan da sibuk dengan intra.

Alhamdulillah jugak selesai presentation final year project dan paper last aku. **pas neyh da ta de paper da dlm mase terdekat, master 2 tahun akan datang baru jumpe paper balik **. Pada aku, sepanjang 7 semester bersamaan 3 tahun setengah ada di BMI, belajar disana, menghabiskan masa suku dari usia dekat sana, banyak yang aku dapat, bukan dari segi pengalaman saja, tapi macam - macam. Ilmu memang xpayah dicakap la, sampai otak neyh da tak tertanggung da, rasa macam nak letak kat sebelah tepi jer, basuh keringkan pas tue pakai semula. Hahaha... Hidup dengan kawan - kawan yang sampai sudahnya tak rasa pon macam kawan, tapi lebih rasa sebagai adik beradik sendiri.

Berada dalam lingkungan mereka yang muda dari aku, ahaha...kadang - kadang lawak jugak, kadang - kadang sedih, kadang - kadang best, kadang - kadang rasa benci. Cuma itu la, aku kena berterima kasih pada mereka yang sentiasa memberi sokongan sepanjang 3 tahun setengah aku bernafas dekat BMI neyh. Dengan mak bapak jauh **ahah, ko jangan nak poyo sangat bedah, ko tue dah 25 tahun setengah taw, nak sedih mendenya mak bapak kau jauh, dah xreti nak berdikari dah**, menahan susah senang disini. Kalau xde mereka yang ada di belakang aku sekarang, mungkin keadaan tue lebih susah dari biasa. Thanks semua !!





ENJOY READING MY STORY !! :)

3/30/12

Pencarian nama anak - anak bulus

www.tips-fb.com

Alhamdulillah,saya da pown dpt 2 ekor bdk comel yg sgt2 cute. Tp xjmp name lg.huk2. Mintak kwn2 blogger crikn name utk si comel sy ni. Hehehe


Published with Blogger-droid v2.0.4

ENJOY READING MY STORY !! :)

3/6/12

Wordless Wednesday

www.tips-fb.com

Salamualaik...


Nota kaki tangan mintak lempang :
>> Phewww !!
ENJOY READING MY STORY !! :)

Anak berbulus bulis saya

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Rasa dah lama betul tak bercerita pasal anak berbulus saya dekat umah neyh. Huhuhu... Rasanya dah dekat berbulan2 jugak la kan ?? Awal2 dulu jer kencang cite sana sini, hahaha...Tapi jangan risau, kasih sayang saya terhadap anak berbulus di rumah neyh tetap jitu untuk mereka saja. Hehehe...







Sebenarnya, gambar derang neyh menimbun dalam simpanan, tapi just nak share ckit jer. Hahaha... Mahal okeh... Kikie makin manja sangat2 sekarang. N baby pulak tengah pregnantkan anak kikie =.=. Suatu masa nanti, den akan jadi nenek pulop dah. Okeh, sekian =.=
ENJOY READING MY STORY !! :)

Mari Berjalan Dengan Kenit

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Entry kali neyh banyak gambar jer. Saya malas nak menaip pape, sebab sometimes mood saya nak menaip memang bukan sekadar ke laut jer, malah ke bukit bukau, gunung ganang pon yer jugak. So, biar jer lar gambar menceritakan segalanya. Si kenit neyh da masuk 5 bulan. Badan dea makin sihat, makin tegap, makin bulat, makin comel, makin kuat makan, makin bijak. =.=, itu adalah benda yang paling penting sekali. Sebab mak sampai kata, awak bagi la dea mainan ape2, dea xminat, dea minat makan jer. Hahaha...

** See, sila lihat perut dea, kaki dea, jari dea, tetet dea, betis dea, rasa macam nak potong2, buat sup =.=. makan tetet, makan tetet...nyum2

mama, wan & mummy

makan kentang lenyek dari mulut mummy

see, orang amik gmbr, dea pandang makanan

otw p steak house, pandai betul pandang kamera

=)

Budak kecik ini makin super duper lasak,memang tak reti duduk diam kekdahnya... =.=, suke buat aksi akrobatik xtentu hala

The sista`s =)..Big heart for them

makan lagik aidil, makan =.=, sumbat ma, sumbat.

Bawak si kenit neyh pegi mana2, orang selalu xpercaya umur dia 5 bulan. Semua bajet dea da besar, like 7 months gtuh. Tapi i2 la hakikatnya. Dia adalah budak kenit bijak lebih dari usia. Nantikan lagi kemunculan entry si kenit neyh. Yeehuu <3



ENJOY READING MY STORY !! :)

2/18/12

Persandingan Imam Muda Hassan

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Alhamdulillah. Already 1.38 am sebenarnya. Esok sepatut - patutnya kena gerak dari rumah seawal yang mungkin. Hujung minggu nie, saya keletihan dengan kepadatan majlis kahwin yang tak disangka2. Should be, persandingan & pernikahan sepupu kesayangan aku saja. Tapi 2 week yang lepas, aku & along dapat jemputan untuk menghadiri majlis persandingan Imam Muda Hassan di Sabak Bernam oleh Big Bro, Abang Idris.



Agak keletihan sebab semalam pagi2 lagi aku da bergerak ke Ampang. Oh ya, cerita pasal persandingan & pernikahan sepupu aku, aku letak tepi dulu. Sebab majlis dia untuk dis week tak habis lagi. Hehehe... Dan for a whole day today, I went through a very long journey to Sabak Bernam. Kalau nak diikutkan, kali terakhir aku pergi ke Sabak Bernam masa kecik2 dulu kowt. Tue pown masa Mak Teh duk sana, lepas tue memang langsung lar xjejak lagi kaki ke sana. So, disebabkan memang tak tahu perjalanan ke sana amik masa bape jam, kami pown main taram jer lar pegi. Keluar uma pukul 10 pagi dan sampai kat sana dalam pukul 12 or 12.30. Seriously memang jauh gila, sebab kawasan perumahan isteri Imam Muda nie dalam kawasan kampung juga. Dah la, masuk jer kawasan Sabak Bernam hujan selebat - lebatnya. So, just enjoy the pic.








Psst....wife IMH neyh sangat2 cantik. Percakapan dia, riak muka dia, lembut jer. Hahahaha...Rasa kagum, tapi dalam masa yang sama, tertanya2 dalam diri, bila la aku nak berubah macam dia nie. =.=.


Nota kaki tangan :
>> Insyaallah, lepas nie team kami akan involve lebih banyak dengan Imam Muda untuk projek2 kebajikan. Doakan yang baik2 saja =)
ENJOY READING MY STORY !! :)

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!