10/17/11

Pingsan ke Pengsan

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Eh,
ade orang carik saya ker ??
T_T
ade kowt.
Uuuuuuuuu....
mintak mahap saya tak pingsan ker ape ??
rindu jugak nak berblogging seperti dulu,
tapi mintak mahap sesangat

Saya,
adalah langsung tidak ada masa nak berblogging
Memang saya on9,
tue pown sebab saya nak carik bahan untuk kije2 saya,
lagik satu,
kawan2 saya dah nak abes intern da,
jadik saya kena on9 untuk pastikan saya tak tinggal satu ape pown tentang mereka
Uuuuuuuuuu... nangis lagik

Saya,
tak nak lar janji 
bile saya akan berblogging macam dulu,
tapi insyaallah kalau segalanya kembali seperti dulu,
yang memang saya ade masa yang boleh letak kaki atas meja sambil makan kuaci 3 plastik,
editing gambar letak watermark ngarut2 pelbagai,
insyaallah saya akan kembali..

Uuuuuu... neyh pown sebab otak da blackout
buat slide presentation untuk company visit,
next week isnin saje saya ade 3 presentation,
++ khamis = saya ada 4 presentation
pas tue saya sibuk dengan minggu final
Uuuuuuuuu... nangis lebih lagi.

ENJOY READING MY STORY !! :)

9/22/11

Spontaneous Thursday

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Dialog dalam kelas pagi tadi

Madam : Kenapa awak tanda kertas kawan awak neyh 14 x 2 = 24. 2 orang pulak tue.

Student : *Senyap satu kelas, pandang satu sama lain dan salah sorangnye bercakap .....* Lor, madam, kenape pulak...betul lar tue ??

Madam : * Pandang student sambil senyum sinis & senyap jer *

5 minit kemudian

Student : Eh, betul lar...14 x 2 kan 28.... * 2minit satu kelas senyap & gelak *

Madam : Hurmmmmmm...kenapa awak semua neyh ? Da lar, esok jer buat lab, kelas dismiss... *Keluar kelas & muke sangat sinis *

Nota kaki :
Moral value nya, student2 engineering yang bermain dengan nomor, pengkamiran, tekanan hidup yang amat tinggi, dengan lepas test lagi, assignment yang melambak, event yang kene settle & kene reject tetibe, pasti akan jadi lembap selembap2nya same dengan cuaca dekat malaysia sekarang. Yang buat aku pelik, kenapa tetibe satu kelas boleh jadik lembap gela2. Mungkin terperanjat yer jugak, sebab dari semalam madam duk gebang ade quiz, bajet2 lar quiz kene jawab ABC atau soklan structure, jap g dapat quiz, soklan teka silang kata. Terus cakap dalam hati, madam neyh kenkadang unik jugak T_T


ENJOY READING MY STORY !! :)

9/19/11

Indahnya mereka berhijab :)

www.tips-fb.com

Salamualaik...


Terima kasih BMI sebab bagi peluang aku melihat 2 wanita yang aku kagumi dari dulu lagi,
Irma aku kagumi dea setelah penghijrahannya...
Jujur cakap,
aku pernah berselisih jalan dengan Irma di Dewan Tun Razak 2, PWTC setahun yang lepas
di Pesta Buku 2010,
masa tue dea masih seperti dahulu,
rambut blonde,
separas bahu,


tak sangka,
minggu sebelum raya,
ade kawan yang cakap,
aku mengigau sebut nama Irma
" kenapa Irma Hasmie xde orang nak sampai sekarang ? " LOL, ( neyh yang diceritakan )
rupenye jawapan dea, aku dapat semalam
ROFL...kah3...

okeh2, back to the stories,jangan nak seriyes sangat,
Wardina xpayah cakap lar kan ??
ALLAH memang menganugerahkan diri dea, secantik2 wanita dalam dunia neyh,
keperibadian dea,
kelantangan dea,
kecantikan dea,
ketegasan dea,
yang penting, tabik toing2 sama dea.

Irma ??
Neyh 1st time dea jadik panel,
sangat rendah diri,
xpayah nak cakap lar kan ??
Dea baru jer pegang mikrofon, seluruh budak lelaki kat dewan bersorak kat dea.
Suke tengok sebab manja & comel sangat,
Kejap2 dea cakap,
dea mintak maaf,
" Maafkan saya, saya masih belajar lagi, rasa kerdil sangat berada dekat atas neyh, lain kali kalau ade forum macam neyh, kalau xnak jemput jadi panel, jemput lar saya jadi tetamu...kurang2 saya dapat tambah ilmu "

:)


Tahniah kepada team " Bila Cinta Bertasbih "



ENJOY READING MY STORY !! :)

9/13/11

Wordless Wednesday

www.tips-fb.com

Salamualaik


Nota kaki cagu :
# Bile ade bebudak neyh + yang tukang capture, gambar akan ade pose yang pelik2...selain nak menunjukkan semua pakai baju ungu T_T.


ENJOY READING MY STORY !! :)

Malaysian Boy VS American Boy

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Untuk konsert Suara Kami yang akan berlangsung 17. September. 2011 neyh, Astro ade kuarkan lagu Malaysian Boy nyanyian DJ Fuzz, Altimet, Illa Damia, Point Blanc & Rabbir Mac. 1st time dengaq macam annoying ckit, sebab mase tue tengok VC dea, Illa Damia duk tergedik2 an. Hahaha... Walaupun b4 neyh aku sangat menyukai dea. Okeh2, itu no biggie lar kan. 2nd time dengaq, ok, it`s sound good. Lagipun sebenarnya lagu neyh untuk lagu Malaysia kan ?? Tapi duk godeh sana, godeh sini hari nie, baru dapat taw yang Malaysian Boy neyh ciplak lagu American Boy. Penyanyi tak ingat siapa. So, di bawah neyh, lagu Malaysian Boy & lagu American Boy. Korang comparekan lar ae :)

Malaysian Boy :)

American Boy 

For me, walaupun mengciplak, Malaysian Boy adalah lebih bagus dari American Boy. Music arrengement is 100 % copy okeh. Tapi apa yang aku suke tentang Malaysian Boy, adalah lirik dea. Memuji Malaysia of kos. :)

Korang pulak ?? 

ENJOY READING MY STORY !! :)

Manusia - Zahiril Adzim

www.tips-fb.com

Salamualaik


" Manusia ialah satu proses yang berterusan yang memainkan peranan penting bagi melahirkan pengalaman."
Tidak ada kehidupan yang kuangankan, cuma kental meredah kehidupan yang ada sambil menggalas cita -cita.
Walau macam mana celakanya kehidupan itu, ia tetap kehidupan "

Inspired by Zahiril Adzim

Ade sesiapa yang tahu dimana saya boleh dapatkan buku ini


Mengagumi keindahan penulisan Zahiril Adzim & Dira Abu Zahar.

Lakonan mereka juga sehebat tulisan. :)

ENJOY READING MY STORY !! :)

Tips Rumah Tangga dari Dr. Fadzilah Kamsah

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Ihsan dari terowong informasi

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri  yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami .

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga  luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan  tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses  informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias  isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya  jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak . Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu , kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda . Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja .

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? 
Jiran sebelah rumah awak?


19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan .

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat . Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan . Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau

seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga  belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati . Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. 





ENJOY READING MY STORY !! :)

9/12/11

Ini Kesayangan Saya Yang Baru :)

www.tips-fb.com

Salamualaik...


:),
si kecil ini lar yang buat kami semua tak sabar nak balik setiap minggu,
lagi2 bile dea macam dapat tahu jer,
mummy, mama, cik ina & auntie akan balik setiap minggu,
jadi setiap ujung minggu, 
si kecil ini akan mintak perhatian untuk dipegang, dipeluk, dimanja & akan tahan mata setiap pukul 3 pagi sampai lar dia rasa nak tdo semula.

TAPI 

benda tue xjadi beban pown,
sebab mummy dah terbiasa dengan situasi yang sama sebelum neyh,
akak2 aidil lagi tak kuat tdo macam aidil,
pukul 10 malam sampai pukul 6 pagi semua buat konsert,
so xpernah jadi masalah untuk mummy jaga aidil setiap ujung minggu :)

U`re my cinta aty now, sayang :)

ENJOY READING MY STORY !! :)

Mini Reunion Ciast & Selamat Pengantin Baru Deda

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Kan da panjang tajuk entry..hahah... Okeh, sebenarnya ujung minggu lepas adalah hujung minggu yang paling seronok ever after selain melayan karenah si kenit aidil sampai pukul 5 pagi dea dera mummynye neyh. Walaupun quiet mengantuk hari ahad tue, tetap menggagahkan diri jua untuk membangunkan diri sebab dah tersangat excited nak jumpe kengkawan lame masa diploma dekat CIAST dulu. I know, ini bukan reunion tapi alang2 si Deda neyh kahwin dekat Shah Alam yang dah tentu2 bumi kami mencari ilmu masa zaman mude2 dulu ( ahaha...okeh, muda okeh...sangat taw mase tue. Masih sememeh T_T ), so rasanya tak salah kot pegi. Lagi pun, penat dah kena sindir

" Kak g, ( yer masa diploma dulu, nama sebenar saya ditelan zaman kekdahnya. Jija lebih dikenali 1 ciast. Dulu fofuler, lecturer pown kenal, sekarang, masuk kelas same setiap ary pown, lecturer tak ingat name T_T ) kawan2 kawen tak de pown datang, jom lar kali neyh. Lame taw tak jumpe "

Okeh, akhirnya saya menurut. Xsalahkan, lagi satu an, kalau b4 neyh kene jumpe kengkawan lama, aku rase malas jer, tapi kali neyh tak...rase teruja...kalau boleh minggu lepas, terus nak ahad. So, ahad tue sampai2 kat KL terus jer shoot amik Ekin kat Setiawangsa. Duk bergebang berdua dengan ekin jer da hepy, jap g Ekin kata Ecah dari Muar nak join kami, n kiteorang kene amik Dilla, Adah ngan Mama kat Seksyen 18. So, bile bebudak neyh da berjumpe. Bingit lar. Masuk lame da dekat Dewan Banquet MBSA Shah Alam tue, tapi duk lebih 2 jam duk sembang2 tak jumpe pengantin. Ahaha..Serius cakap, berjumpe dengan kengkawan lama yang happening sambil bergosip pada perkara yang dah berlalu 3 tahun, kire berapa orang yang dah kawen, berape orang yang dah bertunang, berapa orang anak yang dah kawen, pasal cerai ( budak2 mulut jahat memang ini jadik bahan gosip T_T ), yang tak kawen bile nak kawen, ADALAH TERAPI MINDA YANG SANGAT HEBAT.

" Duduk dengan Kak G, dari dulu sampai sekarang, memang tak kering gusi. Ade jer lawak " Ahah, yer, Kak G dulu dengan Kak G sekarang tak banyak beza. Cume Kak G sekarang banyak senyap sebab tak de kawan da dekat tempat belajar. Ahahaha...

Okeh lar, malas nak cakap banyak. Gambar akan menceritakan segalanya :)








Semuanya dah berubah, CIAST pown dah terlalu banyak berubah. Seriyes cakap, aku rindu Shah Alam. Shah Alam bumi yang paling banyak mengajar aku tentang kehidupan. Dan jujurnye, mereka yang terpisah 3 tahun neyh pown masih aku rindu sama macam dulu. Harap sangat dapat chill macam neyh lagi. Untuk Deda,

" Selamat Pengantin Baru. Moga dikurniakan anak2 yang comel, moga menjadi isteri yang solehah, moga menjadi ummi yang baik, moga menjadi menantu yang disayangi keluarga mertua. Doakan lar akak menyusul lepas neyh. Erk !! hahahaha..."

Bai !!
ENJOY READING MY STORY !! :)

9/10/11

Cepat2

www.tips-fb.com

Salamualaik...



Short entry :
Taip cepat2 dengan kadar kelajuan paling maksimum :)

Muhammad Aidil Ariff telah mendera mummy sampai pukul 5 pagi malam tadi. Tak nak tdo dekat bawah, nak mummy tdo peluk. Tepuk2 dea. Kalau letak atas tilam, mengamuk !! Haish, anak mummy neyh. Dera suh mummy buat susu. :). Nasib bek mummy da biasa stay up sebab study. Pandai sayang neyh. :)

ENJOY READING MY STORY !! :)

8/28/11

Salam Merdeka Raya 2011

www.tips-fb.com

Salamualaik...


Ucapan tulus ikhlas

dari Cha & keluarga.

:)

ENJOY READING MY STORY !! :)

8/27/11

Sesi berbuka puasa

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Lame sunggoh rasanya tak menghupdate belog kan ?? Patut lar follower makin berkurang, haish...Tak per lar nak buat cmne... Ade yang menanti dan menunggu ker ?? Mintak mahap lar sangat2. Sebab lately neyh saya sangat terlalu cbuk dengan event yang kene di proposed kan, proposal final year project, cari material and etc. Dan antara sebab lain, malas kowt. Banyak cite nak share, tapi disebabkan MIM ALIF LAM SIN yang terlalu bertapak dalam kepala, memang tak berbaloi lar kalau type sikit entry dan delete dekat sejuta kali.

Anyway, sesi berbuka puasa di Restoran Cheng Ho kepunyaan Amy Search neyh dalam minggu terakhir puasa kowt berlangsung. Alhamdulillah, terima kasih kepada director NZBZ sebab sudi lagi jemput saya walaupun saya suda tidak bekerja lagi disana. Like owez, kalau gambau banyak, memang malas lar nak bercerita pepanjang lebar...Hehehe...

Cuma nak kata :

- Cheng Ho memang best !! Makanan sangat sedap & banyak. Ko boleh makan tahap ko tak nak balik dan biar Amy Search halau ko senirik balik. Ehehehe...
- Bos2, cik Z dan cik Noly sangat sporting. Selain kaki kamera dan suke sangat bergambar, mereka jugak humble. :)
- Staff len jugak best, happening. Pendek kata, macam family senirik.








Nota kaki :
>> Alhamdulillah atas segala limpahan rezeki. Terutama cik Z, saya suke tengok cik Z gembira sangat2 sekarang. Tahniah :)



ENJOY READING MY STORY !! :)

8/9/11

Wordless Wednesday ( Karenah Si Gemok )

www.tips-fb.com

Salamualaik...


:)



ENJOY READING MY STORY !! :)

8/4/11

Salam Ramadhan

www.tips-fb.com

Salamualaik...


Dah nak masuk 4 ramadhan da. Alhamdulillah, di beri kesihatan yang baik dan diberi kehidupan lagi untuk merasai puasa tahun neyh. Cuma last week, tetibe akak call suh balik JB. Padahal minggu neyh sebenarnya yang nak balik johor. Sebabnya, abah tetibe admit ward, attack jantung macam tahun lepas. So, dapat jer tahu hari khamis petang, hari jumaat pagi, aku terus je shoot balik JB. Kepala masa tue pening + serabut, yer lar, last week ade problem pasal FYP. Tetibe abah lak sakit. Memang lar, abah dengan mak tak bagi balik, tapi aku lak, memang tak tenang. So, lebih baik balik. Nasib baik lar, kali neyh abah admit ward sekejap jer. So, ahad tue abah discharge, aku terus balik KL.

Sampai2 KL tengok umah penuh dengan family dari Pahang. Alhamdulillah, sambut puasa kali neyh ramai orang dekat umah. Rase seronok sangat, semuanya sebab kebetulan hari ahad tue, daftarkan kakak dekat cyberjaya. Adik ngan kakak pown hari isnin tue balik buka puasa sama2. Seronok lar jugak sangat2 sebab jarang sambut puasa 2 tahun neyh ramai2. Dan malam tue jugak, kiteorang willing untuk anta deorang berdua ke Bangi & Cyberjaya. Mak pown masak sedap gela. Terima kasih yer mak sangat2.

So, untuk kawan2 semua... Selamat Menyambut Ramadhan kali neyh dengan penuh tawaduk & moga memperolehi keberkatan dari NYA.

Nota kaki :
>> Alhamdulilllah ya ALLAH, ya RABBI ya SALAM... :)




ENJOY READING MY STORY !! :)

7/25/11

Selamat Kembali Ke Sekolah untuk diri sendiri

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Bersawang suda ini blog. Adeh, lately neyh sangat lar malas nak menghupdate blog or anything. Oh ya, hari ini suda start kelas untuk semester baru. Alhamdulillah, subjek akademik hanya 11 kredit hours. Aku memang bermasalah dengan kredit hours dari 1st sem dekat BMI neyh. Everything macam biasa sumenya, cume bezanya...

Tak de kawan yang boleh di ajak gadoh,
tak de kawan yang boleh di ajak makan2 ( kejap2 makan ),
Tak de kawan yang boleh di ajak melepak bersama,
Tak de kawan yang boleh di kacau,
Tak de kawan yang nak memekak sampai satu aras boleh gegar,
Tak de lagi new memory yang akan di bina,
macam mana last sem tengah sibuk makan2 malam,
tetibe kak nor naik marah2 kiteorang sebab memekak.
Tak de sume nya.


Dan

Ikhlas,
hari pertama agak sedikit menjangkalkan,
tetibe aku jadi manusia paling pendiam dekat BMI.

Nota Kaki :
>> Insyaallah segala target boleh dicapai sem neyh.. Kawan2 doakan saya yer... :)



ENJOY READING MY STORY !! :)

7/7/11

Kekasih aty saya :)

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Entry ini adalah khas untuk mengenalkan kekasih hati ulam jantung pisang aku. Yeay !!

Hye, nama saya Kiki. Umur 2 tahun. Jawatan di umah, adalah penggedik paling setia. Perangai buruk, suke merajuk duduk dekat belakang sofa & akan keluar bila mummy pujuk sampai berjurai air mata. Perangai baik, cepat simpati kalau adik kene kurung. Sigh (>.<)




Hye, saya Abu a.k.a Adik. Wah, kan ?? Manjenye saya sebab dipanggil adik. Perangai buruk saya adalah, suke kejar kaki mummy walaupun da diberitahu banyak kali yang mummy sangat sensitif bahagian kaki. Pernah 1 pagi tue, mummy sampai nanges2 sebab takut saya cakar kaki dea. Ahahahaha...( Gelak kejam ). Perangai baik saya setakat neyh ..... Ahahaha, macam ta de jer. Sebab pagi tadi, baru jer saya bagi Along keje baru. Berak di dapur sebab saje nak manja2. (>.<)


Nota kaki :
>> Best lar kan ?? Ade kawan bertekak, bergaduh, teman tengok tv. Huuhuhuhu...alhamdulillah. Kurniaan Allah.




ENJOY READING MY STORY !! :)

7/6/11

Special Entry for Stalker.

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Aku tak suke nak provoke stalker neyh sebenarnya,
sangat2 tak suke,
tapi cmne ae nak cakap,
kesabaran aku neyh makin menipis jer rasa,
tapi seriyes,
aku malas nak maki2,
tak suke nak maki2,
sebab rasa macam orang ta de otak,
Lagi satu,
aku banyak benda nak fikir,
banyak benda nak buat,
selain amik taw pasal ko yer.
Ini jer untuk ko yer.

" Kalau betul dea sayang sangat dekat aku yang dea dah anggap macam adik kandung dea dulu neyh,
kenape ae bila kau mintak dea pilih antara aku dengan kau,
dea pilih kau ??
Dea pilih kau kan ??
Daripada dea pilih maruah adik yang dea anggap macam adik kandung neyh ??
Dea pilih kau kan ??
Banyak benda dea buat untuk kau,
sayang kau 
sampai hanya semata2 untuk kau,
dea boleh nangis & marah2 semua orang.

dan

bila masa,
bila kala,
yang perlu kau buktikan dengan kata - kata kau,
" ala, dea tue kan sayang adik dea gile2, mesti sanggup buat ape ajer untuk adik dea "
bila masa ??

ta de masa yang dea buat macam tue untuk aku setanding dengan ape saja masa yang dea ta de, TAPI dea sanggup buat semua tue untuk kau seorang. Ta de lagi istilah adik yang dia sanggup buat ape saje, tapi semenjak kenal kau, kau lar nadi & nyawa yang dea ada demi persahabatan korang berdua. Itu yang kau kata dea pentingkan aku lebih dari segalanya. "

Nota kaki :
>> Siapa yang takut dengan bayang2 sendiri ? Di saat semua orang bahagia dengan kehidupan masing - masing & LANGSUNG TAK TERFIKIR untuk menggangu kehidupan kau, kau kata mereka mengganggu kehidupan kau. Siapa yang diganggu dan siapa yang mengganggu sebenarnya ?? Kalau kau yang diganggu, kenapa family & abang aku yang ko tabur fitnah merata - rata ??
>> Aku memang tak pernah provoke ko selama neyh, tapi untuk pengetahuan ko, aku menaip entry neyh bukan sebab aku jeles dengan ko or anything TAPI untuk ko faham yang aku sangat letih dengan permainan ko selama neyh. Orang yang tak mengganggu ko, ko canang dekat satu dunia orang tue mengganggu ko. Orang yang sayangkan ko setengah mati, rindukan ko sampai apa saja orang kata tentang ko, dea sanggup bermati - matian back up ko, ko kata dea macam - macam. So, kehidupan siapa yang tak tenang ??
>> Babe, ko jangan ingat ko mulia & orang lain hina. Kita semua buat salah dalam kehidupan yang lalu, ta de siapa yang betul, ta de siapa yang salah. Kalau ko orang bijak, belajar tinggi2, sepatutnya ko boleh bezakan manusia dengan binatang. 

Maaf sangat2. Tindakan & kata - kata kau melepasi jangkauan akal & otak. Aku terpaksa bersuara. Sudahlar, tinggalkan masa silam. Dah bertahun perkara tue berlaku, KALAU KAU KATA KAU BAHAGIA, TUNJUKKAN LAH KEBAHAGIAAN KAU. TINGGALKAN MASA SILAM KAU. Sepertimana semua orang tinggalkan kisah pahit tue di belakang. Kita makin lama makin tua, cukup2 lar perangai tak matang yang nak berdendam dengan orang dan kecoh sana sini takut orang lain ganggu ko padahal orang tue ade keje yang lebih penting daripada amik taw pasal ko.



ENJOY READING MY STORY !! :)

6/29/11

Wordless Wednesday - Kembali Ke Kuliah.

www.tips-fb.com

Salamualaik...





ENJOY READING MY STORY !! :)

Maharaja Lawak dah temui penamat. Tahniah Sepah !!

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Ahah, boooooooo same si kudut ini. Hahahaha... Dah nak basi dah, aku baru nak update ae ?? Ah, lantak lar... Ini blog, blog aku yang punye. Alalalalala~ bukan ko yang punye. Itu pown, ade pulak yang lebih tahu dari si tuan blog. Jap2, tue jap g aku publish. Macam haroooooom perangai yer. Berbalik kepada cerita maharaja lawak neyh, aku memang dari 1st week follow maharaja lawak neyh. Mase 1st week dulu, harus lar pilih Jozan kan ?? Sebab lawak dea pown kita da biasa tengok, lagi satu Jozan neyh kan fofuler, haruslar sangat lawak b4 neyh. Tapi lama2 aku se, Jozan neyh macam tak konsisten lak. Ade time, best...memang best meletup2 lar. Tapi bila ade time tak best, gelak macam nak tak nak jer.

Dan masa malam final tue, ntah kenapa, aku ta rase pown Jozan will be da winner. Memang rasa Sepah jer. Mungkin sebab Sepah konsisten kowt. Yer lar, setiap minggu dari minggu 1st, sampai lar sekarang, memang konsisten. Susah nak tengok Sepah tak best. Bak kata apek kan, " Habis madu, sepah tak habis2 ". Rite ?? Lagi satu, haruslar semangat kenegerian. Hahahaha... Tue dea... dan alhamdulillah, rezeki anak shuib 2, sepah menang. 1st time kowt, ini kemenangan paling adil dalam segala realiti tv show. Kalau tak, sumenya macam gampang. Hahahahhaha...

Tapi sayang, kemenangan sepah ada pulak dipertikaikan. Senang cite gneyh lar, jozan memang nama besar dalam lawak malaysia, tapi kowang tengok tak dea punya lawak konsisten ke tak ? Tak kan ?? Cube kalau masa final deowang buat macam yang konsert ke berapa ntah yang masa kat Kuantan tue. Masa tue jer deowang mengganas, then pas ke JB & final. Hambar semula. Tapi Sepah ?? Kan ?? Kan ??


See... ramai orang yang bersetuju kan dengan ape yang aku cakap ?? Bukan cakap kosong, tapi sepatutnya korang teliti lar ape yang Jozan balas dengan kredit yang korang bazirkan ??



Nota kaki :
>> Ape pown sepah, tahniah !! U all deserve to win !! Kipidap JOHORIAN !!




ENJOY READING MY STORY !! :)

Terengganu, saya kembali !!

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Sebenarnya hal ke Terengganu, da lame da nak publish, tapi asek terperangkap jer dekat dalam draft sebab MALAS sangat2.. Malas nak update gambar, malas nak menaip, malas itu, malas ini. Sebab balik keje, lipat kain, kemas umah, membongkang. Dan yang selepasnya, bertangguh - tangguh dan lar terus menangguh, memang tak ke sudah lar, aku tak update belog. Hahahaha... Musti ade yang rindu kan ?? ( Stalker nak muntah lar tue, " siapa ntah rindu dea ? " si stalker berkata dalam hati. Kalau tak rindu, kenapa nak usha belog aku ?? Sebab idup ko tak tenang kan ? Alalalalala. Ko budus !! )

Ke Terengganu 2 minggu lepas sebenarnya tak de lar bersoping @ berjimba sakan, tunjuk2 langit bagai. Cume, ke Terengganu sebab bawak abah ke doktor pakar di Bukit Payong. Kebetulan pulak, kami da lame tak pegi bercuti bersama, so, amik jer lar peluang ke Terengganu. Seriyes ly cakap, memang akan banyak gambar dalam entry neyh. So, layan jer lar ae ??












Terima kasih sangat2 sebab sudi terima saya seadanya saya dalam keluarga ni. Dan tak pernah lupakan saya walau kemana pown kalian pergi. Saya sangat menghargainya. Terima kasih.

Nota kaki :
>> Kembali ke Terengganu tak de lar menggugat keimanan pown, sebab bukannya ade kisah sedih pown. Hahahaha... Tapi seronok sangat sebab dapat tengok laut jer. Hehehehe...
>> Jom holiday ke Terengganu lagi !!



ENJOY READING MY STORY !! :)

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!