- Route 66 - Kalau org xtau, mesti yang bawak lagu nie, sorang pompuan kulit hitam...lagu memang catcy gile. Farhan punye sebutan bi, bagus, xde masalah...1st time dengar lagu nie, bulu roma aku naik...biar betul budak nie...sedap dia bawak..lagi dengan sore mendegham(lantak korang lah faham ker tak per yang aku tulis) hahahaha...
- Hujan Di Tengahari - Lagu dendangan P. Ramlee...memang best...xboleh nak kate ape lagi sore Farhan kadang - kadang boleh jadi cam orang tue...Memang nak mampus punye best..
- Sayang Di Sayang - Lagu favourite mak, memang meletup abis..aku pun macam adlin gak, tentang Farhan memang langsung xde yang negatif, lupe lirik ker, ape ker...yang penting dia best...Lagi best daripada Ning Baizura bawak. Pengawalan sore Farhan bagus, langsung xde pecah....
- Still Got The Blues - Lagu lelaki ke 3 Farhan bawak, memang tahap dewa...Farhan, u are the winner. " Ini adalah penyanyi yang kite ingin lihat di Malaysia " Pujian Deja Moss, tapi xsyoknye, lepas kene puji, Farhan macam bangga diri pulak...Farhan...Think something, u are da best, tapi jgn lupe diri, ini name pun Akademi Fantasia, impian menjadi realiti, tapi kadang2 boleh musnahkan jugak.
- Tak Ingin Lagi - Yup...Farhan pandai sesuaikan diri dengan Shazzy yang dijemput khas oleh pihak astro, dia punye interaksi dengan mamat pale botak nie memang havoc...Aku lebih suka dia bawa lagu nie daripada Misha Omar. Tapi misha pun ade kelebihan tersendiri. Cakap pasal misha, mane misha menghilang sekarang erk ?? hehehe
- Biarlah Rahsia - Hancurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....xsuke dengar dia bawak lagu nie...best tapi pithching out !!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Laju sangat...Ini 1st time aku xsuke dengan persembahan Farhan, cume satu aku suke sebab dia bwk lagu Siti Nurhaliza. Farhan xcukup menghayati...Ikhlas lah, ini persembahan Farhan yang aku rase out....Mungkin sebab malam Salima terkeluar tue, budak2 AF4 buat persembahan memang hancur dan membosankan.
- Kopi Dangdut - Lagu jantan lagi...kali ini kite berdangdut dengan Farhan. Yang nie aku xtengok, tapi aku ade download mp3 dia. Sedap, tapi vokal Farhan xterkawal, mungkin sebab lagu nie laju, Farhan cepat penat.
Itulah yang boleh aku komen tentang persembahan budak sorang nie, dia boleh aku anggap sebagai pelajar favourite yang aku tunggu persembahannya tiap - tiap minggu, xdapat tengok konsert, aku akan cube cari mp3...Yang peliknye, Farhan xsepopular Mawi, Farhan ade aura, kalau astro nak bagi lagu nasyid sekalipun aku percaya dia boleh bawak lagu tue. Dia ade bakat cume perlu pendedahan, tapi sayang dia banyak kene kutuk...Aku pulak xde lah nak kutuk mane budak2 lain, macam Lotter, Haziq, Amirul...cume...pelik gak pengundi malaysia nie sebenarnya mengundi pasal ape...AF4 nie sebenarnya medan untuk mempertaruhkan bakat menyanyi atau SIMPATI, MUKA COMEL DAN TANGAN GIGIL.
Aku xkutuk, aku akui, aku suke Lotter sebab dia kelakar, dia hidupkan suasana. Amirul, sebab dia comel, nampak cute dan manja sangat. Haziq, sebab aku memang suke kalau dia bawak lagu lame..Sore Haziq sesuai dengan genre tue..Tapi sayangnya hanya satu genre yang boleh dipuji budak2 nie. Tengok macam mane susahnye Lotter nak bawak lagu BERTEMASYA DESA GEMALAI & IRIS. Haziq dengan lagu SERUAN, JUWITA CITRA TERINDAH & KIAN. Amirul dengan lagu FIONA, LAGU ZAMAN & KHATULISTIWA. Hancurrrrrrrrrrr....Aku bukan ape, percaya yang pengundi2 nie akan sokong budak 3 orang nie di akademi aje...Janganla pasangkan impian palsu kat diorang bertiga nie, cukup hanya pade Daniel Malaysian Idol2, mase bertanding, bukan main, dia pelajar favourite, padahal persembahan dia selalu menghampakan. Lepas jadi artis, dia xsegemilang Jaclyn Victor. Macam tue jugak kalau pengundi memilih berdasarkan rupa, simpati dan etc. Budak2 nie xkan kemana, seorang penyanyi yang bagus adalah penyanyi yang boleh pelbagai genre. Aku xkate Farhan bagus, walaupun aku peminat no. 1 Farhan, tapi Farhan gak ade kekurangan. Cukup kite tengok SITI NURHALIZA mcm mane dia bawak lagu pop, balada, irama tradisional, memang cukup bagus, xde cacat cela, penyanyi macam nie yang kite cari.
Apa2 pun, wahai pengundi, bukala mata, kalau betul korang nak naikkan AMIRUL, LOTTER & HAZIQ berjanjilah pada diri masing2 yang korang xkan berhenti sokong diorang. Jangan pasangkan angan - angan yang tinggi untuk budak2 nie. Mungkin ini satu cabaran, ikhlas aku cakap, kalau salah satu antara diorang berjaya masuk final atau ketiga2 masuk final dan ada yang bergelar juara, xkan ade orang nak beli album.
Bukalah mata, cukuplah jadikan Diddy dan Rich sebagai mangsa, jangan biarkan budak yang ade kualiti untuk jadi penyanyi seperti Farhan, Velvet & Faizal menjadi mangsa SMS korang. Diorang nie sebenarnya lebih mantap dari Mawi, Zahid, Amylea, Linda Nanuwil....Buka mata wahai pengundi....
0 typewriter yang prihatin:
Post a Comment