Salamualaik...
Ahah, suke nya dengan cabaran hari ke 13 neyh...
Day 13- A letter to someone who has hurt you recently
ini pisau, ambillah
robek lagi jantung aku
hiris lagi hati aku
tusuk lagi jiwa aku
biar kamu puas
puaslah kamu
puaslah kamu, sayang
apa tidak cukup aku di depan mata
apa cinta yang aku berikan sia-sia
apa kasih aku pada kamu tak berharga
itulah aku--
patung kamu
boneka kamu
boleh kau angkat, boleh kau pijak
boleh kau sayang-sayangkan
boleh kau hentak-hentakkan
kau lempar-lemparkan
kau carik-carikkan
sayang,
hati ini telah mati sebelum aku
kerana kamu
bila setia tiada lagi makna
maka seorang aku untuk apa masih lagi disini
dari kau ramas setiap rasa aku
baik kau bunuh saja aku
sekali lagi--
ini pisau, ambillah
bunuh saja aku.
Nota kaki :
>> Yer, itulah surat yang aku nak bagi pada orang yang sakitkan hati aku recently...ta taw lagi cmne nak tunjukkan kesakitan tue selain menghantar surat ini...huhuhuhu...
0 typewriter yang prihatin:
Post a Comment