9/29/12

Teaser - Selamat Jalan Mak :")

www.tips-fb.com

Salamualaik...


Selamat Jalan mak :")
Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Semoga mak dan kakak mendapat haji yang mabrur.


Insyaallah dalam minggu depan akan menyusul cerita tentang ini. :")

ENJOY READING MY STORY !! :)

Header Baru Teman yer :)

www.tips-fb.com

Salamualaik

Hye yeop, ape khabar deme ?? ahahaha... Sebenarnya banyak benda gila nak update. Tapi disebabkan this week balik umah, jadi rase nak mengedit gambar yang bertimbun. Nak susun cerita yang banyak tue terus terkubur. Haish... Tapi jangan risau karang aku dah ada mood nak bercerita, hamik la korang sampai boring nak baca blog aku. Hehehe...

Cuma yang rajin malam nie adalah menukar header. Sebab ?? Rase dah muak dengan header lama. Itu pertama. Eh, godeh2 gambar terbaru ade gambar hok semart semart pulak. Jadik, ape lagi, terus bukak Adobe and mari latihkan jari anda mengedit gambar yer. Jadi...

Dari yang ini..



Kepada yang latest...


So, apa pendapat korang ?? Aku malas nak menggodeh lebih - lebih template blog nie sebab aku cukup xberkenan Blogger Dashboard yang baru. Tak mesra pengguna sangat macam yang lama. Kang aku godeh lelebih kang, buruk la blog aku. 

** Saya memang suka amik gambar menyengih gituh biar nampak semua gigi dalam rahang tue, sebab bila macam tue nampak lagi bersemangat nak hidup. Eh #

ENJOY READING MY STORY !! :)

9/19/12

Entry khas untuk Cik Hannie

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Berhubung dengan entry minggu lepas kan iaitu tentang aku yang kemaruk gela dengan series Adam & Hawa. Tetibe ade sorang member kesayangan request buat entry khas tentang novel2 best iaitu cik Hannie. Huhuhu... Maaf la cik, lame gela saya menangguh benda nie. Bukan ape, nak mencari bahan, nak mencari gambau novel. Yang ade pada saya, saya malas snap gambau. Pas tue, ade pulak tue yang hilang kena rembat. Jadik, saya pong gigihla menggoggle satu2 novel itu.

Tapi mahapla, sebanyak2 novel yang saya goggle neyh, susah benar saya nak mereview satu - satu. Huhuhu... Cik Hannie kalau ade duit lebih, sila jer la beli. Nak beli online boleh, nak beli dekat kedai buku pong boleh. Tapi awal - awal saya cakap, novel2 ahadiat akashah ataupun publisher dari roket kertas / ghostwriter memang susah sangat nak cari sekarang. Sekurang - kurangnya pun ada jual online, cari je 2nd hand novel. Tapi tak banyak la. Ini akak saya yang cakap. Eh, tapi memang betul. Pilot Cafe sampai sekarang saya cari xjumpe. Huk3. 2 tahun lepas last jumpe dekat pesta buku, rasa menyesal tak sudah tak beli sebab selepas 2 tahun tue, saya dah tak jumpe lagi. Uwaaaaa....

Okeh, ini semua novel yang saya sajeskan. Semuanya saya dah baca, ada yang saya dah baca tapi tak de dekat cik goggle. 


- Kasih Yang Suci ( Alaf 21 )
- Adam dan Hawa ( Alaf 21 )
- Kasih Antara Kita ( Alaf 21 )
- Aku Yang Terluka ( Creative Enterprise )
- Antara Dua Persimpangan ( Creative Enterprise )
- Bagaikan Puteri ( Alaf 21 )


- Biarkan Saja ( Creative Enterprise )
- Bicara Hati ( Alaf 21 )
- Bukan Puteri Lindungan Bulan *SUPERHOT* Highly Recommendation ( Creative Enterprise )
- Cinta Sang Ratu ( Alaf 21 )
- Dan Mimpi Pun Berguguran ( Alaf 21 )
- Gemersik Kalbu ( Alaf 21 )


- Hati Seorang Wanita ( Alaf 21 )
- Hijab Sang Pencinta ( Alaf 21 )
- Jauh ( Alaf 21 )
- Jendela Hati ( Alaf 21 )
- Kau Kekasihku ( Alaf 21 )
-Kau Sayangku ( Alaf 21 )


- Kau Yang Satu ( Alaf 21 )
- Kuala Lumpur, Dimana Suamiku ( Alaf 21 )
- Manisnya Cinta ( Alaf 21 )
- Ombak Rindu ( Alaf 21 )
- Rahsia Perindu ( Alaf 21 )
- Rela Ku Menanti ( Alaf 21 )


- Saat Cinta Bersemi ( Alaf 21 )
- Sambutlah Cintaku ( Alaf 21 )
- Satu Janji ( Alaf 21 )
- Sayang Tak Terucap ( Alaf 21 )
- Sehangat Asmara ( Alaf 21 )
- Sepi Tanpa Cinta ( Alaf 21 )


- Tak Seindah Mimpi ( Alaf 21 )
- Tak Semanis Impian ( Alaf 21 )
- Tiada Lagi Mimpi ( Alaf 21 )
- Ungu Karmila ( Alaf 21 )
- Hikayat Cinderella ( Roket Kertas )
- Untuk Semua Gadis Yang Pernah Aku Cintai ( Roket Kertas / Ghost Writer )


- Pilot Cafe ( Roket Kertas / Ghost Writer )
- Secangkir Kopi Panas di Pilot Cafe ( Roket Kertas /  Ghost Writer  )
- Lagenda Budak Setan ( Roket Kertas /  Ghost Writer  )
- Kasyah ( Roket Kertas / Ghost Writer )
- Katerina ( Roket Kertas / Ghost Writer )
- Tiga Hari Kemudian ( Roket Kertas / Ghost Writer )

Tiada Dalam Gambar

- Cinta Pertama ( Alaf 21 )
- Tangisan Bulan Madu 1, 2, 3 ( Creative Enterprise )
- Seindah Sakura ( Alaf 21 )
- Awek Cun ( Roket Kertas / Ghost Writer )
- KL - London ( Roket Kertas / Ghost Writer )

Ini jer la yang saya mampu suggestkan sebabnye yang lain ade yang saya lupe. Yang saya senaraikan nie antara yang menjadi mostly feveret sepanjang zaman. Yang saya dah baca banyak kali sampai jemu. Yang saya ingat satu - satu jalan citenye. Kalau saya boring, bukak balik baca novel yang sama. Ahaha... Saya xberapa gemar sangat novel sekarang ataupun sebab lainnya, saya da boring dengan membaca novel agaknya. :).. So, janji dah ditepati. Sila la abeskan duit !! Hehehe....

ENJOY READING MY STORY !! :)

9/12/12

OST Adam & Hawa - Muara Hati

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati
Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Hoo uuu..
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali
[Ulang Korus]
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..
Sumber disini
Masih lagi dalam mood gila dekat Adam & Hawa. Hahaha... Ok x, nah sape yang cari lagu nie. Memang kena sangat dengan drama dan situasi aku. Eh....hahahaahaha... Lantak la... Bye !!

ENJOY READING MY STORY !! :)

Tekanan... Bagaimana mengatasi ??

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Dalam menggodeh wall facebook sambil buat log book, tetibe ternampak picture nie, terus share


Kenapa aku share ? 

2 bulan terakhir sebelum puasa, satu dugaan berat menimpa aku. Yes, dugaan yang sangat berat. Tapi alhamdulillah, dalam mengharungi waktu internship. Aku tetap teruskan jugak life seperti biasa. Life dekat ofis macam biasa. Ala, ape yang nak terkesan sangat. Aku sorang jer dak intern terbaling dekat department lain. Yang lain dekat Service Operation Management. Lagipun, dekat FSM, aku memang tak banyak bercakap dengan kakak ofis, kalau diorang tanya, aku jawab. Kalau tak, aku fokus buat kerja.

Kerap kali jugak air mata menitis waktu kerja, tapi fikirkan bulan puasa. Aku cepat kesat. Sampai satu tahap, aku cuba cari environment baru. Menumpang sekejap dekat rumah kakak angkat. Yes, walaupun 3 hari, aku belajar sesuatu benda yang sebenarnya aku dah lama tinggalkan. Akak mengingatkan aku pada ayat yaasin dan solat. Hmmmm... Sejujurnya, aku bukan la manusia yang baik mana. Before nie pun solat ada rongak2, mengaji ape tah lagi. Tapi 3 hari dekat rumah akak, aku lebih tenang dari sebelum nie. 

Yer, aku amalkan semua perkara tue. Cube berlaku tenang, setenang yang mungkin. Aku tahu, bukan aku jer yang ada masalah macam nie, malah ade yang lagi berat. Jadi dari situ, aku cuba munasabah diri. Mana silapnya sehingga aku diuji macam tue. Dan ada sorang kawan dalam facebook nasihat, " Kau tahu kenapa kau selalu diuji macam nie ? Sebab ALLAH tahu kau mampu ".

Mungkin kerana tue ALLAH uji aku dengan dekatkan aku pada manusia psycho. Sungguh, dan sepanjang tempoh pemulihan itu aku belajar sesuatu, sebenarnya ALLAH tidak pernah tinggalkan kita sesaat pun walaupun kita selalu meninggalkan dia. Jangan kata hati kau hitam, sebab tue ALLAH tak mendengar apa yang kau adu, sebenarnye semua terletak pada keikhlasan kau dalam mengadu. Aku tak pernah kata diri aku baik, jujurnya aku khilaf. Selalu lupa pada ALLAH pada waktu gembira, tapi faham la, aku tak pernah jadikan sebab yang hati aku hitam, ALLAH tak pandang doa aku. Mohon ampun pada dia, fikir mak abah, fikir ahli keluarga, apa yang mereka lihat kalau kita beria - ia nak membunuh diri semata - mata atas sebab duniawi. 

Yer, ALLAH tak pernah tinggalkan kita. Cuma kita........


" ALLAH tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya : Al Baqarah ( 286 ) "

" Bahawa sesungguhnya setiap kesukaran disertai dengan kemudahan : Al Insyirah ( 6 ) "

P/S : Hargai mereka yang tersayang, yang bersama susah senang, jatuh bangun menghadapi dugaan dalam tempoh yang panjang. Siapa pun dia pada kita, anggaplah kedatangan dia itu antara ujian dari ALLAH / penguji tahap kasih kita pada ALLAH. :")

ENJOY READING MY STORY !! :)

9/11/12

Demam Adam & Hawa

www.tips-fb.com

Salamualaik...


Is trending now !!!!! Hoyeah !!

Ok, sebelum membebel panjang lebar ntah pape kan, nak menyuarakan rasa tak puas hati dekat Astro, kenapa kena tayangkan Adam & Hawa dekat Mustika HD ?? kejamkan, marketing strategy betul nak suruh orang subscribed Astro Beyond. Grrrr... Hahaha... Tapi xpe la, disebabkan kekangan kewangan + addicted dengan novel punye pasal, kita akan berusaha juga untuk mencari jalan penyelesaian.

Bohong la kalau aku cakap Adam & Hawa tak dikenali dikalangan peminat novel cinta Alaf 21. Novel nie seangkatan dengan Ombak Rindu, Jauh, Sehangat Asmara, Cinta Pertama, Kau Untukku, Cinta Buat Emelda, Bicara Hati etc. Dan rasenye peminat novel sangat familiar dengan watak Adam yang Playboy dan Ain Hawani yang menjadi mangsa keadaan  kowt. Tak payah nak cite panjang la kan tentang watak diorang. Siapa yang tak tahu, sila rujuk pencinta novel nie.

Okeh, since 27/08/2012 cite nie da start ditayangkan. Sebenarnya masa awal2, ramai yang takut kalau2 cite nie standardnya macam drama Bicara Hati yang lari gila dari novel asal. Selain tue, ramai yang mempertikaikan kenapa Nadiya Nissa dipilih ? 


Hey, kenapa pulak ?? Ada yang kata dia tak layak pegang watak Ain Hawani sebab dia tak cantik ( WTF, ko cantik sangat ke ? ). Ada yang kata boleh ke dia pegang watak tue, sebab Ain Hawani nampak biasa, tapi dalamannya kuat. Ada pulak yang kata dia tak layak digandingkan dengan Aaron sebabnya heroin Aaron before nie kan cantik. Oh, sungguh sceptical punye pandangan. and FYI, Nadiya Nissaa dipilih sendiri oleh Aisya Sofea, penulis novel ini disebabkan hanya dia yang layak memegang watak Ain Hawani. 

Hah, ini jawapan bagi setiap persoalan itu yer, dari peminat novel Adam Hawa yang baca novel tue dekat 10 kali. Ok fine, Nadiya Nisaa tak secantik Neelofa, Siti Saleha, Nur Fathia, Tiz Zaqyah, Maya Karin and artis2 cantik yang lain. Tapi pada sesiapa yang membaca novel nie, mesti tahu Aisya Sofea menggambarkan Ain Hawani seorang yang biasa saja. Tak terlalu cantik, tak terlalu hodoh. Dalaman Ain yang kuat. Jadi, pada aku. Nadiya Nisa memang layak. Buktinya, tengok la dia berlakon jadi penagih dadah dalam cerita Sheila Rusly, Que Haidar ngan Hattan tue. Manis dalam Cun. Lara dalam Jiwa Taiko. Malaysians tak nampak kelibat dia sebab deorang sibuk sangat duk mencatu pelakon cantik yang tak berbakat. Cube bukak mata luas2 sikit, tengok hasil kerja mereka. I`m not addicted with Nisa, tapi untuk membuktikan dia pelakon terbaik yer. :)

Dan hasilnya, walaupun baru sampai episod 10 semalam... start ditayangkan sampai ke semalam, hash tag Adam Mukhriz dan Ain Hawani jadi trending dekat twitter. Sama macam demam Bazli masa Dejavu Di Kinabalu hari tue la. Dan jangan tak percaya, selain Aaron yang memang dah sedia ada popular tue, Nadiya Nisaa dan start jadi trending actress yang orang sebut2. 

So far, sampai episod 10, Adam & Hawa tak mengecewakan aku. Terutama episod semalam, episod kemuncak Ain & Adam kena tangkap khalwat. Ain Hawani memang menjadi dalam genggaman Nadiya Nisa. Sangat berkesan. Kena tangkap khalwat, kahwin paksa. Kita yang tengok terbuai dengan kesedihan dia. Pas tue lak, Aaron menangis lak tue. Huhuhu... Aaron ?? Xde siapa boleh mempertikaikan bakat lakonan dia, pada aku, ini lagi bagus dari Hariz dalam Ombak Rindu. Aaron kurang sikit control macho. :) Anzalna ?? Hahaha... Since dia bergadoh dengan Lofa, aku lebih suka sikit Anzalna sebab Anzalna berlakon apa pown takat nie menjadik. Setakat nie dia dah try bawa watak hitam & putih. Dan so far kedua - duanya menjadi dan lakonan dia lagi real dari Lofa yang macam dibuat - buat.





Tak sabar nak menunggu episod seterusnya sampai habis. Episod nie semua 80. Jadi gigih la peminat setia menunggu di depan TV setiap hari Isnin - Khamis jam 10 malam. And sesiapa yang mengkritik Nadiya Nisaa, aku rasa korang dah boleh start bukak mata dengan kehadiran dia dalam dunia seni. :)... Pilih pelakon yang berkualiti daripada banyak kontrovesi :)

ENJOY READING MY STORY !! :)

Rumah Terbuka Syawal 2012

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Kan kan ?? Aku da kate da. Okeh, jangan pelik, 3 kali update entry hari nie, korang akan tahu la hari mendatang aku hupdate bulan berapa pula kan kan kan ?? Okeh sebenarnya entry rumah terbuka nie, xde la terbuka sangat. Sebabnya gambar - gambarnye xade pun yang menunjukkan makanan sedap2 ke hape ? Ade tue yang kiteorang datang beraya jer. :)) Aku pun tak tahu apa motif entry nie. Hahaha... Mungkin just nak share gambar kowt. 

1. September. 2012



2 2 umah my cousin`s house. Actually letih yang amat time nie, sebab balik dari Melaka terus kena p open house umah derang. Kalau tak, abah akn tanya, nape tak pegi ? Taw, abah tak paksa, tapi taw jugakla dia nak aku tengok adik beradik dia. 

Menu :
Umah abang mie - Soto, Bihun Sup, Kek, Nasi Ayam.

Along Ain - Kuey Teow Goreng

2. September. 2012



Umah cik yein !! Meet aisy` and batrisya :).. Aisy` nie da setahun lebih rasenya. Haha, pandai buat lawak macam mak dia jugak. Kiteorang puas gelak hari tue. Dala baru 1st house da melantak berpinggan - pinggan, makan xberagak kowt. 


Hey, still remember this cute little boy ?? Kalau ada yang follow blog, nie la Ersyad anak abang Fendi. Da besau da dia, pemalu still pemalu. Tapi memang ikut ayah dia, katik. Hahaha... Susah gela nak umpan, kiteorang nak balik, baru la nak baik2. Biase la budak2 kan.

Menu :

Umah cik yein - Nasi ayam super duper sedap !!

Umah abang Fendi - Nasi himpit dengan rendang ayam yang sangat2 enak. Memang abang Fendi terer masak >.<

9. September. 2012



Okeh, nie umah sedara mak yang kiteorang pegi lepas kenduri rumah aicik. Banyak gela menu, tapi disebabkan kiteorang dah full tank masa makan dekat umah aicik. Dekat sini kiteorang makan yang ringan2 jer. Eh, ringan ker. Hahahaha... Boleh la.. Ringan la sangat !!

Menu :

Nasi tomato, bihun / mee sup, lemang + rendang, cocktail, lompat tikam.

Lain gambar tak de, tapi memang kiteorang keje memenuhi undangan jer la. Ade tue yang suh datang beraya, nak tak nak pegi la. Kalau tak, tak de masa punye nak rembat pegi. Ok la, gtg. Nak asar. Tengok esok, aku rajin nak hupdate lagi ke x ?? Hahahaha...b4 tue


From us, budak2 muka bulat kuat makan :)

ENJOY READING MY STORY !! :)

Burger Bakar Wangsa Maju

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Since tak berapa nak ada kerja nie, lagi satu memenuhi tuntutan masa untuk menghilangkan rasa bosan nak starting menulis buku log dan menaip intra report, meh kita pulun habis - habisan menghupdate blog yer kawan2. See, ini kalau bercakap nie mesti tak habis satu nafas nak habiskan. Ahah... eh, aku memang jenis cakap laju ok. Tapi tak se speed 200 km/j la kan. Hehehehe...

Ok, seperti mana yang di habaq maih di entry before nie. Malam masa mak datang nak g Mydin tue, kiteorang p bawak mak makan dekat burger bakar dekat wangsa maju. Sebenarnya, kiteorang berdua dah lama nak makan dekat sini. Dengan kawan - kawan pun, ada jugak cadangan nak ke sini. Tapi ada jer benda tergantung. 2 la kan, sebenarnya ada jugak benda tak boleh rancang, see...benda yang tak dirancang nie la menjadi. Cuma kesian dekat Adik Ina, hari tue beria dia nak pegi sekali, tapi tup tup kiteorang yang pergi dulu. Tak pe la dik, next time kita pergi yer. :)

So, seperti yang Adam n wife guide aku masa raya hari tue, setakat Wangsa Maju tue insyaallah la bukan susah sangat pun nak mencari tempat tue. Untuk yang need guidance, boleh la bukak google maps atau hubungi saya di talian yang anda tahu. Hahaha... seperti yang sohabat saya bagitahu, saya juga peranti google maps yang membanggakan. *Kembang hidung* Tapi tak larat la pulak nak guide dalam blog melalui semua laluan yang boleh dilalui. Ala, kalau orang Wangsa Maju, landmark senang jer, LRT Wangsa Maju, Seksyen 2 atau yang paling mudah Restoran BRJ. Sape tak tahu, dah jangan ngaku duk Wangsa Maju. :)

And lagi satu, jangan keliru yer. Kalau korang datang daripada Bulatan Pahang, so akan naik dari simpang traffic light Jusco Alpha Angle, korang akan jumpa jugak satu stall burger bakar, tapi bukan burger bakar yang itu yang kita cari. Burger bakar nie depan sikit, betul - betul di belah kanan anda dan bila melalui situh, korang akan nampak orang beratur panjang. Itu baru betul burger bakar yang dicari. Nama stall tue, Burger Bakar Kaw Kaw. Masa kami sampai tue, around 11 ramai jugak orang. Tapi satu kelebihannya dekat sini, even beratur panjang mana pun, korang takkan tunggu lama untuk get the order.

Hah, sapa yang nak taw rege , sile klik gambor untuk tumbesaran yang berfaedah yer.

Lepas queue ade kaunter yang dijaga oleh 2 orang abang. Okeh, yang mak cik ipah tudung cekelat tue sedang bercakap, abang yang handle order ( bagi no. order sekali ) n abang baju belang tue, abang kaunter bayaran.

Okeh, ini dia punye dapur. Jangan risau yer, maybe korang akan nampak budak bangla dekat situh anta order, tapi di dapur 100% malay and Islam :)

Oh ya, kami berempat tak de amik ayam pun. Sebab nampak ayam dia macam Mc Chicken McD jer. Lagi 1, burger daging dia lagi nampak seronok untuk dimakan. Tebal gtuh ha. 

Hah, i2 burger daging single cheese dia. Kenapa letak gambar along ?? Haha, ok...cume nak tunjuk cara dia makan. Kan ade lidi dia letak tengah2 tue, untuk mudahkan korang makan sebenarnya. Jgn cabut dia punye lidi, kalau cabut, parah lak korang nak menganga besau2. Koyak mulut nanti. Hah 2, macam along pegang tue cara makannya.

Rating :

4.5 / 5

Ulasan :

1. Jangan datang kalau korang baru lepas makan nasi atau masih kenyang, kelak... Membazir.

2. Untuk yang pertama kali datang, bersederhana la dulu. Try yang single dulu, so kalau puas hati makan yang single, kali ke 2 3 4 5 datang, boleh amik yang bertingkat - tingkat.

3. So far, burger daging dia awesome. Daging tebal. Homed punye daging. Sos dia pun sedap. Ayam punye, xtaw rasa. Tapi tengok macam orang lain beli, sebijik macam Mc Chicken, korang g sendiri la rase.

4. Pada penggemar burger / pencari jalan cari makan, ini hot spot yang korg kena pegi. Try sekali sekala. Ape salahnya. Daripada makan aiskrim baskin robbin. Eh Eh Eh.. Sory, xde kaitan >.<

5. Actually diorang pun ade jual by set, set meal dia kena tambah RM 2.50, ade 2 ketul sosej and 1 Mojitos Drink. Tapi ini atas nasihat yer, kalau korang datang berdua, maybe korang boleh beli 1 set and 1 ala carte, sebab air dia xde la sedap mane pun. Eh, ini seriyes. :)... Tapi tak kisahla. Mojitos Drink macam mane, okeh, ade 5 perasa. Strawberry, Ros, Lemon, Mango and Orange semua akan diletak dengan daun selasih and bergas sedikit.

Okeh, itu saja ulasan Burger Bakar Kaw Kaw Wangsa Maju. Highly recommendation. :)


ENJOY READING MY STORY !! :)

9/10/12

Majlis Cukur Jambul Fawwaz Iskandar

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Dua minggu berturut - turut ni memang full house punye invitation open house. Gembira, gembira jugak tapi bila fikir jalan yang super duper jammed, berfikir 2 3 kali jugak nak keluar. Tapi, untuk invitation Majlis Cukur Jambul my bambam Fawwaz Iskandar nie sebenarnya dari naik cuti hari tue, aku dapat. Biasa la, dah kalau mak pergi takkan la anak - anak dia tak ikut kan ?? Hahaha... Lagi satu, kalau dari rumah aicik, susah sikit aku nak menolak sebab ada 2 orang kesayangan termasuk Fawwaz yang terbaru ni. :)

Kenapa aku sayang sangat dekat kesayangan aku ni, sebabnya si kakak, Na O Mei tue sangat petah bercakap. Dalm 3 tahun rasanya umur dia. Dia nie bajet sikit orangnya, kalau dia xnak salam orang tue, beria sangat, " kakak, xnak...kakak xnak salam " sambil geleng kepala sungguh - sungguh. Ina geram sangat dekat dia. Hahaha... Adik dia pulak, si Aiman. Macam biaselah our handsome hero. Dala comel, hensem lak tue. Tapi masalah dak Aiman nie, dia memilih orang sikit. Mama dia kata, kecik2 da ade ciri playboy sebab kalau perempuan cantik hamik dia, dia xtolak pun. >.<...kena bendung proses pembesaran budak kenit nie. Anyway, sebulan sekali memang akan ada benda kebetulan yang akan buat kami jumpe derang. Kalau tak mak nak datang tengok Aicik, Aicik akan datang rumah mak.

Mak dengan kakak dah turun KL hari sabtu tue lagi, walaupun lewat biasalah mak nak pegi melawat pak cik dia. Mule - mule, aku blur gile. Sejak bile pulak mak ada pak cik dekat KL, rupenya maksud along, mak nak g MYDIN Jalan TAR. Hahaha....Oyeah, itu yang benar. Kiteorang tak tahu apa yang mak addicted sangat dengan MYDIN. Sebab kalau bawak g Kuantan pun, MYDIN memang antara list tempat yang mak nak pergi, cuma kalau tak jadi pergi, mesti ada jer yang driver2 mak tue kelentong. Penat la, ape la. :). Anyway disebabkan mak sampai malam sabtu tue, kebetulan Jalan TAR cbuk dengan pasar malam dan confirm la aku malas nak meredah jammed, aku ajak la mak pegi MYDIN Kepong. Memang la kena memusing jauh sikit, tapi same jer timingnye antara redah jammed atau ke Kepong terus. Balik dari MYDIN bawak mak dan kakak makan burger bakar dengan Wangsa Maju. Nanti aku update pasal burger bakar. :)

So, esoknya, kiteorang gerak g umah aicik dalam pukul 11 lebih. Angah and husband gerak dari Temerloh, so memang dah deal along akan amik derang dekat Petronas Kepong kalau derang dah sampai. Lama jugak kiteorang dekat umah aicik, sampai kul 3 kiteorang blah and pergi open house rumah saudara mak dekat Taman Melawati. Hari tue, memang full tank gila der. Aku ngan along dah tak boleh nak cakap ape da, cakap dah kenyang, dah kenyang, tapi isi lagi. Nasib baik hari sabtu, masing - masing rehatkan perut dari dipenuhi apa2. Makan memang serupa 2 hari kelaparan. Hahahaha... Nasib baik raya sebulan jer, kalau raya setahun, xtaw la deme nak kabo mende. Ngeahaha... Okeh la, just enjoy all the pictures... Memang sumpah banyak dari kenduri Fawwaz sampai la ke open house. :)

Camwhore dulu dalam kereta >.<

Goodies bags and puding, makanan lain dekat luar xsempat snap sebab dah tersangkut dekat dalam.

Tadaaaa... Budak bambam nie la punye majlis :) 

Mak sungguh risaukan si Fawwaz yang kena bedung dengan mummy dia. Hahahaha... Last2, mak bukak balutan tue 

Ucu tue pelok beg aku sebab dia kata tak elok amik gambar bertiga. Motif pelok handbag aku ?? >.< 

:"), this is my feveret girl. Raya hari tue, dia sibuk mencari aku dekat kampung, last2 along callkan aku, baru dia ok. Hari yang sama dengan majlis, malam tue, orang dah balik, tiba2 ucu call. Ingatkan kenapa ? Rupenya ucu kata, cik adik yang pelat nie nak berbual dengan aku. Haish. :") 

Mummy si Dedek Aidil & Mummy si bambam Fawwaz :) 

1st time datang umah Aicik, tak de gambar dengan Aiman. Sib bek along tolong amekkan dekat luar. Itu angah ain, mama si comel dua orang nie. Sebaya aku ok. Anak da dua. Aku ?? Hahaha... Banyak jugak apa, anak angkat 4 orang, anak kesayangan 3 orang. See, lebih baik tak payah kahwin. Alalalalala ~

Budak oren tue anak aku jugak. Hahah... Tue lagi la kesayangan yang sangat2, semenjak dari merah, walaupun tak full time, tapi aku antara orang yang berjaga menjaga dia. My Dedek !! 

Rambut botak jadik lagi gangster budak Dedek nie. >.< 

Half dari kesayangan aku. :") 

Fawwaz nampak lagi bambam dengan mak long dan cik eiqa nye yang bambam jugak >.< 

 Dari start majlis sampai habis majlis, dak kenit nie tdo jer keje. Mummy dia kata, malam sebelum tue, dia tdo kul 5.30 temankan mummy buat puding. Tue yang keje tdo jer tue. :))

Motif gambar angah dekat tetengah ?? Hahaha... " Nape la budak fawwaz nie semangat sangat ? " - Kata angah di dalam hati. Gambar kiri kanan tue sila abaikan, tue namenye gila kamera.. >.< 

Sepanjang majlis, si baju putih itu babah Fawwaz :) 

I <3 this pic tooooo much. Kalau korang jumpe si bambam nie, confirm korang pun tak berhenti cium dia, sebab dia sangat sangat TEMBAM yang tahap melampau punye tembam.  

Mak :") 

Last pic, ciuman kasih sayang dari Auntie Lely. Semoga besar nanti menjadi anak yang baik & soleh dan berbakti kepada mummy n babah yer sayang. I <3 U so much.

P/S : Oh, gambar open house akan diupdate di next entry. Nak compilekan all pictures. :) Eh, lagi satu. Kecintaan saya pada anak - anak kecil bukan dibuat untuk menarik perhatian / menarik jiwa / hati sesiapa yer. This is the real me. Siapa yang follow blog nie dari zaman dedulu dan kenal saya in personally, orang tue mesti sangat tahu yang saya sangat - sangat addicted budak kecik. Bukan addicted saje yer, jaga makan pakai, basuh berak pun saya buat. Jahat taw mulut2 jahat nie. Coi !! :)

ENJOY READING MY STORY !! :)

9/7/12

OST 29 Februari

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Bersambung pulak dengan entry 29 Februari baru nie, so, ini original soundtrack filem itu. Masa mula - mula aku dengar lagu Seperti Dulu by Forteen aku xrase seronok sangat, sebab lagu dia lembap gila. Tapi bila dah tengok filem dia, semua lagu memang masuk dalam emosi percintaan, perpisahan dan keperitan yang Budi lalu. Tapi dalam filem, all the soundtrack dinyanyikan oleh Remy Ishak. Not bad, sore dia memang ok la. Ala, lagipun Remy kan pernah join teater kan ?

Kelip - Kelip by Remy Ishak

Seperti Dulu - Forteen
Jagalah Diri - Jaclyn Victor
Hoho...tak leh ingat pasal Budi dan Lily, sebab rase tersentuh sangat - sangat. Rasa macam nak tengok kali ke dua.

ENJOY READING MY STORY !! :)

9/6/12

Raya oh Raya

www.tips-fb.com

Salamualaik...

Masih lagi berada dalam bulan Syawal yang mulia. Dah 19 Syawal rasenya. Mood nak update blog baru jer sampai hari nie. Tue pun, tak merasa nak tulis panjang lebar. Mungkin sebab Syawal dan Ramadhan tahun nie aku sambut dengan macam - macam benda yang jadi dalam life kowt. Macam entry befora Raya hari tue, Aidilfitri tahun nie tak de ape yang menarik pun. Anak - anak beraya dekat uma nenek derang. Cume balik, dua hari sebelum Raya dan balik dalam 6 Syawal kowt. Akak pulak balik petang 1 Syawal, pagi 2 Syawal dah balik rumah dia.

Macam tahun sebelumnya, aku paksa mak balik Muar. Hahahah...motif paksa ?? Sebab aku memang ok dekat Muar. Sedara mara ramai, sepupu yang kena dengan otak gela nie pun ada dekat sana. Cumanya, ada satu insiden la yang terjadi masa raya kedua tue. Kereta abah boleh rosak pulak tetibe dah separuh jalan. Masa tue ok lagi sebab bajet boleh balik kampung dengan Kancil yang aku pinjam dari Pak Ngah. Tup tup, sampai rumah, abah boleh call mak tok cakap tahun nie kiteorang tak balik raya !! Ape lagi, sakan aku menangis dalam bilik, rasa macam hidup tak de erti lagi. Huhuhu... Sib baik pagi raya ketiga tue abah betulkan kereta.

Balik kampung raya tahun nie pun, tak semua adik beradik abah ada. Means ada yang dah gerak balik rumah mertua, ada yang masih di rumah mertua. Tapi tak per, sepupu kesayangan yang rapat dengan aku tetap ada. So, tak de ape pun cite menarik raya nie, cume bila balik ke KL, aku penuhi dengan jemputan open house rumah sedara dengan Along. Selebihnya, duduk dekat uma dan kerja. Hahahaha... Okeh, Raya tahun nie memang kurang best.

Tak per la, jom la tengok gambar kiteorang sepanjang syawal nie. :)










ENJOY READING MY STORY !! :)

 
HAK CIPTA MILIK TERPELIHARA HANYA UNTUK BLOG INI SAHAJA!!